Dalam keadaan usia semakin mencecah 50-an, maka bermulanya detik untuk tubuh kita rapuh dengan pelbagai gangguan kesihatan. Di usia ini pelbagai jenis penyakit bisa mengancam kehidupan seharian, terutamanya sewaktu wabak COVID-19 merebak dan peratus ketinggian yang sukar untuk pulih adalah mereka di kalangan warga emas.

IKLAN

Duduk di rumah dan sentiasa prihatin dalam penjagaan kesihatan. Jangan pula duduk di rumah hanya keluar masuk dapur. Makan dan makan, kemudian tidur tanpa punya perasaan untuk bergerak aktif. Maklumlah PKP, duduk rumah sepertinya berehat panjang di hadapan kaca TV atau menghabiskan masa melayari sosial media tanpa berhenti.

Bersyukurlah dengan kenikmatan yang Allah berikan kepada kita yang mula berganjak usia 50-an. Dalam waktu begini, segalanya harus berubah dari segi pola pengambilan makanan, gaya hidup, cara pemikiran dan sebagainya agar tidak mengganggu kesihatan.

IKLAN
IKLAN

Berikut dikongsikan tip kekal sihat dan cantik di usia 50-an, terutama dalam waktu PKP ini:

  1. Oh! Anda tahu lemak sangat bahaya untuk saluran darah dan kesihatan jantung. Boleh mengganggu konsentrasi serta daya ingatan. Jadi kurangkan pengambilan daging merah, mentega, dan makanan sejenis lainnya. Sebagai gantinya, ambil lebih banyak ikan dan sayuran.
  2. Pelbagai perubahan akan terjadi, terutama pada perubahan hormon, kekurangan kalsium, kadar metabolisme menurun dan vitamin D akan semakin berkurangan yang biasanya mulai terjadi di usia 40 tahun. Anda disarankan mengambil makanan tinggi kalsium dan vitamin D.
  3. Banyakkan mengambil makanan berasaskan produk tenusu sepeti susu rendah lemak, keju, dadih, bayam, brokoli, sawi serta kailan. Jangan lupa makanan yang kaya dengan vitamin C bagi membantu tubuh daripada radikal bebas yang menjejaskan kesihatan, Lebih baik makan buah-buah sebagai minum petang daripada kuih-muih yang manis.
  4. Duduk di rumah sekarang, pastikan anda makan secara seimbang merangkumi karbohidrat, protein dan lemak baik. Banyakkan minum air dan elakkan pengambilan makanan pedas, kurangkan garam, gula dan minyak.
  5. Biasakan untuk sarapan di pagi hari. Selain memberikan energi untuk memulai hari baru, sarapan juga mampu mengendalikan berat badan mu dan membuat anda terus tersenyum di pagi hari. Tubuh kita memerlukan energi yang cukup untuk melakukan pelbagai aktiviti. Dengan sarapan, maka energi ini akan dipenuhi, setelah selama berjam-jam saat tidur tubuh tidak menerima makanan atau minuman. Selain itu, sarapan juga dapat mengurangkan berat badan. Orang yang lewat bersarapan cenderung akan lebih banyak makan di siang hari. Hal ini menyebabkan peningkatan kadar gula dan menggemukkan.
  6. Jangan hanya duduk di kerusi malas, menonton TV dan bermain telefon sahaja. Jangan jadi seperti anak muda zaman ini yang malas bergerak apabila teknologi di genggaman. Anda perlu bergerak, mungkin tidak seaktif dulu tetapi sekurang-kurangnya membuat kerja ringan untuk regangan. Lakukan pergerakan sederhana berjalan kaki di sekitar rumah sambil menghirup udara segar di pagi hari selama 15 sampai 20 minit.
  7. Otak sama seperti otot yang akan lebih kuat aktif jika dilatih secara rutin. Selain menjaga makanan, bersukan dan melakukan kerja rumah untuk merangsang saraf, anda perlu punya hobi yang boleh merangsang minda seperti membaca, melukis, memasak, mendengar motivasi, ceramah agama dan sebagainya agar otak dapat berfikir dengan aktif. Dengan mengasah otak akan dapat menghindarkan diri dari stres, mudah lupa atau nyanyuk di usia tua.
  8. Perlu tidur secukupnya untuk pastikan fizikal kita sihat dan insyaAllah, umur lebih panjang. Saat tidur, organ tubuh akan bekerja memperbaiki sel-sel yang rosak, membuat pemulihan, mencipta protein yang baik dan masih banyak lagi manfaat lain yang akan dirasakan. Jika kita cukup tidur, maka organisasi dalam tubuh akan berjalan lancar tanpa gangguan, sehingga terhindar dari pelbagai penyakit.
  9. Pastikan anda mempunyai masa untuk berbual bersama ahli keluarga dan teman-teman sosial. Keceriaan hidup dengan berbicara dan bergaul dapat menyegarkan fikiran serta menyihatkan mental. Meski tua bukan bererti anda tidak bisa bergaul. Temui kegembiraan dan kebahagiaan diri dengan teman-teman rapat atau yang telah terputus hubungan, cuba jalinkan kembali. Anda perlu sentiasa happy dan always positive. Sekarang anda tidak dibenarkan untuk keluar berjumpa teman-teman, ambil masa sedikit untuk berbicara bersama mereka melalui panggilan telefon atau WhatsApp. Ceriakan diri anda dengan berbual, berkongsi ilmu, bergurau dan sebagainya. Pada masa yang sama, di kesempatan PKP ini, anda boleh duduk makan tengah hari atau malam bersama ahli keluarga sambil berbual tentang pelbagai isu.
  10. Perbanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan membuat solat sunat. Masa muda mungkin kita lalai dan banyak yang ditinggalkan. Masa sekarang untuk kita kumpul kembali apa yang tercicir. Bersyukur Allah masih lagi kita bernafas untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai umatnya yang baik. Kalau boleh sentiasa jaga solat tahajud kerana pahalanya amat besar. Dekatkan diri kita kepada-Nya, insyaAllah akan membuka ruang hati kita sentiasa bersih, berfikiran positif dan tenang. Itulah rahsia terbaik untuk kekal sihat dan cantik di usia emas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI