Diam tak diam, anak perempuan Nur Nazirah Profesor Dr Md Nasir bakal meniti usia tujuh bulan. Nazirah yang juga adik kepada pelakon cantik, Anzalna Nasir selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Nur Helena pada 14 Julai 2023.
Baru-baru ini, Nur Nazirah atau mesra disapa Maggie dalam kalangan keluarga dan kenalan rapat mengadakan majlis akikah buat anakanda tersayang.
Memilih tema putih dengan dekorasi bunga-bungaan rona pastel, majlis meraikan kelahiran Nur Helena tidak ubah seperti majlis perkahwinan.
Serba indah, eksklusif dan lengkap dengan mini pelamin.
Dia kini mengikuti pengajian PhD di Universiti Malaya (UM) dan memperoleh gred A untuk Proposal Defence tahun lepas.
Graduan kelas pertama Bachelor of Biomedical Science dari Segi University, Nazirah cukup bertuah kerana dapat ‘fast track’ sambung PhD dalam usia muda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Sophia Albarakbah tiba saja hangat diperkatakan. NONA enggan menyentuh kisah peribadi yang dikaitkan dengannya kini, tetapi siapakan pemilik nama Sophia Albarakbah ini? Jadi ini dia beberapa fakta menarik tentang dirinya yang tidak semua tahu.
1. Sophia AlBarakbah memiliki darah kacukan Melayu, Cina dan Arab.
2. Berumur 28 tahun dan lahir di Kuala Lumpur, Sophia mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University.
3. Aktif sebagai pelakon sejak tahun 2019. Sophia memulakan langkah dalam dunia seni dengan menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menyambung pengajian. Kemudian mula menempa nama selepas membintangi drama Tercipta Satu Ikatan siaran slot Megadrama, Astro Ria.
4. Filem pertama Sophia adalah Mimaland yang ditayangkan pada penghujung 2020 bergandingan bersama Fattah Amin. Kemudiannya filem Pasal Kau! ditayangkan di Netflix.
5. Pernah tersenarai sebagai Top 20 dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33).
6. Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang introvert dan pemalu. Beliau juga turut dikenali dengan nama lain Sophia Koshka.
7. Ibunya merupakan pemenang tempat pertama satu pertandingan kecantikan pada 1980.
8. Sophia mula dikenali ramai selepas membawa watak Cahaya Malaika menerusi lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama Aaron Aziz, diikuti watak Intan Allisya dalam drama Air Mata Allisya gandingan bersama Keith Foo.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan hanya cantik tetapi Ayana Jihye Moon juga memiliki hati dan keperibadian yang baik! Bak peribahasa, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Meskipun nama Ayana kian dikenali di Malaysia dan Indonesia namun jelitawan ini tidak pernah melupakan tempat dia melanjutkan pengajian dan detik awal Ayana menjana pendapatan sepanjang berada di negara serumpun berkenaan.
Memandangkan kerjaya yang semakin berkembang dan tawaran pelbagai jenama antarabangsa yang menjadikannya sebagai duta, Ayana Moon terpanggil untuk menabur budi kepada masyarakat khususnya golongan wanita. Apatah lagi, dia mengasaskan sebuah yayasan dikenali sebagai Ayana Foundation.
Pada 10 Januari lepas, duta produk kecantikan Wardah tersebut berkongsi khabar gembira atas kejayaannya menyalurkan bantuan biasiswa sebanyak RM114,200 kepada International Islamic University Malaysia (IIUM) Endowment Fund.
Kongsi Ayana, “Biasiswa Ayana sudah rasmi dilancarkan. Alhamdulillah. Saya berhutang banyak ke Malaysia dan Indonesia. Seperti yang semua tahu, saya datang ke sini sendiri, tanpa wang, keluarga dan teman-teman.
Tapi di sini, saya membangun pekerjaan yang layak, bisnes dan teman-teman yang boleh saya anggap seperti keluarga. Terima kasih untuk semua orang di Malaysia dan Indonesia yang selama ini sudah dengan tulus menyayangi, perhatian dan mendoakan saya, dan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa atas rencana-rencana yang saya tidak fahami.”
Tambahnya lagi, “Biasiswa Ayana membiayai secara penuh wang kuliah, asrama dan biaya-biaya utnuk total perkuliahan 8 semester sampai dengan lulus. Saya percaya bahawa tempat perempuan tidak hanya di rumah atau di dapur. Tetapi juga di lingkungan kerja di mana mereka boleh menunjukkan keahlian dan bakatnya.
Saya harap teman-teman boleh mendoakan saya supaya saya boleh terus memberikan dukungan kepada lebih banyak mahasiswi berbakat.”
Ini bukan kali pertama Ayana Moon berbakti kepada IIUM. Pada bulan Ramadan sekitar Mac tahun lalu, dia turut tidak ketinggalan memberikan sumbangan makanan untuk berbuka puasa khas buat pelajar di sana.
Bagi siri pertama Ayana Moon Scholarship Batch 2024, seramai enam pelajar wanita terpilih menerima biasiswa berkenaan. Antara kriteria yang ditetapkan ialah warganegara Malaysia dan beragama Islam, pelajar sepenuh masa IIUM, memperoleh 3.50 CGPA, dan keutamaan diberikan kepada mereka yang berasal dari keluarga susah.
Ayana dilahirkan pada 28 Disember 1995 telah menarik perhatian masyarakat di Malaysia dan Indonesia ekoran perjalanan hidupnya sebagai mualaf. Dia dikhabarkan tertarik dengan Islam sejak berusia tujuh tahun dan kemudian memutuskan untuk memeluk Islam sewaktu berumur 16 tahun ketika masih menetap di Korea Selatan bersama keluarga.
Bagaimana pun, penghijrahan Ayana mendapat tentangan hebat daripada kedua-dua ibu bapa.
Ayana memilih berdikari di Malaysia pada tahun 2017 kerana mempunyai kenalan di sini. Pada tahun 2018, dia berhijrah ke Indonesia dan seterusnya menjadi model.
Bersandarkan bakat dan rupa paras cantik, Ayana turut bergelar personaliti YouTube dan menjadi duta bagi produk kecantikan di Indonesia. Dia juga merupakan penulis dan usahawan.
Tidak hairanlah Ayana menarik perhatian ramai masyarakat kerana personalitinya yang santai, mesra dan ‘murah’ dengan senyuman. Semoga usaha murni yang dilaksanakan Ayana mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat kepada ramai orang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Dahulu keluarganya dihina, kini dialah Miss Universe Thailand. Itulah gambaran tepat yang dapat diberikan pada nasib Anna Sueangam-iam yang dinobatkan dengan gelaran itu selepas berjaya menundukkan 20 peserta yang lain.
Selain dari kemenangan merangkul mahkota tersebut, asal usul keluarganya turut mendapat perhatian ramai dek nasibnya tidaklah sebaik peserta-peserta yang lain.
Buat yang belum tahu, Anna berasal dari keluarga miskin di mana ibu dan bapanya merupakan pengutip sampah jalanan di kota Bangkok. Zaman kecil Anna hanyalah bermain dengan mainan terbuang bagi mengisi masa lapang berbanding kanak-kanak seusianya yang disuap dengan alat solek dan pakaian indah.
Nekad untuk mengubah nasibnya, Anna berazam untuk melanjutkan pelaharan sehingga berjaya menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang pengurusan hotel dan pelancongan dari Universiti Kasetsart.
Namun perjalanannya untuk memenangi gelaran itu juga tidak mudah. Selain bukan penutur Bahasa Inggeris yang lancar, Anna juga merupakan peserta ‘underdog’ dan bukan pilihan untuk memenangi pertandingan tersebut. Apatah lagi Anna bukan bukan seorang ‘luk khrueng’ iaitu rakyat Thailand dengan kacukan seperti finalis-finalis yang lain.
Jika sebelum ini, gelaran Miss Universe Thailand itu dirangkul oleh peserta berasal dari keluarga kacukan, kini Anna berjaya memecahkan tradisi sebagai seorang anak jati Thailand yang sebenar. Pada tahun 2018, Anna pernah memenangi gelaran Miss Mobile Thailand 2018 dan tempat kedua Miss Beautiful Thailand Pageant pada tahun 2020, namun pada ketika itu diberi gelaran ‘Miss Garbage’ kerana kerjaya bapanya.
NONA cukup terinspirasi dari kisah Anna ini. Semoga maju jaya buat Anna dan diharapkan kisah asal-usulnya menjadi pendorong untuk semua yang pendidikan itu sesuatu yang sangat penting.
Foto: Instagram (@annasnga_1o)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Impian MimiFly sejak usia 20-an akhirnya jadi kenyataan apabila wajahnya terpampang di billboard ikonik Times Square, New York. Lebih daripada sekadar pencapaian peribadi, momen ini menempatkan MimiFly sebaris dengan penyanyi wanita Malaysia yang berjaya menembusi perhatian pencinta muzik global.