Selebriti yang sentiasa tampil cantik dan menawan tatkala bercuti,  Rozita Che Wan, 49, tidak menduga berhadapan pengalaman pahit apabila kehilangan telefon bimbit gara-gara menjadi mangsa penyeluk saku ketika membeli-belah di kota London pada 13 Februari lalu.

“Dalam Berjaga-Jaga, Tak Sangka Jadi Mangsa Penyeluk Saku”- CHE TA Kongsi Cerita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di London

IKLAN

Meskipun sentiasa berwaspada menjaga barangan peribadi ketika berada di tempat awam, perkara yang tidak diingini itu tetap berlaku. Che Ta meluahkan kekesalan melalui kiriman voice note kepada pihak media baru-baru ini.

“Saya anggap sebagai dugaan. Kalau nak tahu, saya paling benci hilang telefon kerana segala perkara berkaitan urusan harian dicatat dan disimpan di situ.

“Telefon bimbit sudah umpama diari bergerak. Saya simpan semua, termasuk jadual penggambaran, tarikh mesyuarat, perjanjian segala komitmen dan sebagainya. Sebelum ke Eropah, ramai berpesan agar berhati-hati dengan geng penyeluk saku sebab ramai sudah terkena.

“Dalam Berjaga-Jaga, Tak Sangka Jadi Mangsa Penyeluk Saku”- CHE TA Kongsi Cerita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di London

“Tetapi itulah, dalam berjaga-jaga tetap perkara tidak diingini berlaku. Selama 10 hari juga, saya hidup tanpa telefon di tangan,” katanya yang sememangnya amat terkilan dengan kejadian yang menimpa dirinya itu.

“Dalam Berjaga-Jaga, Tak Sangka Jadi Mangsa Penyeluk Saku”- CHE TA Kongsi Cerita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di London

Menurut Che Ta, kejadian itu berlaku semasa dia dan rakan-rakannya berada di sebuah gedung pakaian terkemuka di kota London.

“Ia berlaku sekelip mata. Saya simpan telefon di dalam poket jaket berzip sebelum meninjau koleksi pakaian yang ada di butik berkenaan.

IKLAN

“Dalam Berjaga-Jaga, Tak Sangka Jadi Mangsa Penyeluk Saku”- CHE TA Kongsi Cerita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di London

“Silap saya juga sebab tidak terus simpan telefon dalam beg. Tahu-tahu, sudah hilang. Puas mencari di segala pelosok tempat sebelum membuat laporan kepada pihak sekuriti.Mungkin bukan rezeki saya. Tapi rasa ralat sungguh bila hilang telefon ni”.

“Mereka juga tidak dapat kesan, namun memaklumkan setiap hari berdepan aduan kecurian memandangkan butik itu banyak menerima kehadiran pengunjung, terutama dari luar negara,” katanya.

IKLAN

Tambah Che Ta lagi, dia juga dimaklumkan antara modus operandi kumpulan penyeluk saku itu adalah dengan menyamar sebagai pelancong luar.

“Dalam Berjaga-Jaga, Tak Sangka Jadi Mangsa Penyeluk Saku”- CHE TA Kongsi Cerita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di London

“Cara mereka memang profesional. Ada yang tali begnya dipotong tanpa disedari. Pendek kata memang hari-hari ada saja mangsa penyeluk saku,” katanya.

Ibu kepada tiga cahayamata ini memuat naik satu hantaran di Instagram, memaklumkan mengenai kehilangan telefon pintarnya.

Che Ta memilih Eropah sebagai destinasi percutiannya bersama beberapa rakan baik sejak 28 Januari  lalu. Selebriti ini dikhabarkan telah selamat pulang ke tanah air pada 18 Februari lalu.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI