Setiap hubungan suami isteri pasti ada pasang surutnya. Luahan hati secara terbuka tanpa saling menyalahkan boleh menjadi jalan terbaik untuk menghentikan konflik. Tetapi, bagaimana kalau anda dan pasangan gagal menyelamatkan keadaan lalu memilih perpisahan sebagai jalan terakhir? Lakukan 6 cara ini jika anda sedang berhadapan detik-detik suram ini.
IKLAN
BERTENANG SEKETIKA
Sebolehnya ambil satu dua hari untuk pergi bercuti ke suatu tempat untuk merenung kembali hubungan yang telah berakhir. Percayalah, anda akan menemui banyak pengajaran darinya untuk ke langkah seterusnya.
TERUSKAN MELANGKAH
Terimalah kenyataan. Dalam erti kata lain move on walaupun ia menyakitkan. Semakin cepat anda menerima hakikat titik akhir sebuah hubngan, semakin cepat anda dapat melepaskan diri darinya.
BERHENTI SALAHKAN DIRI SENDIRI
Apa pun ia sudah terjadi. Tidak mungkin anda boleh berpatah balik membetulkan keadaan yang sudah hancur berkecai. Fokuskan kepada masa depan anda dan anak-anak daripada terus meratapi dan menyesali apa yang berlaku.
JADILAH SEPERTI BIASA
Apabila pasangan meninggalkan anda bermakna anda sekarang memiliki ruang waktu yang banyak untuk diri sendiri. Maka, jangan terlalu bersedih hati dengan mengurung diri di dalam rumah saja. Berusaha untuk berfikiran positif dan mohon pada Allah SWT agar sentiasa diberikan petunjuk.
IKLAN
IKLAN
DAMPINGI SAHABAT SUSAH SENANG
Memang anda memerlukan masa untuk bersendirian dan bersedih. Tetapi jangan terlalu lama kerana ingatlah masih ramai sahabat-sahabat yang menyayangi anda. Jumpa mereka dan luahkan segala yang terbuku di hati anda agar lebih tenang.
ANDA TIDAK BERSENDIRIAN
Baca kisah-kisah orang lain yang mampu bangkit selepas perceraian sebagai inspirasi dan pembangkit semangat. Ingat, bukan anda seorang saja di dunia ini yang merasa sakitnya perpisahan. Anda tidak bersendirian.
JAGA KOMUNIKASI
Tak dinafikan anda pasti merasa kesal setelah perceraian sehingga tidak mahu bercakap lagi dengan bekas suami. Tetapi anda kena ingat, perkahwinan melibatkan banyak pihak lebih-lebih lagi kalau sudah ada anak. Jadi ada masalah yang perlu diselesaikan. Berkomunikasilah secara profesional agar masalah dapat diselesaikan segera.
Melintasi ruang angkasa nan biru, lalu membelah awan putih menjelajahi perjalanan sejarah dunia dan masa hadapan Republik China. Penulis di bawa terbang oleh pesawat Cathay Pacific. Merasai kenikmatan percutian yang sensasi, meluapkan emosi, memanjakan mata dan menikmati syurga dunia membeli-belah, hanya di tempat yang paling eksotik di dunia twin city antara Beijing dan Shanghai. Percutian selama tujuh hari enam malam, penulis berkongsi kisah kembara yang penuh history, beauty and luxury….
JEJAK SEJARAH & EKSOTISME
Perjalanan ke Hong Kong mengambil masa hampir empat jam dan pertukaran penerbangan dari Hong Kong ke Beijing, tiga jam. Tiba di lapangan terbang Beijing, penulis terus di bawa ke tempat penginapan Beijing Changfeng Hotel untuk berehat setelah seharian menghabiskan masa dalam perjalanan.
Sesaat mentari menyapa jendela sangka penulis jam 10a.m, rupanya baru 5a.m. Cerah cepat sekali menguasai muka bumi tanah komunis ini. Perjalanan harus bermula… Negara China terus berkembang pesat dengan pembangunan ekonomi yang semakin maju. Penduduknya 75 peratus melebihi jumlah rakyat Malaysia, sana-sini mata penulis rambang dengan ribuan kepala manusia. Bangunan mencakar langit megah berdiri, inilah antara destinasi popular pilihan pelancong datang dan pergi…
HARI KEDUA
Beijing, kota politik dan terkenal dengan sejarah kegemilangan Dinastinya. Memulai perjalanan ke Tian’anmen Square. Pemandu pelancong mula bercerita tentang kegemilangan Empayar Dinasti Ching dan Dinasiti Ming. Kagum penulis berada di kawasan dataran dan istananya, Palace of Hearenly Purity yang telah di bina pada tahun1420an dan di re-built kembali oleh Dinasti Qing.
Lawatan selama dua jam di istana lama ini bagai tidak terasa kerana terpukau dengan struktur binaan serta ukiran agung seni karyanya. Dikatakan Maharaja mempunyai 3,000 isteri dan setiap dari mereka mempunyai istana kecil. Berjuta rahsia masa lalu tersimpan rapi di sini. Semestinya, tidak akan lengkap percutian anda ke Beijing jika tidak menjejakkan kaki ke Tian’anmen Square.
Perjalanan diteruskan di Forbidden City, kota yang paling tua di dunia berusia 600 tahun. Mata penulis terus dikuasai dengan struktur seni bina China yang mengagumkan. Penat berjalan, makan tengah hari sedia menanti di restoran Bei Jing Dong Lai Shun Xi Qu Fan Zhuang. Semestinya hidangan HALAL dan sepanjang perjalanan percutian ini, semua restoran yang dipilih selamat di makan.
Aktiviti tidak berhenti di situ, terus sahaja menuju ke Summer Palace. Istana yang separuh usianya megah berdiri dengan lambaian pohon hijau meriah di tepi tasik. Jika musim salju, tasik buatan tersebut akan beku dan aktiviti meluncur ais boleh dilakukan. Sayangnya, saat penulis berada di situ cuaca hampir mencecah 31°c dan hanya aktiviti sukan air boleh dilakukan. Penulis terus dibuai dalam suasana alam serta kesenian agung istana lamanya. Patinya saat-saat indah itu, penulis rakamkan dalam foto-foto menarik untuk dikongsi bersama teman.
Setelah menunaikan solat di Masjid Desheng, penulis di bawa melawat Pearl Centre. Selain berpeluang membeli-belah aksesori mutiara asli, penerangan terperinci juga diberikan mengenai proses ternakan mutiara dan cara buatannya. Seterusnya di bawa ke pusat Silk Centre. Penulis di hidangkan dengan pelbagai pilihan fabrik sutera yang tinggi mutu kualitinya. Kesempatan ini membuka peluang untuk penulis terus membeli-belah fabrik dan cadar, semuanya diperbuat dari benang sutera. Bila malam bertandang, panggung mula menanti kami untuk persembahan akrobatik sebagai penutup hari pertama di kota Beijing.
HARI KETIGA
Kembara di tanah Beijing diteruskan ke pusat Jade Ware City, sebelum melangkah ke titik paling penting Tembok Besar China (TBC). Pelbagai pilihan boleh dibuat dari aksesori sehinggalah barangan hiasan kediaman yang diperbuat dari jed. Sukar sekali untuk membuat pilihan kerana terlalu banyak yang cantik dan menarik.
Tiba di TBC tengah hari, bagai terpukau dengan kemegahan tembok perbatasan yang di bina 170 tahun lalu untuk menahan musuh dari Mongolia, Turki dan Rusia. Tentu sahaja penulis tidak mampu mendaki kaki tangga tembok sepanjang 6,700km, belum sampai suku perjalanan pun sudah semput dibuatnya. Namun, pemandangan indah dari atas TBC cukup mengagumkan mampu melenyapkan segala kepenatan.
Dalam perjalanan pulang ke hotel, penulis di bawa singgah ke pusat perubatan herba China. Selain dari maklumat penjagaan kesihatan, penulis berkesempatan mendapat khidmat mengurut kaki secara percuma. Lega rasanya, melepaskan kepenatan kaki setelah memanjat TBC. Terasa haus, lantas di bawa ke Tea House untuk acara minum teh.
Masa untuk membeli belah! Singgah di market untuk mendapatkan pelbagai barangan cenderahati dengan harga berpatutan. Kemudian terus pulang ke hotel… membawa bersama mimpi-mimpi indah di Beijing pada hari kedua. Tidak sabar untuk satu hari bernama esoknya…
HARI KEEMPAT
Selepas sarapan, sekali lagi di bawa ke pusat rawatan herba lain kerana China sememangnya kaya dengan pelbagai rempah ratus. Selesa dengan urutan kaki secara percuma, penulis di bawa menjamu halwa mata dengan koleksi batu permata di Diamond Centre. Sempat untuk mendapatkan cenderamata buat ibu tercinta…
Dari situ, penulis bersama rombongan lain mengintai lokasi yang menjadi sejarah dunia baru-baru ini. Tersergam megah stadium Olimpik dengan seni reka binaannya berinspirasi sarang burung.
Tepat jam 7p.m, penulis tiba di stesen kereta api Beijing. Berduyun kepala manusia sesak memenuhi ruang legar. Sudah lama kiranya penulis tidak meluncur menggunakan perkhidmatan kereta api, tidak sabar rasanya untuk melelapkan mata di atas kereta api berkatil kelas pertama. Perjalanan menuju ke Suzhou…
HARI KELIMA
Seawal mantari pagi menampakkan wajahnya, penulis tiba di kota Suzhou. Suasana cukup segar dan nyaman, difahamkan ianya dikenali sebagai Taman Syurga kerana terdapat banyak taman peribadi yang cantik sekali. Selepas sarapan, penulis di bawa ke Wave Surging Paviion Garden. Kemudian menuju ke kilang Silk Store sebelum bertolak menuju ke Shanghai.
Bila mata terbuka, bangunan mencakar langit membanjiri kiri dan kanan pandangan penulis. Inilah kota metropolitan komersial yang mengagumkan! Lantas di bawa menuju ke Nanjing Road pusat membeli belah terkemuka di Shanghai. Meriah dengan pelbagai barangan yang ditawarkan dan padat dengan ribuan manusia seluruh dunia.
Selepas santap dan menunaikan solat, sekali lagi di bawa ke sebuah pusat membeli-belah yang boleh tawar-menawar. Biarpun hanya sejam menghabiskan masa di situ, sudah cukup mengisi ruang kosong travel beg yang di bawa penulis. Selesai semua, barulah berangkat ke hotel penginapan, Ekspress by Holiday Inn.
HARI KEENAM
Menghabiskan saat-saat terakhir di kota Shanghai, penulis di bawa ke bandar lama. Kagum dengan seni bina bangunannya yang masih kekal sehingga sekarang. Hampir setengah hari penulis menghabiskan masa shopping dan merakamkan foto kenangan di situ.
Selepas menjamu selera di sebuah Restoran Halal yang enak hidanganya, penulis di bawa melancong sekitar kota Shanghai dan singgah lagi di sebuah market untuk membeli-belah.
Lewat petang setelah matahari terbenam, cruise sedia menanti untuk pelayaran sekitar Shanghai menyaksikan keindahan suasana malamnya. Lampu berwarna-warni memancar penuh keriangan di setiap sudut bangunan mencakar langit di kota Shanghai. Segalanya berubah di malam hari, sukar digambarkan keindahannya melainkan anda sendiri berada sekapal bersama penulis.
Lewat malam, barulah kembali ke tempat penginapan dan bersedia untuk kembali ke Tanah air keesokan harinya. Penulis percaya setiap dari wajah mereka yang bersama mengikuti pakej percutian ini kembali ke Malaysia dengan melirik senyuman kepuasan dan terisi segala kenangan terindah.
Wanita dan barang kemas memang sukar dipisahkan. Perhiasan barangan kemas ini dikatakan mampu menaikkan seri wajah. Sejak akhir-akhir ini trend memakai barang kemas semakin menjadi-jadi. Tiba-tiba nama ‘Pulut Dakap’ menjadi sebutan dan bermain di bibir penggemar barangan kemas.
Jika dulu emas kuning menjadi pilihan wanita yang lebih berusia mungkin kerana nilainya yang tinggi dan kini wanita muda semakin meminati emas. Mungkin sebagai pelaburan jangka panjang atau mungkin rekaan barangan kemas kini yang mengikut peredaran semasa.
Sebenarnya pemilihan barang kemas ada caranya. Tak sangka warna urat kita merupakan cara yang tepat untuk memilih barangan kemas. Patutlah kadang-kadang tengok sesetengah orang pakai barangan kemas cantik saja dan setengah orang pakai tak naik seri.
Foto: Instagram @datoserivida
PERIKSA WARNA URAT
Bawah cahaya matahari, tengok warna urat pada pergelangan tangan. Jika nadi berwarna biru, bermakna anda memiliki jenis kulit sejuk. Jika urat berwarna hijau pula anda memiliki tona kulit panas. Jika keliru kerana kadang-kala urat anda kelihatan hijau dan kadang-kala berwarna biru? Itu bermakna anda neutral!
Kulit tona sejuk = Barang kemas perak (silver/emas putih)
Kulit tona panas = Barang kemas asli (emas kuning)
Neutral = Bertuah! Sesuai sama ada memakai barang kemas rona perak mahupun emas kuning.
Persekitaran yang tercemar boleh menyebabkan masalah kesihatan menjadi bertambah teruk terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai alahan. Gangguan alahan bukan hanya dialami oleh orang dewasa malah golongan kanak-kanak. Alahan awal yang dikenali sebagai alahan rhinitis ini akan menjadi lebih serius sekiranya tidak dirawat dengan segera.
Di Malaysia, punca biasa yang mendorong alahan ialah hama daripada habuk rumah, debu pencemaran serta pengambilan makanan-makanan tertentu seperti udang dan ketam. Derita alahan bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup pesakit dan keluarganya, malah boleh mempengaruhi emosi pelbagai pihak.
Terdapat pelbagai jenis alahan yang telah dikenal pasti. Antaranya seperti dermatitis atopik atau ekzema atopik, alahan rinitis, resdung, urtikaria dan asma. Alahan rhinitis merupakan sejenis alahan yang paling biasa ditemui. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira 10%-30% daripada individu di dunia, atau lebih kurang 400 juta orang yang menghidap alahan rhinitis. Ia menjejaskan ramai individu dari pelbagai negara tanpa mengira kumpulan etnik dan peringkat umur. Antara masalah keradangan hidung yang terjadi ialah bersin, nasal yang tersumbat dan berhingus.
Individu yang mengalami masalah alahan rhinitis biasanya akan mengalami gangguan nasal yang kronik. Hidung akan mudah tersumbat dan mengalami inflamasi apabila terdedah kepada alergen. Ini seterusnya akan menyebabkan resdung. Resdung pula akan menyebabkan keradangan pada sinus (kaviti dalam rongga hidung) serta mengakibatkan penghidapnya mengalami simptom seperti rasa tersumbat di bahagian wajah, sakit kepala, sakit telinga dan sukar tidur.
TERAPI
Antihistamina telah digunakan sebagai rawatan utama untuk menyekat simptom alahan sejak berdekad-dekad lamanya. Namun ubat-ubatan seperti ini mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri lebih-lebih lagi pada tahap neuropsikiatri seperti kecenderungan untuk membunuh diri, kemurungan, mimpi ngeri, tingkah laku yang agresif, halusinasi dan insomnia. Kesannya sering diabaikan dan dianggap sebagai tekanan biasa walhal ia boleh membahayakan diri.
Sekiranya anda sering menghadapi masalah alahan, menjadi terlalu sensitif kepada alergen atau sering memerlukan ubat untuk mengawal simptom alahan, maka inilah masanya untuk mengembalikan keseimbangan dan kecekapan sistem imunisasi anda kepada keadaan optimum secara semula jadi. Ia juga membawa pendekatan semula jadi untuk mengawal keadaan alahan seperti alahan rhinitis, resdung, urtikaria dan konjunktivitis serta berbeza dengan tindakan antihistamina.
Yang pasti, kadar kesedaran masyarakat terhadap alahan hari ini masih belum memuaskan. Disebabkan faktor ini, ramai pesakit tidak mendapatkan diagnosis doktor atau rawatan lebih awal sehingga menjurus kepada pelbagai masalah seperti sakit kepala, gangguan tidur, kurang daya tumpuan, lelehan hingus, dan sesak nafas.
FAKTA PENTING!
Alahan rhinitis sebenarnya berpunca daripada habuk-habuk di dalam rumah dan juga persekitaran termasuklah asap rokok dan tidak terkecuali makanan, ubat-ubatan dan susu tepung.
Elakkan atau jauhkan anak-anak daripada terlalu rapat dengan haiwan peliharaan seperti kucing, kerana bulu binatang boleh menyebabkan alahan rhinitis. Begitu juga persekitaran dalam rumah seperti permaidani yang mudah mengumpul habuk.
Mereka yang sememangnya mempunyai penyakit alahan, elakkan atau jauhi benda-benda yang boleh menyebabkan alahan terjadi.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...