Walaupun masih di bangku sekolah, empunya nama Arianna Natasha bt Abdul Zambree, 16 tahun rancak melakar karier dicintainya di usia yang masih hijau. Lebih mesra disapa Ary, anak kedua daripada tiga beradik ini juga merupakan model sambilan dan pernah terlibat dalam beberapa kempen jenama terkenal seperti Panasonic, Nivea, Sunsilk, Victoria secret dan Bath & Bodywork. Tidak bersandarkan pada wajah cantik semata-mata, Ary juga mempunyai bakat dalam bidang masakan.

IKLAN

APAKAH YANG MEMBUATKAN ANDA MENCINTAI BIDANG MASAKAN?

Saya sering membantu ibu saya di dapur dan dari situ munculnya minat dalam bidang masakan. Saya juga selalu melihat channel masakan di laman Youtube dan banyak belajar dari situ. Kadangkala, bila terjumpa makanan di luar sana dan mendapati harga agak mahal, saya mula memikirkan, kenapa tidak untuk cuba membuatnya sendiri.

ANDA JUGA MEMPUNYAI INSTAGRAM KHUSUS UNTUK BERKONGSI RESEPI DAN MASAKAN ANDA. BOLEH CERITAKAN SERBA SEDIKIT?

Setiap kali siap memasak, saya akan memuat naik di Instagram Story untuk berkongsi dengan pengikut saya. Namun, saya tidak menyangkakan sambutan yang diperolehi amat menggalakkan. Dari situ, tercetusnya idea untuk membuka satu lagi akuan Instagram khusus untuk berkongsi masakan saya. @arianna.kitchen dapat membantu pengikut saya remaja khususnya yang minat memasak untuk mencuba resepi mudah yang saya kongsikan.

SEJAUH MANAKAH KECINTAAN ANDA DALAM BIDANG YANG DICEBURI?

Sejujurnya, saya amat suka dengan apa yang saya buat sekarang ini. Saya merasakan peluang ini tidak semua orang boleh dapat walaupun mungkin sestengah orang beranggapan bidang ini terlalu awal untuk umur saya. Saya banyak berkongsi pengalaman dan bertanyakan pendapat dengan rakan-rakan saya yang lebih berusia. Saya akui, jadual harian saya agak padat, tetapi saya tidak pernah mengabaikan pelajaran. Saya menganggap semua ini adalah rezeki dari Allah dan amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya, saya boleh berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.

IKLAN

CERITAKAN PENGALAMAN MANIS DAN PAHIT BERGELAR INSTAFAMOUS…

Pengalaman manis terlalu banyak! Peluang yang saya dapat sehingga hari ini juga adalag antara pengalaman manis bagi saya. Pengalaman pahit yang boleh saya katakana di sini ialah apabila dikecam di laman sosial dengan perkara yang tidak benar sama sekali. Ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada saya kerana melibatkan sensitiviti keluarga. Namun saya cuba berfikiran positif dan menganggap semua yang terjadi ada hikmahnya.

IKLAN

APAKAH STAIL FESYEN YANG ANDA GEMARI?

Saya menyukai stail yang ringkas namun kelihatan menarik. Saya mementingkan kesesuaian pakaian dengan tempat yang ingin saya tuju. Saya tidak mementingkan sesuatu jenama salkan ia nampak cantik dan bergaya. Saya juga suka mix & match sesuatu pakaian dengan aksesori, beg dak kasut agar kelihatan lebih trendy.

SIAPAKAH WANITA INSPIRASI ANDA?

Semestinya Neelofa! Saya melihat beliau seorang ikon wanita yang cukup berjaya dalam bidang yang diceburinya. Saya ingin menjadi seperti beliau. Beliau seorang yang sangat kuat dan tabah walaupun kadangkala menerima kecaman, namun beliau sentiasa memandang ke hadapan dan terus berjaya.