Seiring dengan perubahan zaman masakini, penampilan ruang dapur turut mengalami revolusi. Nuansa putih bukan lagi menjadi trend semasa kerana warna-warna lain juga mampu mendominasi ruang kegemaran kebanyakan kaum wanita. Antaranya ialah warna biru, merah serta kuning.

IKLAN

Bagaimana pula dengan warna hitam? Adakah anda berani mencuba untuk mewarnai ruang dapur kesayangan? Sekiranya warna hitam menjadi pilihan anda pada tahun ini untuk ruang dapur kesayangan, mari kita lihat keistimewaannya yang mampu mengubah persepsi bahawa warna hitam bukanlah warna pemalap. Sebaliknya ia bakal menjadi ‘pemanis’ ruang dapur yang elegan.

PEMANIS RUANG

Walaupun warna hitam kelihatan sedikit ‘pelik’ untuk dijadikan sebagai warna dekorasi ruang dapur namun warna ini ternyata mampu menjadi pemanis. Kesan dan suasana yang pertama akan anda rasakan jika ruang dapur berwarna hitam ialah ia terasa lebih kukuh. Mengapa? Kerana warna hitam adalah solid dan jelas, maka kesan kukuh itu pasti akan terus dapat dirasai. Lebih-lebih lagi jika anda menggabungkannya dengan warna kelabu dan sedikit aksen tembaga.

EDGY

Pengaplikasian konsep warna hitam untuk ruang dapur sebenarnya masih kurang popular. Namun, jika anda ingin menaplikasikan warna hitam di ruang dapur maka ambien dapur yang edgy akan dirasai. Tambahkan material subway tile maka terhasilnya penampilan ruang dapur yang sangat menarik.

ELEGAN

IKLAN

Sekiranya anda tidak mahu keseluruhan ruang dapur bernuansa gelap kerana khuatir ianya kelihatan sempit, maka aplikasikan warna hitam sebagai aksen. Contoh, warna hitam hanya dihadirkan pada perabot dapur seperti meja dan kerusi makan atau lampu gantung di dalam ruang dapur. Pilihan material marmar atau granit adalah penyelesaian yang tepat bagi anda yang mahukan konsep dapur di rumah agar kelihatan mewah dan elegan.

IKLAN

HANGAT

Konsep ruang yang hangat bukan hanya terhadap daripada penerapan warna coklat sahaja malah warna hitam juga mampu memberikan kesan ruang yang hangat. Asalkan anda memadukannya dengan material batu bata di dinding serta panel kayu di ruang plafon maka ruang dapur berwarna hitam terasa lebih hangat.

UNIK

Aksen dekoratif yang unik juga boleh anda tambahkan di ruang dapur. Warna hitam yang mendominasi ruang dapur juga akan kelihatan serasi dengan tambahan penyedut asap (hood) tahan karat.