Gaya Hidup

Bintang Filem RUDY HABIBIE, CHELSEA ISLAN Selamat Bergelar Isteri.

Nampaknya Indonesia bukan sahaja meraikan majlis perkahwinan anak Presiden Indonesia, Kaesang Pangerap dan Erina Gudono, rupanya pelakon filem Rudy Habibie, Chelsea Islan turut bergelar raja sehari.

Chelsea Islan secara rasmi berkahwin dengan jejaka pilihannya Kardinal Rob Clinton pada 8 Disember lalu. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada Oktober lalu.

Sekitar majlis pertunangan pasangan ini Oktober lalu.


Chelsea Islan dan Cardinal Rob Clinton mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup dan hanya di hadiri oleh keluarga terdekat pasangan ini. Menerusi gambar-gambar yang tersebar, selepas upacara restu perkahwinan, pasangan ini terus menuju ke kereta mewah Rolls Royce berwarna hitam.


Sementara itu, daripada salah satu muat naik Instagram rakan Chelsea, Darrel Jowono, @darejow menunjukkan Chelsea kelihatan anggun memakai gaun putih di dalam gereja. Sementara itu, Rob Clinton berpakaian sut krim.


Perarakan perkahwinan Chelsea diiringi alunan lagu rohani bertajuk “Touch My Heart.” Untuk makluman, hubungan Chelsea Islan dan Rob Clinton mula diketahui umum pada tahun 2019.

Ketika itu, mereka berdua sedang menikmati percutian bersama di Singapura. Mengenai hubungan mereka, mereka mula didedahkan pada tahun 2020. Mereka dilihat berswafoto bersama di Instagram.

 

IKLAN
Share