Kini setiap orang mempunyai telefon bimbit untuk menjalani kehidupan seharian. Bukan sahaja generasi milenium saja yang bergantung dengan telefon bimbit dan tidak boleh hidup tanpanya. Malah golongan ‘veteran’ juga tidak ketinggalan dan memerlukan telefon bimbit.
Telefon bimbit sudah menjadi item keperluan yang akan dibawa ke mana-mana saja. Sebelum tidur mesti meneliti Instagram, Facebook, Snapchat atau mengedit gambar. Malah sebaik sahaja bangun tidur terus meneliti notifikasi sebelum mengerjakan solat subuh atau mula bersenam.
Saintis dari Universiti Arizona menyatakan bahawa telefon bimbit memiliki 10 kali ganda bakteria berbanding tempat duduk tandas. Ini berlaku kerana kekerapan tangan kita memegang telefon bimbit dan memindahkan bakteria tersebut tanpa disedari.
Dalam keadaan penularan wabak COVID-19 ini kita boleh membantu mencegahnya dengan cara membersihkan telefon bimbit. COVID-19 dikatakan boleh ‘survive‘ di permukaan sehingga 9 hari dan mungkin salah satunya termasuk telefon bimbit kesayangan kita.
Mencuci tangan dengan betul adalah langkah yang paling tepat untuk membersihkan tangan demi untuk melindungi diri daripada sebarang virus. Tapi bolehkah kita mencuci telefon bimbit kita sebagaimana kita mencuci tangan?
Jika kita menyentuh telefon bimbit selepas menyentung tombol pintu tandas awam mahupun pemegang troli di pasar raya pasti terus terfikir mahu menggunakan cecair alkohol untuk membersihkan telefon bimbit, tapi jawapannya TIDAK.
Cecair alkohol boleh merosakkan skrin dan balutan (coating) telefon bimbit kita. Kita tidak boleh mencuci telefon bimbit sesuka hati sebab terdapat agen di dalam bahan pencuci tersebut yang boleh merosakkan skrin telefon bimbit.
Cara yang paling selamat untuk mencuci skrin telefon bimbit adalah dengan menggunakan tisu pengelap nyah-jangkitan (disinfectant wipes) yang mengandungi 70 peratus isopropyl alcohol.
Boleh juga menyembur semburan beralkohol (70 peratus isopropyl alcohol) ke atas kain pengelap lembut dan sapu bersih pada skrin telefon bimbit. Namun, harus diingat untuk membersihkan telefon bimbit menggunakan alkohol pastikan telefon bimbit telah dimatikan dan tidak dicaskan.
Satu lagi pilihan adalah mencuci telefon bimbit menggunakan sinar UV seperti PhoneSoap. Syarikat ini menjanjikan alat ini mampu membunuh 99.99 peratus kotoran dan bakteria yang melekat di telefon bimbit. Tetapi, alat ini belum lagi dilakukan ujian untuk menyingkirkan virus COVID-19.
Berani tak anda membersihkan telefon bimbit menggunakan air? Jika anda mempunyai telefon bimbit jenis kalis air atau water-resistant boleh gunakan kain basah untuk membersihkan telefon bimbit. Namun, perlu berhati-hati dan jangan lupa keringkan dengan betul di bahagian yang berlubang seperti pembesar suara dan port yang lain.
8 Bahan Pencuci Yang Perlu Elak Untuk Cuci Telefon Bimbit.
- Pencuci tingkap
- Pencuci dapur
- Tisu kertas
- Hand sanitizer
- Makeup remover
- Angin (compressed air)
- Pencuci tangan
- Cuka
Sumber: cnet.com