Bintang siri televisyen Friends, Jennifer Aniston terkenal dengan kulit yang glowing serta rambut berkilau walaupun usia dah mencecah 54 tahun.
Dipetik dari Hello! Jennifer mempunyai rutin pagi yang sangat memberi inspirasi.
Setiap hari, Jennifer bangun seawal pukul 4.30 pagi, diikuti dengan secawan air lemon suam. Pencinta yoga ini turut ‘berpuasa’ selama 16 jam dengan melakukan intermittent fasting (puasa berselang seli). Jennifer selalunya akan bersarapan pada pukul 10 pagi.
Di sela-sela waktu pagi, Jennifer akan bermeditasi sehinggalah tiba waktu ‘berbuka’. Dia mengambil smoothie sihat yang dicampur dengan serbuk kolagen ketika ‘berbuka’.
Bagi Jennifer, serbuk kolagen adalah kunci bagi mengekalkan keanjalan dan penghidratan kulitnya.
Ads
MEMULAKAN HARI DENGAN KOPI & KOLAGEN
Pengambilan kolagen dikatakan mampu mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit. Sebab itulah Jennifer mengamalkan kolagen sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulitnya di samping banyak meminum air putih.
“Ianya mengandungi peptida kolagen. Kuku saya lebih kuat dan sihat.
“Saya sering menambah peptida kolagen daripada Vital Proteins kepada smoothie,” dedah Jennifer.
Terdahulu, Jennifer pernah tular kerana amalan ‘berpuasa’ dan resipi smoothie yang lazat.
Ads
Dia telah mempopularkan trend makan tengah hari dengan salad ikonik yang diamalkannya setiapa hari di set Friends selama 10 tahun.
Amalan-amalan lain termasuklah bermain dengan haiwan peliharaan di luar rumah, pergi ke gim, menikmati masa berkualiti bersama rakan-rakan serta mendengar muzik kegemarannya sambil berehat pada waktu malam.
Jennifer memulakan paginya dengan secawan kopi panas yang dicampur serbuk kolagen.
Sesetengah pakar berpendapat, serbuk kolagen boleh menjadi pengganti whey atau serbuk protein kacang. Namun, tidak semua serbuk kolagen adalah sama.
Pakar juga menyarankan, cari peptida kolagen atau kolagen terhidrolisis untuk manfaat kesihatan yang lebih berkesan.
Ads
Jennifer turut mengambil suplemen kolagen yang menawarkan sumber protein, vitamin C dan asid hyaluronik yang sangat bagus untuk penuaan yang lebih sihat. Namun, suplemen ini sangat mahal.
Menurut pakar pemakanan di EatingWell, Victoria Seaver, seseorang itu tidak memerlukan suplemen kolagen yang mahal untuk mempunyai tulang yang kuat serta kulit, rambut dan kuku yang sihat.
Cara paling berkesan bagi meningkatkan kolagen ialah memberi tumpuan kepada makanan yang menyokong pengeluaran kolagen sihat iaitu makanan kaya asid amino prolin dan glisin, serta makanan tinggi vitamin. Contohnya daging, ikan, tenusu, kekacang, telur, gandum, serta buah-buahan sitrus.
Maka, jika anda mahu mengambil kolagen pada waktu pagi sebaiknya campurkan serbuk kolagen ke dalam smoothie atau kacau ke dalam segelas air agar lebih selamat.
Artikel yang ditulis oleh penyelidik di Texas A&M University, Brooke Russell, menyatakan kolagen tidak akan bertahan pada suhu yang lebih tinggi daripada suhu badan.
Manfaat kesihatan juga berkurangan atau tiada langsung jika kolagen dicampur dengan kopi panas.
Kredit Foto: Instagram Jennifer Aniston
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jeevasheny Anang, gadis jelita berusia 27 tahun baru-baru ini dinobatkan dengan gelaran Miss Intercontinental Malaysia 2022 dan mewakili negara ke Mesir pada penghujung September ini. Mengakui berangan-angan sejak kecil untuk menyarung mahkota diidamkan, Jeevany sememangnya mempunyai aura ‘ratu’ yang selayaknya walaupun menjadi ahli keluarga pertama yang menceburi dalam dunia ratu cantik.
Dilahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Jeevasheny Anang merupakan graduan dalam bidang Kejuruteraan Kimia. Dengan ketinggian 172cm, Jeevani rupa-rupanya berkhidmat sebagai jurutera projek dalam sektor gas dan petroleum. Ujarnya “salah satu perkara paling berani yang boleh anda lakukan ialah mengenal pasti siapa diri anda, apa yang anda percayai dan ke mana hala tuju anda.”
“Platform ratu cantik adalah laluan tepat untuk berjumpa ramai individu yang boleh memberi inspirasi kepada saya. Dalam masa yang sama digunakan untuk membantu orang ramai,” katanya lagi.
Menerusi temubual bersama Harian Metro, misi beliau dalam penyertaan dunia ratu cantik untuk memperjuangkan isu berkait advokasi kanak-kanak.
Menerusi hantaran di akaun media sosialnya, gadis yang mesra dipanggil Jeeva ini menitipkan rasa syukurnya setelah diberi peluang wakili Malaysia bersaing dengan negara-negara lain.
“Dengan hati penuh keterujaan & kesyukuran, saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa saya telah dipilih sebagai Miss Intercontinental Malaysia 2022. Terima kasih anda anda kepada pasukan saya, komuniti pertandingan, pencinta pertandingan, keluarga & rakan atas sokongan dan kasih sayang yang berterusan! Malaysia boleh.”
Untuk rekod, Miss Intercontinental Malaysia 2021 Poorani Rajoo mewakili Malaysia di Miss Intercontinental 2021 dan berjaya merangkul tempat Top 20 dengan persembahan cemerlangnya. Sehinga kini, Malaysia masih belum memenangi gelaran unggul di Miss Intercontinental. Pertandingan ratu cantik ini bakal meraikan ulang tahun ke 50 nya.
Agak sudah lama kita tidak mendengar perkhabaran kakak kepada pelakon Shaheizy Sam dan juga isteri kepada ahli politik, Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mukhtar Radin. Kali terakhir berita yang melibatkan Zizie dia dan suami hadir ke mahkamah berikutan kes yang melibatkan rasuah berjumlah RM 2.8 juta.
Dan baru-baru ini, pelakon jelita ini menjadi perhatian warga maya selepas seorang jurusolek terkenal berkongsi wajahnya selepas disolek di laman sosial Instagram. Yang pasti ramai yang terkesima dengan kejelitaan Datin Seri Zizie Izette yang masih tampak anggun dan jelita.
Zizie yang kelihatan anggun menyarung persalinan hitam dari pereka fesyen duo terkenal Rizman Ruzaini dan hanya memakai topi dan menutup sebahagian rambutnya turut mendapat perhatian warga maya dan ada juga yang mempersoalkan gaya Zizie yang terkini seperti tidak dimamah usia meskipun sudah nampak agak berlainan jika hendak dibandingkan sebelum ini.
Biarpun gaya terbaru pelakon ini menjadi pertikaian netizen di media sosial disebabkan dirinya yang hanya mengenakan topi untuk menutup rambutnya, Zizie Izette tetap mendapat pujian peminat yang terpukau dengan kejelitaannya itu.
Di hantaran tersebut, walaupun ada yang mengecam penampilan terkini Zizie namun ada juga warga maya yang masih terpukau dengan kejelitaan ibu kepada lima cahaya mata ini.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Memiliki kulit gebu dan mulus menjadi dambaan ramai wanita. Ada yang dikurniakan kulit cantik tanpa masalah sejak meniti usia remaja dan ada juga yang terpaksa menjalani pelbagai jenis rawatan bagi memelihara kesihatan kulit mereka. Apa yang pasti, jika aspek kebersihan tidak dititikberatkan kulit yang cantik tanpa masalah pun boleh terdedah kepada pembentukan jerawat, jeragat dan bermacam-macam lagi permasalahan kulit.
Ekstrak bahan semula jadi yang terkandung dalam sesuatu tumbuhan dipercayai sangat berkesan untuk mengawal masalah kulit. Pokok lidah buaya misalnya sudah begitu sinonim digunakan untuk kecantikan kulit. Selain mengamalkan petua lidah buaya, ramuan buah limau nipis juga penuh dengan manfaat untuk kesihatan kulit wajah.
1. CEGAH JERAWAT DENGAN PETUA LIMAU NIPIS
Ambil limau nipis dan perah airnya. Cukupkan sehingga sesudu teh.
Campur air limau nipis tadi bersama sesudu teh madu dan sebiji putih telur.
Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
Kemudian, bilas dengan air dingin.
2. MENGECILKAN LIANG PORI & KURANGKAN MINYAK
Potong limau nipis menjadi dua atau beberapa bahagian.
Lalu gosokkan pada wajah perlahan-lahan, terutama pada bahagian hidung dan pipi yang mempunyai liang pori lebih besar.
Biarkan selama 15 minit.
Kemudian, bilas dengan air dingin.
3. CEGAH KEDUT
Hiris limau nipis, lalu perah untuk diambil airnya.
Tambahkan 1 sudu makan, minyak kayu putih.
Tambahkan seperempat sudu kapur sirih.
Adun hingga rata.
Oleskannya sebagai bedak wajah setiap malam.
Cuci dengan air bersih
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aura dan wajah cantik Kristine Hermosa dalam drama popular Filipina, Pangako Sa’yo suatu masa dulu masih terpahat kemas di hati peminat hingga sekarang meskipun...