Hubungan intim tidak semestinya hanya dilakukan dalam ruang yang gelap sahaja. Pernahkah anda dan pasangan melakukan hubungan intim dengan lampu menyala? Dalam keadaan ini rupa dan bentuk fizikal anda serta pasangan dapat ‘dijajah’ secara jelas antara satu sama lain.
Menurut kajian, paparan cahaya lampu yang terang dapat membantu meningkatkan hormon testosteron lelaki seterusnya memberi impak kepada puncak kepuasan. Ia mampu dicapai kira-kira tiga kali ganda berbanding pasangan yang berhubungan intim dalam keadaan gelap. 7 manfaat berikut membuktikan bahawa berhubungan intim dalam keadaan terang atau lampu menyala boleh dipraktikkan.
BILA-BILA MASA DAN DI MANA SAHAJA
Berhubungan intim dalam keadaan gelap biasanya terhad pada waktu-waktu tertentu sahaja. Namun, dengan lampu menyala anda dan pasangan boleh melakukannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja selagi ia tidak melampaui batas. Malah, anda boleh melakukan hubungan intim pada waktu pagi dengan cahaya terang.
MENAMBAHKAN KEINTIMAN
Ketika lampu dinyalakan anda boleh melihat seluruh bentuk badan pasangan. Anda juga pasti tidak akan tersilap sentuh anggota badan pasangan yang ingin dijajah. Renungan pasangan juga mempengaruhi kenikmatan ketika berhubungan intim. Maka, anda akan tahu apa yang pasangan inginkan melalui ekspresi serta tatapan matanya. Anda pasti tidak akan memperoleh peluang ini ketika dalam keadaan gelap.
MUDAH MENCAPAI KLIMAKS
Kaum lelaki lebih bersifat visual. Mereka akan mudah terangsang jika terdapat objek jelas yang boleh membuatkan mereka segera mencapai klimaks antaranya ialah bibir, payudara bahkan vagina yang terpapar jelas dek kerana lampu yang menyala. Dijamin anda dan pasangan akan segera mencapai puncak kenikmatan bersama.
TIDAK PERLU LAGI BERFANTASI
Jika anda sering bimbang dengan pasangan kalau-kalau si dia suka membayangkan ‘orang lain’ ketika berhubungan intim dengan anda, percayalah perkara itu pasti tidak akan berlaku dengan lampu menyala. Semua gerakan bahkan ekspresi wajah anda jelas dapat dilihat oleh pasangan. Hanya anda berada dalam fantasinya.
LEBIH PERCAYA DIRI
Ketika berhubungan intim dengan lampu menyala inilah saatnya untuk menunjukkan diri anda yang sebenar di hadapan pasangan. Anda tidak perlu lagi menutup selulit, parut mahupun jerawat. Keadaan ini mampu membangkitkan kepercayaan diri anda dalam sekelip mata. Biasanya ketika di ranjang kaum lelaki tidak akan peduli dengan ‘lukisan’ yang ada di badan anda. Paling penting di benaknya ialah untuk mencapai kepuasan bersama.
TIDAK AKAN SALAH POSISI
Dengan lampu yang menyala anda tidak perlu lagi takut tersalah posisi atau silap menyentuh bahagian badan pasangan. Posisi-posisi yang sukar dilakukan pun akan menjadi lebih mudah kerana anda boleh melakukan penetrasi tepat dan cepat. Selain itu, anda juga boleh ‘menjelajah’ secara bebas di seluruh badan pasangan.
MENINGKATKAN ADRENALIN DAN ELAK KECEDERAAN
Lampu yang menyala di ruang kamar sebenarnya mampu mencetuskan suasana romantik saat ‘bersatunya’ anda dan pasangan. Adrenalin anda akan mudah memuncak pada sensasi lampu yang terang. Selain itu, anda dan pasangan juga dapat mengurangkan risiko kecederaan ketika berhubungan intim.