Cantik Dengan Cara Tersendiri, Tiga SAHABAT BAIK Ini Kongsi Rahsia

324

Bagi kaum wanita khususnya yang sudah berkahwin, saat bertemu pastinya pelbagai topik dibualkan antaranya soal kecantikan dan kesihatan. Masing-masing berkongsi panduan dan pengalaman sekaligus dapat mengeratkan kasih sayang sesama teman. Yna Sakinah, Erin Leola dan Nurul MF tiga sahabat baik yang sudi berkongsi rutin kecantikan mereka.

AMAL PEMAKANAN SEIMBANG

Bagi Sakinah Alfakhri yang merupakan jurusolek profesional berusia 30 tahun ini, definisi kecantikan sangat subjektif. Baginya, kecantikan harus seimbang dari segi dalaman mahupun luaran. Memiliki kesihatan badan yang baik, penampilan yang menarik, tingkah laku yang baik, percakapan yang baik dan bijak antara ciri-ciri kecantikan dalaman.

“Kecantikan dalaman paling penting dijaga kerana ia permulaan untuk keseluruhan kecantikan luaran kita. Amalkan makanan seimbang agar kulit lebih cantik dan berseri. Manakala kecantikan luaran hanya perlu ditambahkan dengan solekan sederhana bagi menaikkan seri wajah.

Saya sentiasa membawa kit solekan CARYA COSMETICS yang merupakan produk saya sendiri. Set solekan tersebut sudah lengkap dengan gincu, pembayang mata, pemerah pipi, bronzer, highlighter dan eyebrow pencil di dalam satu palet. Saiznya juga sangat comel memudahkan saya membawanya ke mana-mana contohnya terpaksa bekerja luar kawasan.

Saya jarang ke spa namun tetap mementingkan kesihatan badan. Saya mempunyai tukang urut sendiri yang datang ke rumah setiap bulan untuk mengurut termasuk memberi saya minuman jamu. Berurut sangat bagus untuk wanita yang terlalu penat bekerja bagi melancarkan peredaran darah, mengurangkan ketegangan urat yang bengkak, memanaskan dalaman badan serta kesuburan.”

KONSISTEN RUTIN KECANTIKAN

“Apa sahaja yang nampak manis, semula jadi dan sejuk mata memandang itulah definisi kecantikan sebenar buat saya. Bagi saya kecantikan dalaman paling penting untuk dijaga kerana ia permulaan keseluruhan kecantikan luaran kita. Amalan pemakanan seimbang juga penting agar kulit kelihatan cantik berseri.

Saya sentiasa mengamalkan pengambilan sesudu madu asli sebaik sahaja bangun tidur pada waktu pagi. Selain itu saya turut mengamalkan makan buah delima dan sayur-sayuran khusus untuk kecantikan dan kesihatan dalaman.

Saya juga mengamalkan minum satu liter air kosong setiap hari di samping sesudu madu dan sesudu minyak zaitun. Khasiatnya sangat banyak antaranya ialah saya dapat mengekalkan kulit yang sihat, bersih, lembap serta gebu,” kongsi Nurul Maizatul Farazila Abd Rahman yang juga merupakan jurusolek profesional berusia 33 tahun.

SEIMBANGKAN KECANTIKAN DALAMAN & LUARAN

Setiap wanita sukakan kecantikan. Namun begitu kecantikan biasanya didefinisikan dari sudut yang berbeza. Kecantikan itu juga datangnya daripada keyakinan diri yang kuat. Di samping itu, kecantikan juga membawa maksud sihat dan bersih.

Begitulah pendapat Erin Leola, wanita berusia 32 tahun. Turut bergelar jurusolek profesional, Erin berpendapat kecantikan luaran penting dari aspek kekemasan diri dan juga cara seseorang membawa diri.

“Keyakinan yang tinggi untuk merasa cantik juga perlu datang dari hati yang ikhlas dan jujur. Untuk cantik luar dan dalam mudah sahaja iaitu kita perlu sentiasa membersihkan hati untuk menjadi lebih baik hari demi hari.

Untuk rutin penjagaan wajah setiap hari, saya mengamalkan serum jenama sendiri iaitu Leola Glow Serum untuk menjaga kulit. Kemudian saya menggunakan DoctoxLeola Tinted Moisturiser sebagai asas solekan. Langkah ini wajib untuk saya lakukan. DoctoxLeola Tinted Moisturiser tahan sepanjang hari dan mengandungi SPF 40 yang membantu merawat kulit saya agar tak menjadi kering.

Saya sememangnya tidak mengamalkan sebarang petua tradisional sama ada untuk kecantikan mahupun kesihatan. Apa yang penting saya mengamalkan rutin kecantikan secara teratur dengan penggunaan produk yang betul. Saya sendiri lebih selesa menggunakan produk kecantikan jenama sendiri.”