Beruntungnya Sari Yanti dapat suami yang terlalu sayangkan dirinya dan tak ‘berkira’ membelikan hadiah buat isteri tercinta.

IKLAN

Sebagaimana yang diketahui, pasangan selebriti Sari Yanti dan pelawak serta penyampai radio, Jep Sepahtu bakal menyambut ulang tahun perkahwinan kelima pada 25 Februari nanti.

Beruntungnya Sari Yanti, JEP Hadiah Jam Tangan Franck Muller Sempena Anniversary
Foto: Instagram @sariyanti

Walau bagaimanapun Sari Yanti telah berkongsi di laman Instagram milik peribadinya menerima hadiah istimewa lebih awal daripada suami tercinta sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

Beruntungnya Sari Yanti, JEP Hadiah Jam Tangan Franck Muller Sempena Anniversary
Foto: Instagram @sariyanti

Beruntungnya Sari Yanti apabila suami tercinta telah menghadiahkan seutas jam tangan mewah jenama Franck Muller yang bertali berwarna merah itu sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Cantik sangat jam tangan tersebut.

“Alhamdulillah. Anniversary gift came early. Thank you Sayang. Semoga Allah SWT merahmati ikatan kita sampai syurga,” tulis Sari Yanti yang kini berusia 37 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

Difahamkan harga jam tangan jenis Lady Vanguard itu boleh tahan harganya. Suami nak beri, tak kan isteri nak tolak, kan. Tak sabar nak tengok Sari Yanti pakai jam tangan ini nanti.

Sari Yanti dan Jep Sepahtu telah melangsungkan perkahwinan pada 25 Februari 2017 dan telah dikurniakan seorang puteri, Dariya Inara, 3 tahun, seorang putera, Muhammad Khidir, 1 tahun dan seorang lagi putera, Abu Bakr, 7 bulan.

IKLAN
Beruntungnya Sari Yanti, JEP Hadiah Jam Tangan Franck Muller Sempena Anniversary
Foto: Instagram @sariyanti

Melalui perkahwinan terdahulu, Sari Yanti sudah memiliki dua orang putera, Barr Al-Aliy, 11 tahun dan Baasit Al-Haq, 10 tahun.

Menurut ibu kepada lima orang anak ini, kehidupannya kini lebih tertumpu kepada keluarga. “Bagi saya kehidupan saya tetap sama sebagai seorang suri rumahtangga dan menjaga keperluan suami dan anak-anak seperti masak dan kemas rumah. Saya memang jarang keluar rumah, beli barang dapur pun biasanya Jep yang akan beli,” tutur Sari Yanti.

IKLAN
Beruntungnya Sari Yanti, JEP Hadiah Jam Tangan Franck Muller Sempena Anniversary
Foto: Instagram @sariyanti

Kecantikan Sari Yanti sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Teruja untuk mencungkil rahsia rejim penjagaan kulit wanita yang berlakon dalam drama Cik Serba Tahu ini.

“Saya memang tidak mempunyai rutin kecantikan yang boleh dikongsi. Sepanjang usia saya ini saya tidak pernah mengunjungi spa untuk melakukan facial. Penjagaan kulit saya seperti biasa dengan menggunakan cecair pembersih wajah, penyegar dan pelembap biasa.

Beruntungnya Sari Yanti, JEP Hadiah Jam Tangan Franck Muller Sempena Anniversary
Foto: Instagram @sariyanti

Tetapi apa yang seronok mahu saya kongsi adalah sejak usia awal 20an saya sudah mengamalkan makan jamu. Jamu yang diamalkan adalah jamu kunyit yang saya dibuat sendiri,” jelas Sari Yanti sewaktu pertemuan kami dahulu.

Baca juga; Sari Yanti Bertuah Melahirkan Anak Ketiga Walau Ada 1 Tiub Fallopian 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI