Sememangnya Noor Nabila mempunyai cita rasa mewah dan elegan. Tengok saja bagaimana kakak kepada Noor Neelofa ini menganjurkan Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri pada 18 April lalu. Kemewahan acara tersebut menjadi bualan hangat peminat. Sehingga ramai yang menyangka Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd bernikah pada tarikh tersebut.