Saban tahun, setiap orang pasti akan mempunyai impian untuk dicapai. Hari ini kita sudah pun memasuki hari kedua bagi tahun 2019. Tahukah anda, dengan memiliki kesihatan yang baik kita mampu melakukan apa jua perkara dengan lancar termasuklah dalam mencapai impian hidup. 

Maka, sebelum mengejar impian pastikan anda meletakkan resolusi kesihatan sebagai perkara asas. Apa resolusi untuk kesihatan anda tahun ini? 5 cara berikut boleh dijadikan inspirasi untuk kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

BANYAK MINUM AIR MASAK

Mula membiasakan diri dengan meminum air masak secara rutin. Air sangat penting untuk kesihatan ginjal dan usus serta menjaga kesihatan kulit dan badan. Kajian menyatakan wanita sebenarnya memerlukan kira-kira 2.6 liter air setiap hari manakala lelaki memerlukan sekitar 3.7 liter air sehari.

Capai Impian Tahun Baharu Dengan 5 RUTIN SIHAT Ini, Hidup Akan Lebih Bahagia

Salah satu cara bagi membiasakan diri dengan rutin ini ialah membawa botol air atau makan makanan pedas yang pasti membuatkan anda rasa mahu minum air. Jika anda kurang gemar minum air masak tak mengapa. Anda boleh pilih air putih yang dicampur dengan potongan buah-buahan atau sayuran hijau (infused water).

KUNYAH MAKANAN PERLAHAN-LAHAN

Memilih makanan sihat saja tak memadai kerana kita juga disarankan untuk mengunyah makanan dengan betul. Jangan kunyah makanan terlalu cepat kerana boleh meningkatkan risiko kencing manis dua kali lebih besar berbanding mereka yang mengunyah makanan secara perlahan-lahan.

Mengunyah makanan dengan perlahan lebih memberikan rasa kenyang. Makan terlalu cepat boleh menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat ‘bekerja’ secara optimum.

Capai Impian Tahun Baharu Dengan 5 RUTIN SIHAT Ini, Hidup Akan Lebih Bahagia

BANYAK BERJALAN & MENAIKI TANGGA

Pastikan aktiviti sukan atau riadah turut diselitkan dalam perancangan tahun 2019. Bagi yang tak biasa dan baru hendak berjinak-jinak, mulakan dengan membiasakan diri berjalan kaki sekitar 30 minit sehari (10 minit sebelum bekerja, 10 minit selepas makan tengah hari dan 10 minit selepas bekerja). Badan akan lebih sihat, cergas dan segar.

Walaupun usaha ini nampak kecil tetapi ia membuatkan badan tetap aktif meskipun anda kurang bersenam seterusnya dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Jika sudah terbiasa barulah anda boleh melangkah ke aktiviti seterusnya yang lebih mencabar.

Capai Impian Tahun Baharu Dengan 5 RUTIN SIHAT Ini, Hidup Akan Lebih Bahagia

 

TIDUR LEBIH TERATUR

Dapat meningkatkan produktiviti dan kesihatan badan secara keseluruhan. Kurang tidur pula berisiko untuk mengalami kegemukan, kencing manis, menjejaskan hubungan intim, kemurungan, serangan sakit jantung dan strok.

Capai Impian Tahun Baharu Dengan 5 RUTIN SIHAT Ini, Hidup Akan Lebih Bahagia

Golongan dewasa memerlukan waktu tidur kira-kira 7-8 jam setiap malam. Antara cara yang boleh diamalkan untuk tidur yang berkualiti ialah:

  • Elakkan makanan berat, berlemak, bergoreng, pedas atau minuman berkarbonat sebelum waktu tidur.
  • Kurangkan pengambilan kafein dan merokok terutama hampir ke waktu tidur.
  • Hadkan waktu tidur siang, sebaiknya dalam 15-30 minit saja. Waktu tidur siang yang terbaik ialah sebelum jam 3 petang.
  • Persiapkan diri sekurang-kurangnya 90 minit sebelum waktu tidur malam.
  • Tidur dan bangun pada jam yang sama.

KURANGKAN STRES

Selain kesihatan badan, menjaga kesihatan mental sama pentingnya. Jangan biarkan stres berlarutan dalam fikiran. Stres melampau mengakibatkan rambut gugur, kenaikan berat badan, gangguan jiwa dan sebagainya.

Capai Impian Tahun Baharu Dengan 5 RUTIN SIHAT Ini, Hidup Akan Lebih Bahagia

Kurangkan stres dengan mendengar muzik, menulis jurnal, membaca buku atau menonton rancangan komedi yang boleh membuatkan anda tertawa. Selain itu, mendekatkan diri kepada Tuhan adalah cara terbaik untuk mengawal stres.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI