Usahawan cantik Nur Atikah.

Wanita cantik manis berusia 28 tahun ini memiliki kelulusan Diploma dalam jurusan Seni Persembahan (Performing Art) dari sebuah universiti tempatan. Pun begitu, dia memilih bidang perniagaan sebagai karier utamanya kerana minat dan dorongan suami tersayang.

Buat Live FB Tapi Tak Ramai Yang Beli, NUR ATIKAH Dedah Pernah Menangis Kerana Terlalu DownAnak kelahiran Selangor, Nur Atikah, merupakan ibu kepada seorang cahayamata berusia 2 tahun. Bapanya merupakan seorang driver manakala ibu bekerja kilang. Dalam keluarganya hanya dia seorang sahaja yang minat berniaga sehingga berimpian untuk memiliki tanah sendiri suatu hari nanti untuk membina legasi perniagaannya.

“Saya memilih bidang perniagaan kerana sekarang ini adalah masa yang sesuai dan mengikut masa saya sendiri. Tambahan pula, saya seorang suri rumah tangga jadi saya boleh memilih masa yang sesuai untuk diri sendiri dan keluarga.

Buat Live FB Tapi Tak Ramai Yang Beli, NUR ATIKAH Dedah Pernah Menangis Kerana Terlalu Down

Saya menjual koleksi pakaian muslimah antaranya ialah tudung “tanpa gosok” serta telekung. Adakalanya saya selitkan juga pakaian pyjamas yang menjadi trend terkini.

Memandangkan sekarang ini zaman pandemik COVID-19, saya perlu sentiasa peka dengan keadaan semasa. Antara yang saya lakukan ialah dengan perbanyakan servis seperti jika ada pelanggan yang terdekat, saya akan COD (cash on delivery) untuk memenuhi permintaannya. Ini kerana kadang-kadang ada juga pelanggan yang tidak mahu melalui kurier jadi mereka sangup bayar untuk COD kerana nak guna barang cepat.

Buat Live FB Tapi Tak Ramai Yang Beli, NUR ATIKAH Dedah Pernah Menangis Kerana Terlalu Down

Buat Live FB Tapi Tak Ramai Yang Beli, NUR ATIKAH Dedah Pernah Menangis Kerana Terlalu Down

Sebelum ini saya pernah bekerja di salah sebuah syarikat penapis air sebagai team pemasaran merangkap team leader. Pelbagai kejayaan yang telah saya capai di syarikat tersebut. Jika syarikat berikan target, saya akan cuba untuk mencapainya sebaik mungkin.

DORONGAN SUAMI
Saya sangat bersyukur kerana suamilah yang banyak memberikan dorongan dan bantuan kepada saya selama ini. Suami juga paling arif tentang perniagaan dan saya banyak belajar tentang selok belok perniagaan dengannya.

Buat Live FB Tapi Tak Ramai Yang Beli, NUR ATIKAH Dedah Pernah Menangis Kerana Terlalu Down
Nur Atrikah bersama suami dan anak tersayang.

Selain itu, suami juga sering memberikan kata-kata semangat kepada saya. Maka, saya sentiasa berpegang kepada prinsip iaitu kekalkan momentum, jangan pernah mudah merasa down dalam hidup, teruskan usaha seterusnya yang paling pentig mindset perlu sentiasa positif.

Sepanjang berbisnes antara anugerah yang pernah saya terima ialah pencapaian target sales terbaik sepajang tahun 2017/2018 dari syarikat jualan penapis air. Satu lagi ialah jualan rumah terbaik pada tahun 2020 dari agensi perumahan.

Buat Live FB Tapi Tak Ramai Yang Beli, NUR ATIKAH Dedah Pernah Menangis Kerana Terlalu Down

Selain dorongan suami, keluarga juga tidak ketinggalan memberi semangat kepada saya. Keluarga saya bekerja di syarikat swasta yang mana ibu bekerja kilang manakala ayah pula seorang drebar. Dalam keluarga hanya saya seorang sahaja minat berniaga.

Saya sering memberikan sumbagan kepada anak-anak yatim yang memerlukan bukan sahaja dari segi makanan malah wang ringgit. Sebagai contoh baru-baru ini ada pusat anak yatim tidak cukup duit untuk beli buku sekolah. Saya telah berikan bantuan kewangan mengikut jumlah yang diperlukan oleh pihak tersebut.

Buat Live FB Tapi Tak Ramai Yang Beli, NUR ATIKAH Dedah Pernah Menangis Kerana Terlalu Down

PERNAH RASA DOWN
Pernah terjadi barang tak cukup stock dan saya perlu mencari dari pemborong luar kawasan Kuala Lumpur. Saya tak cukup target sales, pernah buat Live di Facebook tetapi tidak ramai yang nak beli. Ketika itu rasa down sangat apabila tidak ramai orang lock. Pernah menangis semasa Live tapi saya kuatkan diri untuk habiskan.

Saya menghantar anak ke taska. Siang hari saya akan fokus pada postage barang, malam pula saya akan Live dalam 2 jam sementara anak bersama suami. Selepas itu barulah saya akan bersama keluarga.

Buat Live FB Tapi Tak Ramai Yang Beli, NUR ATIKAH Dedah Pernah Menangis Kerana Terlalu Down

IMPIAN
Sebagai isteri dan ibu saya sentiasa lakukan yang terbaik untuk diri sendiri serta keluarga, Apa yang penting sentiasa menjaga kesihatan supaya dapat menjaga keluarga dan diri sendiri. Sebabnya bagi saya wanita yang berjaya adalah seorang yang multistaking.

Buat Live FB Tapi Tak Ramai Yang Beli, NUR ATIKAH Dedah Pernah Menangis Kerana Terlalu Down

Impian saya adalah ingin membeli 1 ekar tanah suatu hari nanti. Dengan tanah tersebut saya merancang untuk buat macam-macam terutama untuk bisnes. Sebagai wanita, saya juga berhasrat untuk membantu wanita lain menambah pendapatan mereka. Saya juga berhasrat untuk membantu golongan wanita untuk lebih berkeyakinan dalam bisnes.”

Kredit Foto: Koleksi Peribadi Nur Atikah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI