Pastinya anda rasa terkilan sekiranya pakaian kesayangan anda sudah tidak boleh dipakai lagi kerana ia kelihatan lusuh, koyak ataupun nampak seperti kain buruk. Tidak semestinya pakaian dengan harga murah itu tidak tahan lama dan yang mahal itu boleh digunakan selamanya. Ia bergantung pada cata kita menjaganya. Jika anda tahu menjaga pakaian yang dibeli dengan baik, ia boleh dipakai dalam jangka masa yang lebih panjang. Jom kita lihat tip menjaga pakaian untuk tahan lebih lama.

IKLAN

 

BASUH DENGAN TANGAN

Sebaiknya, jika anda mempunyai pakaian jenis delicate atau fragile, anda dinasihatkan untuk membasuhnya dengan tangan. Jangan sesekali membasuh dengan mesin basuh kerana boleh menyebabkan pakaian anda rosak.  Jika anda tidak mempunyai masa untuk membasuh, anda boleh menghantar ke dobi dan memilih basuhan jenis dry clean.

 

SABUN BASUH YANG TEPAT

Gunakan sabuh basuh yang paling mild detergent. Ia dapat memelihara dan memastikan pakaian anda lebih terjaga dan bersih. Ia juga sesuai untuk dibasuh menggunakan tangan. Jangan menggunakan bahan pencuci yang terlalu kuat kerana boleh menyebabkan pakaian anda rosak.

 

TEMPAT JEMURAN

Pastikan tempat jemuran anda berada di tempat yang redup dan tidak terlalu terdedah dibawah sinaran matahari. Jika dijemur dibawah pancaran matahari yang terlalu terik, pakaian anda menjadi tidak tahan lama, cepat lusuh dan cepat menjadi reput. Anda juga tidak digalakkan mengeringkan pakaian menggunakan dryer kerana sesetengah pakaian boleh menjadi kecut. Pastikan anda mengetahui fabrik pakaian anda terlebih dahulu sebelum mengeringkan ia menggunakan dryer.

 

SIMPAN DI TEMPAT YANG BETUL

Cara menyimpan pakaian juga mempengaruhi pakaian agar tahan lebih lama. Pastikan pakaian kesayangan anda tidak dibiarkan begitu sahaja dan terdedah kepada bakteria. Ia boleh menyebabkan baju anda berbau dan mempunyai tahu lalat. Gantung baju anda didalam almari dengan kemas. Sekiranya anda tidak mempunyai runag yang cukup, lipat pakaian anda dengan sempurna dan susunkan ia di satu tenmpat yang bersih dan tersusun.