Setiap orang pasti mempunyai hobi yang dilakukan pada waktu senggang. Walau apa jua hobi yang dilakukan mestilah berlandaskan minat. Barulah timbulnya kepuasan dan keseronokan. Tahukah anda ada beberapa hobi yang dapat memberikan manfaat dari sudut kecergasan tubuh dan kesihatan otak? Bukan itu saja, anda juga akan rasa lebih bahagia! Apakah 5 hobi itu?

IKLAN

MEMASAK

Ubah kebiasaan kerap makan di luar dengan memasak sendiri di rumah. Anda boleh tetapkan sendiri bahan-bahan, cara memasak dan kuantiti mengikut kreativiti. Ia juga memberi manfaat terhadap kesihatan anda. Anda juga akan lebih berhati-hati ketika berbelanja seperti membaca label zat kandungan dan memilih bahan segar serta berkualiti.

MENULIS

Mencurahkan isi hati dengan menulis atau melukis adalah hobi yang sihat untuk otak. Cara ini efektif untuk menenangkan fikiran terutama ketika mengalami tekanan sekaligus memulihkan emosi negatif. Menulis juga dipercayai dapat membantu meningkatkan kualiti hidup.

MENARI

Salah satu cara efektif bagi menjaga kecergasan dan kesegaran tubuh. Antara tarian yang boleh dicuba seperti tradisional, ballet, belly dance, aerobik, hip hop, jazz, salsa dan zumba. Tarian menjadi satu latihan kardio yang baik bagi kesihatan jantung dan paru-paru, seterusnya meningkatkan stamina. Boleh saja lakukan di rumah sambil diiringi muzik pilihan anda.

IKLAN

BERKEBUN

Membantu merawat kesihatan kulit dengan berada di bawah sinaran matahari pagi. Selain itu, aktiviti memotong rumput, mencabut lalang dan menggunakan peralatan berkebun membantu meningkatkan kekuatan otot dan fleksibiliti tubuh.

IKLAN

OLAHRAGA

Contohnya berjalan kaki, berbasikal, berenang, mendaki gunung dan menyelam mempunyai manfaat masing-masing terhadap kesihatan mental dan fizikal.

FOTOGRAFI

Kalau selama ini hobi anda hanya selfie atau ambil gambar makanan (statik), apa kata arahkan pula lensa kamera anda dengan mengabadikan gambar-gambar alam semula jadi. Contohnya semasa pergi bercuti atau ke destinasi menarik anda pasti akan banyak berjalan. Maka anda akan tetap aktif bergerak sekaligus menyihatkan.