Sinetron negara jiran berjudul ‘Mutiara Hati’ pernah menjadi fenomena di Malaysia sekitar tahun 2005, watak bu Arini yang dilakonkan oleh aktres jelita tanah seberang Inneke Koesherawati memberikan kesan mendalam kepada rakyat di negara ini.
Inneke Koesherawati antara penyeri dalam drama berepisod tersebut. Watak dan jalan ceritanya cukup memberi kesan serta pengajaran.
Ads
Siapa sangka Inneke yang terkenal sebagai pelakon filem panas Indonesia sekitar tahun 1990-an, akhirnya mendapat hidayah dan memutuskan untuk berhijab pada tahun 2001 dan kekal istiqamah sehingga kini.
Pada tahun 2013, Inneke menyatakan hasrat mengundurkan diri industri seni kerana ingin fokus menguruskan suami, anak-anak dan keluarganya. Bagaimanapun, Inneke masih mempertimbangkan tawaran sebagai pengacara dan juga model busana muslimah.
Biarpun kini jarang muncul di televisyen namun Inneke Koesherawati masih aktif dalam dunia peragaan dan iklan.
Aura kecantikan wanita tinggi lampai ini masih terserlah biarpun usianya kini sudah mencecah 48 tahun.
AWET MUDA
Pada usia 48 tahun, Inneke Koesherawati kelihatan awet muda. Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini masih bergiat aktif sebagai model dalam pertunjukan fesyen muslimah di negaranya.
Selain itu, Inneke Koesherawati tetap aktif berkumpul dengan rakan-rakan selebriti meski wajahnya sudah jarang menghiasi layar televisyen.
Ads
FASHIONISTA!
Jika berada di luar negara, Inneke Koesherawati kelihatan bergaya dengan tudung labuh yang digabungkan dengan outer wear dan seluar hitam longgar.
MANIS BERHIJAB Biarpun sering bertudung labuh yang digabungkan bersama jubah berwarna krim, Inneke Koesherawati tetap kelihatan menawan.
Setiap kali memuat naik hantaran di Instagram, Inneke Koesherawati sering menutup ruangan komen.
Ads
Untuk rekod, pada tahun 2004 Inneke Koesherawati mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan berstatus duda bernama Fahmi Darmawansyah.
Mereka melangsungkan pernikahan di Menara Saidah yang merupakan aset keluarga Fahmi Darmawansyah. Ternyata, suami Inneke Koesherawati berasal dari keluarga yang berada dan terkenal.
Sekadar info artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Generasi 80-an barangkali masih ingat kenangan menonton ‘Oshin’ setiap petang. Kecomelan Oshin menemani zaman kanak-kanak kita namun yang ditekankan adalah mesej yang dibawa watak si cilik Ayako Kobayashi – betapa hidup harus diperjuangkan walau sesusah apa pun.
Kini lebih 30 tahun berlalu. Nona tertarik menjejaki perkembangan Ayako Kobayashi yang begitu hebat menjentik emosi penonton sebagai ‘Oshin’ cilik.
Berusia 50 tahun, wanita Tokyo yang dilahirkan pada 11 Ogos 1972 itu ternyata masih aktif bergiat dalam industri seni di sana.
Pada usia hampir mencecah 51 tahun, Ayako memilih untuk berdamai dengan alam semula jadi. Antara aktiviti kegemarannya adalah hiking atau mendaki gunung. Terkini, beliau berkongsi kejayaan menawan puncak Gunung Tochigi setinggi 1625m di wilayah Aomori.
“Cuaca amat baik dan saya dapat menikmati pemandangan Kifuji dan Laut Jepun dari atas (stesen). Di sini, pohon epal sedang lebat berbuah dan salah satunya jenis epal kegemaran saya iaitu Fuji. Musim bunga yang sangat cantik!” Ayako Kobayashi
Selain itu, Ayako juga gemar menghabiskan masa dengan mempelajari perkara baru. Salah satunya menyertai kelas tarian di Shirakawa Dance School. Berhibur sambil bersenam katanya!
‘Oshin’ merupakan antara drama asadora yang disiarkan saluran NHK dan telah ditayangkan ke lebih 50 negara. Jalan ceritanya penuh teladan, kisah dari zaman ‘Oshin’ kecil, dewasa dan tua. Namun yang paling membekas di ingatan tentulah ketika ‘Oshin’ kecil, melalui kesusahan hidup sebagai anak petani miskin.
Rindukan ‘Oshin’? Berikut perkembangan terkini Ayako yang kelihatan cukup jelita dan awet muda…
(1) Potret Ayako dulu dan sekarang. Penonton ‘Oshin’ mengenali Ayako ketika usianya masih 11 tahun.
(2) Ayako berketinggian 158cm dan kini bakal mencecah 51 tahun.
*************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
*************
(3) Beliau masih aktif berlakon dan salah satu filem terbaharu yang dibintanginya adalah Hakai (2022).
(4) Seorang yang sukakan alam semula jadi dan minat mendaki.
(5) Aktres ini mula berlakon sejak kecil dan masih bertahan sampai sekarang.
Bagai mengimbau memori lama, memang terkenang zaman kanak-kanak betul kalau cakap tentang drama ‘Oshin’ kan?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mekap mineral kini semakin mewarnai lambakan produk kosmetik tempatan. Walaupun penggunaannya baik untuk kulit tetapi sebagai wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan perlu menyelidik terlebih dahulu kelebihan dan kekurangan mekap mineral ini.
Selain itu anda perlu mengetahui kelebihan dan kekurangan kulit anda. Adakah tergolong dalam kumpulan kulit bermasalah seperti jerawat atau kulit sensitif.
Kelebihan Mekap Mineral
(a) Sesuai untuk semua jenis kulit
Kosmetik mekap memang dibuat khusus tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet, bebas wangian dan tiada pewarna. Oleh itu, mineral mekap ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat. Antara kandungan bahan mineral yang terdapat di dalamnya bersifat anti-radang dan boleh meredakan kulit yang sedang berjerawat teruk. Kebiasaannya produk mineral mekap ini berbentuk serbuk untuk mengelak penggunaan bahan pengawet.
(b) Non-comedogenic
Mineral kosmetik juga bebas minyak sehingga penggunaannya tidak akan menyebabkan pori-pori tersumbat atau menimbulkan alergi. Namun, itu bukan alasan untuk tidak menyemak label yang terdapat di setiap produk mineral. Baca isi kandungan dalam setiap produk kosmetik yang mahu dipakai dan elak bahan yang boleh menimbulkan iritasi seperti paraben.
(c) Halang sinar matahari
Mineral mekap telah dibentuk mengandungi SPF untuk menghalang kesan bahaya sinar matahari kepada kulit. Walaupun begitu, tetap disarankan untuk menyapu krim pelindung matahari terlebih dahulu sebelum menggunakan mineral mekap sebagai perlindungan tambahan. Ini kerana mineral mekap tidak mengandungi banyak SPF di dalamnya.
(d) Antioksida
Mekap mineral mengandungi antioksida yang tinggi. Antioksida ini membantu kulit menangkis tumbuh jerawat dan mengeluarkan kolagen demi memelihara kelembapan kulit.
Kekurangan Mekap Mineral
Hasil tidak sekata
Mekap mineral secara umumnya datang bentuk serbuk dan sangat ringan. Serbuk ini biasanya tidak menyerap di kulit seperti kosmetik biasa. Hasil solekan jika tidak dilakukan dengan teliti pasti tidak sekata berbanding dengan kosmetik biasa.
Tidak tahan lama
Mekap mineral diketahui diperbuat daripada bahan-bahan mineral yang tidak mengandungi pengikat seperti kosmetik lain yang mampu bertahan lebih lama di kulit. Mekap mineral memerlukan anda melakukan touch up untuk hasil yang maksima.
Pilihan terbatas
Produk mekap mineral ini tidak banyak di pasaran dan juga tidak mempunyai banyak pilihan. Pilihan rona juga tidak banyak kerana kandungannya tidak menggunakan pewarna tiruan dan ditambah dengan harga yang lebih sedikit daripada kosmetik biasa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan gaya hidup pewaris Naza Group, Nur Nadia SM Nasimuddin. Mana tidaknya, dalam kesibukan mengurus legasi perniagaan arwah bapa dan keluarga, dia kekal berpenampilan menarik, anggun dan ramping. Apatah lagi dengan kehadiran empat cahaya mata yang masih kecil. Pastinya ia bukanlah satu tugas mudah namun melihat susuk tubuh Nadia… mesti ramai yang beranggapan jelitawan ini berstatus anak dara. Realitinya, Nadia baru sahaja menimang anak keempat pada 25 Februari lalu.
Merupakan puteri bongsu kepada Pengasas Naza Group, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan isteri, Puan Sri Datin Seri Utama Zaleha Ismail; Nadia menyandang jawatan sebagai salah seorang pengarah Naza Group yang menerajui bahagian food and beverage (F&B) di samping kakaknya, Nur Diana SM Nasimuddin. Sehingga kini, Nadia dan Diana bersama-sama mengendalikan restoran Dotty’s dan BLVD House. Tidak ketinggalan, bisnes berasaskan produk kecantikan My Smink.
Disebabkan minat mendalam terhadap industri fesyen, Nadia turut menjadi Pengarah Kreatif Myportluxe iaitu platform e-dagang yang menjual pelbagai aksesori dan beg tangan berjenama mewah dengan harga mampu milik.
Mengintai sisi kehidupan berkeluarga Nadia pula, dia yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-34 pada 25 Mac lalu. Nadia mendirikan rumah tangga dengan anak peneraju industri perhotelan, Hamzah Alang Tan Sri Azman Shah pada Julai 2010 dan mereka menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 baru-baru ini.
Hasil perkongsian hidup selama sedekad, pasangan romantis berkenaan dikurniakan empat cahaya mata comel iaitu Aidan (8 tahun), Tahlia (2 tahun), Taraa Camila (1 tahun) dan Tia Inara yang bakal berusia lima bulan pada 25 Julai nanti.
Selain gemar berkongsi aktiviti di media sosial miliknya, Nadia dan suami turut berkongsi minat yang sama iaitu melancong. Jika ada masa terluang, mereka sekeluarga pasti akan menikmati percutian bersama-sama. Dalam pada itu, Nadia mendedahkan dia selesa menghabiskan masa di gimnasium demi memastikan stamina dan tubuh badan ideal serta kekal sihat.
Malah ketika ditanya peminat tentang gaya hidupnya yang sentiasa nampak menarik di samping empat anak yang masih kecil, tanpa berselindung Nadia menjelaskan dia tidak mampu menguruskan segalanya seorang diri tanpa bantuan daripada suami tercinta. Moga kejayaan Nadia dalam kerjaya dan kehidupan sentiasa menjadi inspirasi buat semua wanita.
Nama Edry Abdul Halim sememangnya dikenali dalam industri muzik tanah air yang pernah menggegarkan pentas hiburan menerusi kumpulan KRU yang dianggotai tiga adik-beradik berbakat. Sejak kumpulan tersebut dibubarkan pada 2018, adik Datuk Norman dan Datuk Yusry ...