Sebut tentang bazar Ramadan, selalunya ia umpama ‘pesta’ menjual makanan. Begitu meriah dengan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk dan minuman manis.
Apa pun bijaklah berbelanja, jangan lupa matlamat utama kita untuk beribadah. Kekalkan amalan pemakanan sihat sepanjang berpuasa.
Kenapa perlu makan secara sihat sepanjang bulan Ramadan?
Ini adalah penting untuk mengelakkan beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya. Jika masalah ini berlaku boleh mengganggu tumpuan kita yang sedang berpuasa.
MAKAN SECARA SIHAT
Makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang walaupun di bulan puasa.
Semua kumpulan makanan perlu diambil mengikut Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam.
Selain itu, ambil air secukupnya sama ada dalam bentuk minuman atau sup.
Ads
HIDANGAN SIHAT BERBUKA PUASA
Rata-rata gemar berbuka puasa dengan minuman dan kuih-muih manis. Bagi mengelakkan makan secara berlebihan, ambil makanan ringkas terlebih dulu ketika berbuka puasa. Ini juga mengelakkan ketidakselesaan sistem penghadaman.
Mengikut sunnah, lebih afdal mengambil kurma sebagai makanan pertama ketika berbuka. Kurma kaya dengan tenaga dan serat.
Pengambilan makanan pedas dan berempah juga tidak digalakkan ketika berbuka puasa. Ini dikhuatiri menimbulkan ketidakselesaan perut di siang hari.
Ads
Berikut contoh cadangan menu yang bagus diambil sepanjang Ramadan:
BERBUKA
3 biji kurma, ½ cawan jus buah-buahan, 1 cawan sup sayur atau ½ cawan bubur lambuk dan 1 keping kuih.
MAKAN MALAM
1½ cawan nasi, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur dan 1 biji buah.
MAKAN LEWAT MALAM (MOREH)
Snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich, kuih-muih, kacang atau buah-buahan.
SAHUR
Amalan bersahur penting semasa berpuasa bagi membekalkan tenaga sepanjang waktu berpuasa di siang hari.
Sebaik-baiknya, waktu bersahur setengah jam sebelum waktu imsak. Bersahur awal atau sahur sebelum tidur tidak digalakkan.
Semasa bersahur digalakkan mengambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat.
Ads
Pengambilan makanan tinggi serat seperti roti tinggi serat atau roti mil penuh serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar. Jangan lupa mengambil buah-buahan dan air yang mencukupi ketika bersahur.
Pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi tidak digalakkan kerana boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.
Contoh makanan untuk sahur yang boleh diambil seperti berikut:
SAHUR
1½ cawan nasi, 1 ekor ikan goreng, ½ cawan sup sayur campur dan tauhu, 1 biji pisang atau 3 biji kurma, 1 gelas air kosong dan 1 gelas susu rendah lemak Atau 1 cawan bijirin sarapan dengan ½ gelas susu rendah lemak dan kismis/hirisan pisang, 2 keping roti mil penuh dengan sedikit jem, 1 gelas jus oren dan 1 gelas air kosong
Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cipta trend pembuatan kopi penuh stail dan tersendiri dengan rangkaian pilihan kopi berkualiti daripada Nespresso.
Hadir dengan label produk Barista yang menawarkan tiga perisa kopi dengan rasa memikat, anda boleh menyediakan secawan kopi ala kafe terkemuka hanya dari rumah.
Sama ada ingin menghirup secawan kopi dengan rasa Cappuccino berkrim, kepekatan Espresso Macchiato atau Ristretto, koleksi terhad Barista mampu memenuhi cita rasa anda!
Diilhamkan daripada pengalaman barista iaitu pakar penyediaan kopi yang bijak mengadun kopi sebelum dihidangkan kepada pelanggan, Nespresso edisi terhad Barista didatangkan dalam tiga pilihan iaitu Barista Chiaro (Cappuccino), Barista Scuro (Espresso Macchiato) dan Barista Corto (Ristretto).
Keistimewaan
(a) BARISTA Chiaro
Keunggulan rasa : Kopi yang dihasilkan pakar Nespresso khusus untuk sajian kopi Cappuccino yang memiliki kemanisan tersendiri serta lemak berkrim. Kisaran kopi panggang separa gelap ini cukup enak dinikmati dengan campuran susu. Tahap intensiti kopi di dalam BARISTA Chiaro adalah 5.
(b) BARISTA Scuro
Keunggulan rasa: Sesuai untuk penyediaan Espresso Macchiato yang dihasilkan dengan kepekatan kopi bersama sedikit campuran susu. Tahap intensiti kopi di dalam BARISTA Scuro adalah 11. Lebih tinggi daripada rasa kopi BARISTA Chiaro.
(c) BARISTA Corto
Keunggulan rasa: Kaya dengan rasa kopi pekat yang ditambah bersama sirup dan krim gelap. Tahap intensiti kopi di dalam BARISTA Corto adalah 11. Bagi penggemar tegar kopi pekat, ia adalah pilihan minuman tepat.
Anda yang ingin mencuba keunggulan rasa kopi BARISTA dari Nespresso, jangan ketinggalan untuk membeli tiga produk edisi terhad ini secara atas talian di www.nespresso.com bermula 4 September 2017. Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak perlu lagi risau tentang kalori apabila anda menikmati sajian sihat dari Tuna Ayam Brand. Dihasilkan dengan ramuan organik dan bermutu tinggi, produk terbaru ini mengandungi khasiat sayuran dan minyak zaitun dara ekstra organik yang baik untuk keperluan tubuh.
Sebagai pengenalan kepada produk Tuna Flakes in Organic Broth dan Tuna Chunks in Organic Extra Virgin Olive Oil, dua resipi mudah turut disediakan sebagai rujukan anda. Di samping kaya dengan Vitamin K, Omega-3 dan Omega-6, rangkaian produk tuna Ayam Brand turut mendapat pensijilan halal daripada JAKIM.
Dapatkan Ayam Brand Tuna Flakes in Organic Broth dan Tuna Chunks in Organic Extra Virgin Olive Oil di kedai runcit dan pasar raya terpilih dengan harga RM6.60 bagi 150 gram setin.
TUNA KENTANG PEDAS
Bahan-bahan:
1 tin Chunks Tuna in Organic Olive Oil (dengan minyak)
4 biji kentang (dikupas & dipotong kiub)
1 sudu makan serbuk paprika
Garam secukup rasa
Minyak untuk memasak
2 tangkai daun ketumbar (dicencang)
Cara membuat:
Campurkan kentang dengan serbuk paprika. Panaskan minyak 50 ml dalam kuali dan goreng kentang hingga keperangan. Masukkan bawang dan tuna kemudian tumis sekali lagi kentang tadi hingga masak. Perasakan dengan garam secukupnya. Hidangkan bersama hirisan daun ketumbar.
TUNA KICAP MANIS
Bahan-bahan:
1 tin Chunks Tuna in Organic Olive Oil (dengan minyak)
100 ml kicap manis
½ sudu teh garam
1 bawang merah (dihiris)
6 tangkai cili padi (dihiris)
Cara membuat:
Campurkan semua bahan. Kemudian, gaulkan bersama mi atau pasta kegemaran yang telah siap di masak. Akhir sekali, masukkan kicap manis. Sedia untuk dinikmati.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Puan Sri Shariffa Nisa atau lebih mesra disapa Puan Sri Nisa Bakri gemar memasak dan menjamu rakan-rakan dengan pelbagai masakan tradisi.
Prinsip Puan Sri Nisa hanya satu sahaja iaitu memasak makanan dengan penuh kasih sayang dan ikhlas kerana ia menghubungkan jiwa sesama manusia selain memberi kepuasan kepada diri sendiri.
Puan Sri Nisa pernah mengharumkan nama Malaysia apabila mementaskan keunikan air tangannya di salah satu kota fesyen dunia terkenal dunia iaitu London, England.
Pada Minggu Fesyen London 2018 lalu beliau diberi kesempatan menghidangkan pelbagai masakan Malaysia asli dan unik kepada semua hadirin yang terdiri daripada golongan VVIP di acara fesyen yang berprestij itu.
Puan Sri Nisa telah berkongsi resipi istimewa daripada buah kurma. “Saya ingin berkongsi resipi kek kurma untuk anda, terutama jika masih ada baki kurma di rumah,” katanya.
Kek Semanis Kurma Semerah Ceri
Bahan-bahan:
180gm tepung kek
25gm serbuk badam
150gm mentega
50gm selai ceri (masak ceri segar hingga empuk dan memekat).
100gm gula kastor (kerana ceri dan kurma sudah sedia manis adunan ini boleh disesuaikan dengan cita rasa anda)
100gm buah kurma – dicincang kasar
3 biji telur asingkan kuning telur dan putih telur
1 sudu teh vanilla
Pati beetroot merah (atau pewarna merah) sesuaikan warna
Secubit garam
Cara Memasak
1. Pukul Mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul lagi.
3. Akhir sekali masukkan selai ceri, pati beetroot, sedikit garam serta esen vanilla dan pukul serata.
4. Ayak tepung dan serbuk badam. Gaul tepung campuran halus tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan di atas sehingga sempurna rata
5. Masukkan juga kurma cincang tadi dan gaul lagi.
6. Pukul putih telur sehingga kembang sempurna di bekas berasingan.
7. Gaulkan menggunakan spatula silikon, putih telur kembang itu dengan adunan kek di atas. Buat dengan lembut dan perlahan sehingga serata. Tips jangan masukkan putih telur sekaligus, boleh buat secara berperingkat agar kegebuan putih telur tadi tidak hilang.
8. Alas tin kek dengan kertas pembakar dan bakar kek di dalam oven 170 selsius sehingga masak (ketuhar berbeza jadi masa sesuaikan dengan ketuhar anda).
9. Tunggu sejuk dan potong. Hidang dengan ceri segar.
7 Kebaikan Buah Ceri Untuk Kesihatan
1 Mencegah diabetes
Walaupun buah ceri tinggi kandungan gula tetapi rendah glycemic index. Ini boleh membantu kadar gula dalam darah pesakit diabetes.
2 Tidur lebih berkualiti
Ceri kaya dengan melatonin yang boleh membantu mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti.
3 Menyingkirkan lemak di perut
Merendahkan risiko radang, mengurangkan stres dan menyeimbangkan kadar kolesterol yang terdapat dalam buah ceri ini merupakan faktor untuk menyingkirkan lemak di bahagian perut.
4 Kurangkan risiko strok
Buah ceri mengandungi bahan anti-radang yang sangat efektif untuk mengurangkan risiko serangan jantung.
5 Mencegah kanser
Buah ceri kaya dengan flavonoid yang digelar Quercitrin menrupakan agen antikanser yang sangat berkesan.
6 Menghalang arthritis
Buah ceri mengandungi anthocyanins dan bioflavonoids yang membantu mengurangkan risiko penyakit arthritis.
7 Anti-penuaan
Buah ceri kaya dengan melatonin, yang berkuasa untuk mengurangkan proses penuaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!