Sajian pasta barat pastinya menjadi kegemaran ramai. Namun ramai yang tidak berani mencuba kerana menyangka hidangan ini susah untuk disediakan dan menggunakan bahan-bahan yang sangat mahal. Seleksi sajian pasta barat yang mudah, sedap dan boleh dihasilkan sendiri di rumah tanpa menggunakan kos yang terlalu mahal. Dalam situasi Perintah Kawalan terhad ni banyak menu baharu yang boleh diterokai. Apa salahnya sekali sekala ubah selera dari pasta yang biasa dinikmati kan!
FETUCCINE DAGING PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
200gm daging
200gm pasta fettucine | direbus lembut
3 ulas bawang putih | cincang
1/2 biji bawang besar | cincang
1 sudu makan tepung gandum
2 cawan susu segar
3 keping keju cheddar
1/2 cawan keju parmesan
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
1/2 sudu teh oregano
Sedikit air jika perlu
Sedikit daun parsli
2 sudu makan mentega
2 sudu makan minyak zaitun
CARA MEMBUAT: Perapkan daging dengan serbuk lada hitam dan garam. Kemudian panggang hingga masak. Panaskan minyak zaitun dan mentega. Tumis bawang besar serta bawang putih hingga keperangan. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul sebati. Seterusnya masukkan susu. Kacau hingga semua bahan tidak berketul. Biarkan mendidih. Masukkan keju cheddar, keju parmesan, oregano, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan pastikan sos mempunyai kepekatan yang sederhana. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air atau susu. Hidangkan bersama spageti, kepingan daging panggang, sedikit keju parmesan dan parsli sebelum dinikmati.
FUSSILI AYAM CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
200gm pasta fussili | rebus lembut
Ads
10 biji cendawan | hiris 4
10 biji tomato ceri | dibelah 2
3 ulas bawang putih | hiris
1/2 biji bawang besar | cincang
50gm isi ayam | potong dadu
1/2 tin sos pasta tomato
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMBUAT: Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga keperangan. Kemudian masukkan isi ayam. Masak hingga air ayam kering. Masukkan cendawan dan juga tomato. Tumis sehingga tomato dan cendawan masak sepenuhnya. Tuang sos pasta dan gaul rata. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya. Akhir sekali, masukkan pasta fussili dan gaul hingga sebati. Sedia untuk dinikmati.
PASTA BOW TIE BERKRIM TELUR PUYUH & ASPARAGUS BAHAN-BAHAN:
300gm pasta bow tie / farfalle
6-7 batang asparagus | dipotong 1 inci & dicelur
1 cawan heavy cream
2 biji lemon | ambil parutan kulitnya
Ads
1/2 cawan keju parmesan parut
6-7 biji telur puyuh | direbus
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMBUAT: Panaskan heavy cream hingga mendidih dan sedikit pekat. Kemudian masukkan parutan kulit lemon dan keju parmesan. Kacau hingga sebati dan keju larut sepenuhnya. Perasakan dengan garam serta serbuk lada hitam dengan secukup rasa. Seterusnya masukkan pasta, telur puyuh dan asparagus. Gaul hingga bersalut sepenuhnya. Rasa dan jika perlu, tambahkan parutan keju atau garam. Sedia untuk dinikmati.
SPAGETI TOMATO BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
400gm spageti | direbus hingga lembut. Toskan
500gm bebola daging sejukbeku
1 biji bawang besar | cincang halus
2 ulas bawang putih | dadu kecil
2 biji tomato | buang biji & cincang
250gm tomato puri
250gm sos tomato
Ads
1 kiub pati daging
1 sudu makan oregano kering
2 helai daun bay
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMBUAT: Panaskan kuali dan masak bebola daging hingga keperangan. Jika masak guna kuali biasa, masukkan sedikit minyak supaya tidak melekat. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan buah tomato cincang, tomato puri, dan sos timato. Masak seketika. Bila sos sebati, masukkan kiub pati daging, oregano, daun bay, lada sulah dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah mendidih. Masukkan bebola daging. Gaul rata. Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air. Angkat dan hidangkan dengan spageti.
MAKARONI & KEJU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan makaroni
100gm isi ayam rebus | dadu kecil
2 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum
2 1/2 cawan susu penuh krim
4-5 keping keju cheddar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh oregano kering
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT: Didihkan air, masukkan sedikit garam dan rebus makaroni hingga lembut. Toskan air dan ketepikan. Cairkan mentega dan masukkan tepung agndum. Kacau rata dengan cepat hingga tepung dan mentega jadi sebati. Masukkan susu. Kacau rata sehingga kuah tidak berketul. Tambahkan serbuk lada hitam serta garam secukupnya. Masukkan kepingan keju dan kacau lagi hingga keju cair dan semua bahan sebati. Jika terlalu pekat, tambah sedikit susu. Akhir sekali, masukkan makaroni dan isi ayam. Gaul hingga sekata. Sedia untuk dinikmati.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
APA PETUA-PETUA MASAKAN YANG DIAMALKAN OLEH DATIN SEHINGGA KINI?
Memasak perlu berada dalam keadaan yang tenang di samping ikhlas. Kalau mood ketika memasak sedang dalam keadaan baik secara tidak langsung hasilnya cukup memuaskan hati. Ahli keluarga juga pasti akan gembira serta berpuas hati dengan masakan kita.
KONGSIKAN MENU TRADISI KELUARGA SETIAP KALI MENJELANG SYAWAL?
Selalunya juadah tradisi yang mesti ada setiap kali menjelang lebaran ialah sambal kacang ayam yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Tanpanya maka tidak lengkaplah juadah Hari Raya kami.
KUIH TIRAM
Bahan-bahan:
500gm tepung
1 biji telur
2 sudu marjerin
Sedikit garam
160ml air
6 sudu tepung jagung
6 sudu minyak
Cara Membuat:
Satukan tepung jagung dan minyak sehingga menjadi pes lembut, ketepikan seketika. Satukan semua bahan lain sehingga menjadi doh yang licin dan mudah diuli. Uli doh supaya menjadi nipis. Bahagikan doh kepada 4 bulatan kecil kemudian baru dicanai. Sapu doh yang telah dicanai dengan pes tepung jagung, sapu rata. Gulung kemas kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Canai leper lalu digoreng sehingga kekuningan. Sira dengan gula halus. Simpan ke dalam bekas kedap udara.
MARUKU
Bahan-bahan:
1 bungkus tepung muruku (digoreng tanpa minyak)
2 sudu besar bijan (digoreng tanpa minyak)
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar serbuk rempah kari daging
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Garam secukup rasa
3 sudu besar marjerin atau minyak sapi (dicairkan)
Santan secukupnya
Cara Membuat:
Masukkan tepung muruku, bijan, jintan manis, rempah kari daging, soda bikarbonat dan garam dalam mangkuk besar, gaul sebati. Kemudian masukkan marjerin. Gaul adunan sehingga sebati. Buatkan lubang di tengah adunan dan masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh lembut. Masukkan doh ke dalam acuan maruku, tekan acuan dan keluarkan doh secara lingkaran. Ulang sampai doh habis. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan maruku dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakat memasak Datin Paduka Eina Azman tidak perlu dipertikaikan lagi. Apa sahaja video masakan yang dikongsikan beliau pasti meraih ratusan ribu tontonan. Ada juga yang mencecah jutaan views! Tidak hairanlah isteri Datuk Paduka Kaiser ini dilantik sebagai Duta Maggi Cukup Rasa.
Selain berbakat dalam seni lakonan dan nyanyian, Datin Paduka Eina juga menjadikan media sosial miliknya sebagai platform untuk berkongsi aneka resipi terbaharu. Bukan sahaja mahir menyediakan juadah tradisi dan Barat, sajian pencuci mulut pun boleh.
Terbaharu, sempena ketibaan Ramadan Datin Paduka Eina berkongsi resipi juadah Nasi Tomato dan Acar. “Resipi kali ini sangat senang dan bahan-bahan pun tak banyak digunakan. Nak lagi bila menggunakan Maggi Cukup Rasa mesti bertambah-tambah lagi sedap. Nanti dah try jangan lupa tag Eina.”
Sambil menggalakkan wanita lebih berani mencuba resipi baru, pesan ibu kepada sepasang anak kembar ini lagi, “Tak yakin sebab tak pernah cuba? Bukalah langkah pertama hari ni. Dari situ kita akan mula belajar tingkatkan kemahiran, baik di dapur atau kehidupan!”
Ini resipi air tangan Datin Paduka Eina untuk menyediakan Nasi Tomato dan Acar.
Bahan-bahan Nasi Tomato
* Minyak masak * Minyak sapi * 3 sekawan * 2 helai daun pandan (disimpul) * 2 biji bawang merah * 6 ulas bawang putih * 1 inci halia * 1 biji tomato * 3 sudu makan tomato puri * 1 tin susu cair * 5 cawan Beras Basmati (dicuci dan direndam selama 30 minit ) * 3 sudu makan MAGGI Cukup Rasa * Sedikit gula * Kismis (hiasan) * Bawang goreng (hiasan) * Daun ketumbar (hiasan)
Bahan-Bahan Acar
* Nanas * Lobak merah * Timun Jepun * 3 biji cili padi * 1 biji lada merah * 1 biji bawang merah * Sedikit cuka * Sedikit gula * 2 sudu makan MAGGI Cukup Rasa
1. Cairkan minyak masak dan minyak sapi dalam sebuah periuk di atas api yang sederhana. Tumiskan rempah-rempah kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang. Masukkan daun pandan, bawang merah, bawang putih dan juga halia. Kacau-kacau hingga berbau wangi.
2. Selepas itu masukkan tomato dan tomato puri, susu cair dan juga beras yang sudah dicuci dan direndam dan kacau sehingga rata.
3. As always step yang paling penting dalam masakan Eina, masukkan MAGGI Cukup Rasa!
4. Masukkan sedikit gula dan juga sedikit kismis
6. Nasi Tomato is doooooone!
Cara Nak Buat Acar
1. Sediakan mangkuk masukkan nanas, lobak merah, timun jepun, cili padi, lada merah, bawang merah, cuka, dan sedikit gula
2. As always step yang paling penting dalam masakkan Eina, masukkan MAGGI Cukup Rasa!
3. Acar is doooooone!
Sempena Ramadan ini juga Datin Paduka Eina tampil dalam program masakan ‘Iftar Ala Queen’ di Astro Gempak.
Apa-apa pun, sesiapa yang teringin hendak berbuka puasa dengan Nasi Tomato dan Acar bolehlah cuba resipi mudah dari Datin Paduka Eina ini. Selamat mencuba!
Kredit : Instagram Datin Paduka Eina Azman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecur tengok resipi Smoothie Pisang Kurma yang disediakan bekas peserta Masterchef, Brian ini. Dahlah mudah disediakan, ringkas dan cepat pula tu.. sesuai sangat dijadikan minuman harian waktu sahur sepanjang Ramadan. Mengenali bakat Brian, namanya bukan saja dikenali dalam arena kulinari bahkan berbakat sebagai pengacara dan penyampai radio.
Kongsi Brian di Instagramnya baru-baru ini, “Ini versi lagi gempak dan sesuai bagi mereka yang tak lalu makan berat di waktu sahur. Minum je. Ada karbohidrat dari pisang dan kurma.. dan protein dari yogurt. Patutlah bahan-bahan ni semuanya sunnah.”
https://www.instagram.com/p/Bi4fpw4FEH2/
RESIPI SMOOTHIE PISANG KURMA ILHAM BRIAN MASTERCHEF
Bahan-bahan diperlukan
* 1 biji pisang
* 2-3 biji kurma
*100ml yogurt
*100ml susu
*1 cawan ais batu
Cara membuatnya:
Potong kecil pisang yang telah dibuang kulitnya. Potong kecil kurma yang telah dibuang bijinya. Masukkan pisang dan kurma yang telah dipotong kecil ke dalam mesin pengisar bersama-sama yogurt, susu dan ais batu.
Kisar semua bahan hingga hancur dan halus atau sehingga mendapat tekstur yang diingini mengikut cita rasa masing-masing. Tuangkan smoothie pisang kurma ke dalam gelas yang telah disediakan. Taburkan hirisan kacang badam yang dibakar. Sedia diminum.
Sangat mudah, kan?
Difahamkan, sepanjang bulan puasa ini juga Brian aktif berkongsi aneka sajian dan menu sahur menarik dalam kempen ’30 Sahur Abang Brian’. Apa yang pasti, ia bukanlah kali pertama Brian terlibat dengan aktiviti tersebut sebab dia juga pernah melakukan perkara sama tahun lepas meskipun berbangsa Cina.
Terima kasih Brian dengan perkongsian resipi mudah dan sihat ini. Moga terus maju jaya!
Sumber: Instagram @abangbrian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!