PENAMPILAN SIHAT & CANTIK IBU ROZITA CHE WAN

Tidak seperti Che Ta, ibu kepada tujuh orang anak ini sebenarnya seorang yang tak banyak cakap. Tapi jiwanya sarat dengan naluri keibuan dan mudah tersenyum dengan sesiapa saja. Meskipun jelas kelihatan garis usia di raut wajah Zabedah Saad, namun jika diamati fizikal ibu kepada selebriti popular Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah ini… memang cantik orangnya. Tak hairanlah, kelima-lima anak perempuan beliau sering mendapat perhatian ramai. Mewarisi kecantikan ibunda tersayang rupa-rupanya!

Saat diaju petua cantik dan sihat yang diamalkan selama ini, ibu berjiwa penyayang ini membongkar rahsia. Mengaku tidak mengambil sebarang ubat-ubatan, ini sebenarnya yang dipraktikkan. “Tak ada rahsia dan makan apa-apa pun. Tak ambil jamu dan tak ambil juga ubat. Cuma masa dalam pantang lepas bersalin tu je jaga makan. Dulu, waktu berpantang memang tak sentuh ‘makanan-makanan sejuk’ sampai tiga hingga enam bulan.

Berusia 67 Tahun, Ada 7 Anak & 21 Cucu, Ibu CHE TA Dedah Amalan Berpantang Waktu Muda! Berusia 67 Tahun, Ada 7 Anak & 21 Cucu, Ibu CHE TA Dedah Amalan Berpantang Waktu Muda! Berusia 67 Tahun, Ada 7 Anak & 21 Cucu, Ibu CHE TA Dedah Amalan Berpantang Waktu Muda!

Sayur pun tak makan termasuk laksa. Rasanya, lebih daripada setahun kot baru makan. Lagi satu, saya amalkan bertungku 4 kali sehari. Makan pula hanya dua kali. Waktu pagi tu minum kopi O yang ada sedikit gula dengan biskut kering. Tengah hari baru makan nasi. Itu pun dengan lauk ikan masin bakar dan lada. Ikutkan petua orang dulu-dulu, makanan berkuah seperti gulai pun mereka tak bagi ibu lepas bersalin makan. Sudahnya, memang ikut saja apa yang mak ajar.

Bukan kena jaga makan je, masa berpantang dulu pun tak digalak minum air. Sampai kadang-kadang tu terlupa nak minum. Tahu-tahu saja dah sedu,” terang Puan Zabedah. Sambil tersenyum beliau berkata amalan sama masih diterapkan kepada kesemua anak perempuannya terutama sekali selepas mereka bersalin.

“Che Ta masa saya sedang berpantang, dia akan tunggu je kalau nasi saya tak habis makan. Dia memang suka lauk orang berpantang ni. Dari dulu lagi pun dalam adik-beradik, Che Ta ni lain sedikit. Saya tak bagi sangat anak-anak pegang adik mereka yang baru lahir. Tapi Che Ta, dia beria tolong basuhkan adiknya bila buang air besar atau mandikan mereka. Sebab dia suka pegang baby.”

Berusia 67 Tahun, Ada 7 Anak & 21 Cucu, Ibu CHE TA Dedah Amalan Berpantang Waktu Muda!
Anak-anak perempuan cantik Puan Zabedah Saad

Berusia 67 Tahun, Ada 7 Anak & 21 Cucu, Ibu CHE TA Dedah Amalan Berpantang Waktu Muda! Berusia 67 Tahun, Ada 7 Anak & 21 Cucu, Ibu CHE TA Dedah Amalan Berpantang Waktu Muda! Berusia 67 Tahun, Ada 7 Anak & 21 Cucu, Ibu CHE TA Dedah Amalan Berpantang Waktu Muda! Berusia 67 Tahun, Ada 7 Anak & 21 Cucu, Ibu CHE TA Dedah Amalan Berpantang Waktu Muda!

Pernah lalui hidup susah ketika membesarkan ketujuh-tujuh orang anak memaksa beliau membuat bermacam-macam pekerjaan demi menyara keluarga. Salah satu cara mendapatkan wang adalah dengan mengambil tempahan baju. “Dulu ada juga ambil tempahan baju daripada jiran-jiran. Dalam sehari tu, dapatlah siapkan tiga pasang. Ada yang hantar minta buat baju kurung, mini kurung, kebaya dan sebagainya. Bab sediakan baju raya anak-anak, ada antara mereka yang tak kisah ada juga yang minta pattern tertentu.

Biasanya, Che Ta yang paling suka berfesyen. Kalau orang lain suka satu keluarga pakai warna sedondon tapi kami hanya tetapkan bunga saja perlu sama tapi warna baju boleh lain-lain. Anak-anak tak berapa pandai jahit baju tapi kreatif cantikkan baju dengan jahitan labuci.”

Sebelum menutup bicara, beliau yang selesa berbual dalam loghat Kedah ini berkongsi resipi sihat. “Kalau nak buang angin dalam badan, boleh cuba resipi telur ni. Ambil telur ayam sebaiknya ayam kampung dan campurkan bersama lada hitam, halia dan bawang putih.

Pastikan bahan-bahan kering ni ditumbuk sampai lumat sebelum dimasukkan dalam telur. Bubuh garam sedikit dan kacau rata. Goreng tanpa menggunakan minyak dan makan dengan nasi. Ini adalah petua turun-temurun dan anak-anak saya pun masih makan hidangan ni sampai sekarang.”

Berusia 67 Tahun, Ada 7 Anak & 21 Cucu, Ibu CHE TA Dedah Amalan Berpantang Waktu Muda! Berusia 67 Tahun, Ada 7 Anak & 21 Cucu, Ibu CHE TA Dedah Amalan Berpantang Waktu Muda! Berusia 67 Tahun, Ada 7 Anak & 21 Cucu, Ibu CHE TA Dedah Amalan Berpantang Waktu Muda! Berusia 67 Tahun, Ada 7 Anak & 21 Cucu, Ibu CHE TA Dedah Amalan Berpantang Waktu Muda!

Pada pertengahan Julai lepas, ibu Che Ta ini baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-67. Seperti kebiasaan, hari bersejarah tersebut diraikan penuh meriah bersama anak-anak, menantu dan cucu tersayang. Moga Puan Zabedah Saad terus diberi kesihatan yang baik.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI