Buat anda yang perlu bekerja dari rumah atau Working From Home (WFH) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, info ini sangat bermanfaat. Berwaspadalah dengan penyakit darah beku kerana kajian menunjukkan ia merupakan salah satu daripada pembunuh senyap. Pekalah dengan punca dan gejala yang disebabkan darah beku ini.

IKLAN

Darah beku atau deep vein thrombosis mudah menyerang individu yang mempunyai gaya hidup pasif. Antaranya, terlalu banyak duduk dan kurang bersenam. Namun, pembekuan darah juga boleh terbentuk secara abnormal sehingga menyebabkan serangan jantung, stroke atau masalah kesihatan lain yang serius.

BEKERJA DARI RUMAH, Terlalu Banyak Duduk Berisiko Diserang Darah Beku

Pembekuan darah yang paling berbahaya ialah gangguan darah ke bahagian paru-paru dan otak kerana boleh mengancam nyawa. Darah yang membeku itu akan menyebabkan arteri tersumbat hingga pembuluh darah boleh pecah seterusnya mengakibatkan kematian jika tidak segera ditangani.

Selain itu, thrombosis juga merupakan titik permulaan bagi kemunculan penyakit strok. Gejala utama bagi penyakit ini ialah berlakunya pembengkakan di salah satu kaki yang menimbulkan rasa ngilu.

Beberapa penyebab penyakit darah beku antaranya ialah:

  • Trauma tubuh seperti patah kaki.
  • Masalah jantung (khususnya degupan jantung yang tidak teratur).
  • Tekanan darah tinggi.
  • Kencing manis atau diabetes.
  • Duduk terlalu lama.
  • Kerosakan pembuluh darah dan perubahan dalam aliran darah normal.
  • Obesiti atau kegemukan.

Tahukah anda, terlalu banyak tidur juga boleh mengundang risiko darah beku. Begitu juga dengan gaya hidup yang tidak aktif. Menurut kajian, seseorang yang tabiatnya kerap tidur boleh menyebabkan sistem peredaran darahnya ‘diam’ terlalu lama sehingga berlakunya pembekuan darah.

IKLAN

BEKERJA DARI RUMAH, Terlalu Banyak Duduk Berisiko Diserang Darah Beku

Jadi, bagi anda yang gemar tidur atau bermalas-malasan disarankan segera mengubah gaya hidup anda agar dapat hidup lebih cergas.

IKLAN

Satu lagi tabiat ialah leka bermain gajet sehingga berjam-jam atau melebihi 12 jam seterusnya berisiko diserang darah beku. Serangan ini tidak mengenal usia kerana golongan muda juga boleh terdedah dengan risiko darah beku.

Bagi mengelakkan hal ini terjadi, anda disarankan untuk melakukan senaman dengan menggerakkan kaki dan kepala. Senaman ini dapat membantu darah di dalam tubuh boleh mengalir dengan lancar.

SENAMAN RINGKAS ELAK DARAH BEKU

BEKERJA DARI RUMAH, Terlalu Banyak Duduk Berisiko Diserang Darah Beku

  • Pusing kedua-dua pergelangan kaki mengikut arah lawan jam. Lakukan sekitar 15 minit.
  • Letakkan tangan ke atas lutut. Kemudian angkat lutut dan lepaskan. Lakukan dalam lima kiraan sebanyak tiga kali.
  • Pusing bahu ke arah belakang. Lakukan secara berulang dalam lima kiraan sebanyak tiga kali.
  • Buat posisi separuh berdiri kemudian bertahan beberapa saat. Kemudian duduk semula. Lakukan langkah ini selama beberapa minit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI