Bila sebut sahaja nama isteri kepada Ratu Jordan ini sudah terbayang penampilan yang anggun, sedap mata memandang dan berkeperibadian tinggi. Kejelitaan Queen Rania Al Abdullah telah menawan hati seluruh pelusuk dunia.

IKLAN
Cantik Di Samping 2 Puteri Tersayang, Queen Rania Kekal Menawan Di Usia 50
Foto: Instagram @queenrania

Setiap kali muncul di majlis pasti penampilan Ratu Jordan ini menjadi bahan bualan. Namun, sifat lemah-lembut yang dipamerkan lantas sering bermesra dengan rakyat jelata ini menjadikannya wanita ini inspirasi dunia. Tidak hairan bila Ratu Rania pernah dikurniakan Anugerah Personaliti Berpengaruh di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.

Cantik Di Samping 2 Puteri Tersayang, Queen Rania Kekal Menawan Di Usia 50
Foto: Instagram @queenrania

Ratu Rania memperoleh ijazah perniagaan dari American University of Cairo ini merupakan isteri kesayangan Raja Abdullah II. Raja dan Ratu Jordan ini telah dikurniakan 4 orang cahayamata iaitu 2 orang putera dan 2 orang puteri, Putera Mahkota Hussein, Puteri Salma, Puteri Iman dan Putera Hashem.

Cantik Di Samping 2 Puteri Tersayang, Queen Rania Kekal Menawan Di Usia 50
Foto: Instagram @queenrania

Selepas menjadi Ratu Jordan, Rania aktif menjadi duta untuk banyak pusat kebajikan dan menjadikan perkara ini sebagai salah satu agenda utamanya sebagai seorang permaisuri.

Cantik Di Samping 2 Puteri Tersayang, Queen Rania Kekal Menawan Di Usia 50
Foto: Instagram @queenrania

Ratu Rania sentiasa tampil cantik dan anggun mengenakan pilihan busananya. Citarasa fesyennya yang tinggi dan menarik menjadikan beliau kerap dipaparkan di dalam majalah fesyen Amerika.

IKLAN
Cantik Di Samping 2 Puteri Tersayang, Queen Rania Kekal Menawan Di Usia 50
Foto: Instagram @queenrania
Cantik Di Samping 2 Puteri Tersayang, Queen Rania Kekal Menawan Di Usia 50
Foto: Instagram @queenrania
Cantik Di Samping 2 Puteri Tersayang, Queen Rania Kekal Menawan Di Usia 50
Foto: Instagram @queenrania

Sebelum ini, puteri kesayangan Ratu Rania, Puteri Salma bint Abdullah telah mencipta sejarah negara Jordan itu sendiri apabila menjadi wanita pertama yang berjaya lulus latihan teori dan praktikal sebagai juruterbang dengan Angkatan Tentera Jordan. Pengumuman rasmi ini telah dikeluarkan oleh Royal Hashemite Court.

IKLAN
Cantik Di Samping 2 Puteri Tersayang, Queen Rania Kekal Menawan Di Usia 50
Foto: Instagram @queenrania

Puteri Salma yang merupakan anak ketiga kepada pasangan diraja ini telah menerima pengiktirafan daripada ayahandanya sendiri iaitu Raja Jordan dalam sebuah majlis yang berlangsung di Istana Amman Al Husseiniya. Dalam majlis tersebut Raja Abdullah II telah meletakkan lencana penerbangan ke atas uniform tentera milik anaknya.

Cantik Di Samping 2 Puteri Tersayang, Queen Rania Kekal Menawan Di Usia 50
Foto: Instagram @queenrania
Cantik Di Samping 2 Puteri Tersayang, Queen Rania Kekal Menawan Di Usia 50
Foto: Instagram @queenrania

Puteri bongsu pasangan diraja ini telah mengambil langkah berani menyertai dunia ketenteraan seperti ayah dan abangnya. Puteri yang berusia 19 tahun ini merupakan pelajar lulusan Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom dan menamatkan pengajian di sana pada November 2018.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI