Bagi bekas peserta rancangan memasak Masterchef yang kini bergelar chef selebriti Imelda Harris, hobi mengembara banyak membuka matanya untuk mempelajari pelbagai aspek bukan sahaja dalam dunia kulinari, malah membuka ruang untuknya mengembangkan kerjaya dalam dunia masakan. Malah, bermula dari hobi, Imelda tidak menyangka ia menjadi sebahagian dari proses ilmu buat dirinya.

IKLAN

Dah Keliling Satu Malaysia, IMELDA HARIS Kembara Solo Ke Luar Negara Tambah Ilmu Masakan!

“Salah satu kegemaran saya adalah berkunjung ke tempat menarik kerana setiap destinasi yang dikunjungi mempunyai keunikan tersendiri, selain dapat menyelami adat, budaya masyarakat setempat. Selain itu, kembara saya turut disertai dengan pengalaman kulinari yang indah,” ujar Imelda yang ramah bercerita mengenai pengalaman indahnya.

“Sehingga kini, saya sudah pernah berkunjung ke beberapa negara Timur Tengah antaranya termasuklah Dubai, Oman, Abu Dhabi dan Doha. Manakala di bahagian Eropah pula, saya berpeluang berkunjung ke Switzerland,France, Spain, Austria, Netherland dan Russia. Manakala destinasi percutian dalam negara saya tetap tidak lupakan kerana sudah berkesempatan berkunjung ke 14 buah negeri di Malaysia dan ia merupakan antara momen indah yang tidak dapat saya lupakan,”kata anak kelahiran Bumi Kenyalang ini lagi.

Dah Keliling Satu Malaysia, IMELDA HARIS Kembara Solo Ke Luar Negara Tambah Ilmu Masakan!

Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan, bagi Imelda, dia lebih gemar menggelarkan percutiannya sebagai proses mengembara kerana ia memberi ruang untuk dirinya belajar mengenai pelbagai perkara sepanjang tempoh berjalanan tersebut. Malah, Imelda pernah mencuba bercuti secara solo ke tempat-tempat yang tidak pernah dikunjungi sebelum ini yang banyak membuka mata dan minda tentang kehidupan secara menyeluruh.  Tambah Imelda lagi, perancangan atau  membuat itenary sebelum keluar melancong adalah amat penting bagi memastikan kelancaran sepanjang perjalanan di luar negara.

Dah Keliling Satu Malaysia, IMELDA HARIS Kembara Solo Ke Luar Negara Tambah Ilmu Masakan!

IKLAN

Dah Keliling Satu Malaysia, IMELDA HARIS Kembara Solo Ke Luar Negara Tambah Ilmu Masakan!

“Pada 2014, saya mengambil keputusan memberanikan diri untuk mengembara secara solo apabila melihat banyak catatan mengenai pengembaraan itu di laman-laman blog yang menyatakan cara tersebut lebih menjimatkan dan santai. Selain itu, saya mengambil inisiatif untuk menambah ilmu dalam bidang masakan dengan mengambil kursus jangka pendek di lokasi percutian tersebut.

IKLAN

Antara destinasi kembara secara solo yang pernah saya pergi termasuklah ke Switzerland ketika menjayakan rancangan Kembara Kulinari Imelda di Gyuera, Switzerland pada tahun 2014 untuk mempelajari teknik membuat keju dan coklat. Ia merupakan pengalaman pertama yang saya lakukan. Bayangkan saya berpeluang mempelajari cara membuat keju yang terkenal di Switzerland itu. Syukur kerana Switzerland merupakan sebuah negara yang selamat untuk dikunjungi. Walaupun masalah bahasa menjadi faktor yang memberi impak dalam perjalanan, tetapi saya gunakan segala kemudahan dan peta untuk memudahkan perjalanan. Sememangnya saya tawakal sepanjang perjalanan. Jadi, pengembaraan secara solo tidak memberi sebarang masalah untuk saya walaupun pertama kali travel secara solo,” ujar Imelda lagi.

Dah Keliling Satu Malaysia, IMELDA HARIS Kembara Solo Ke Luar Negara Tambah Ilmu Masakan!

“Saya juga pernah mencuba mengembara secara solo ke Kyoto, Jepun untuk mempelajari cara masakan Jepun selama semingggu. Kebiasaannya, saya memilih percutian secara solo apabila saya ingin mengambil kursus jangka pendek berkaitan kulinari dan masakan. Ia merupakan antara momen yang indah dalam perjalanan percutian di samping mengutip ilmu dari negara yang saya kunjungi. Pengalaman tersebut banyak memberi impak dalam kerjaya saya dan saya guna pakai dalam menjalani perniagaan berasaskan makanan”, tambahnya lagi.

Jadi, sebenarnya tak ada masalah untuk kita mengembara secara solo. Seperti Imelda, dia bukan sahaja dapat menikmati pengalaman melihat budaya di tempat orang, malah berinteraksi dengan masyarakat setempat membuka lagi ruang menambah ilmu mempelajari perkara baharu di negara orang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI