Datin Sri Zahida Yusof merupakan isteri kepada YM Lt. Kol Tengku Datuk Sri Kamarulzaman Ibni Al- Marhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Haj yang merupakan adinda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Haj ini begitu terserlah sifat keibuan yang sejati. Wajahnya mulus penuh kasih tatkala berbicara tentang anak kembarnya.

IKLAN

Permata hati yang kini sudah menjangkau usia dua tahun telah menjadi transisi hidup Datin Sri Zahida. Melihat telatah pasangan kembar yang diberi nama YM Tengku Matin Kareen dan YM Tengku Maryam Massarah ini sudah menjawab hubungan erat yang terjalin bersama ibu tercinta. “Matin memang tidak boleh berenggang dengan saya. Kalau nampak saya mesti dia mahu menempel berbanding dengan kakak dia Maryam. Maryam lebih berdikari dan boleh bermain sendiri,” kata Datin Sri Zahida sambil mengelus lembut rambut puteranya yang telah lena di pangkuan saat ditata rias oleh jurusolek.

Datin Sri Zahida Yusof, Ibu Kepada Anak Kembar Yang Komited Bersenam

Keterujaan melahirkan anak kembar menyelubungi wanita kelahiran Segamat, Johor ini. Seawal usia kandungan lapan minggu telah disahkan hamil anak kembar merupakan berita gembira pasangan bahagia ini. Tambah Datin Sri Zahida memang di sebelah bapanya mempunyai genetik anak kembar ini. “Saya bersyukur kerana dianugerahkan anak kembar lebih-lebih lagi kembar sepasang,” terang Datin Sri Zahida yang tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak lagi.

Walaupun prioriti wanita yang berusia 34 tahun ini melihat perkembangan anak-anak di depan mata tetapi, tetap mencuri masa untuk dirinya sendiri. “Kecintaan saya terhadap sukan memang tidak perlu disangkal lagi. Sukan telah menjadi minat saya sejak di bangku sekolah. Mewakili sekolah dan seterusnya bertanding sehingga ke peringkat negeri telah membuat minat yang menebal ini tersemat kukuh di sanubari.

Datin Sri Zahida Yusof, Ibu Kepada Anak Kembar Yang Komited Bersenam

Ketika mengandung dahulu saya mengalami alah yang teruk dan secara automatik telah berhenti bersenam. Setelah anak-anak membesar sedikit saya aktif semula bersukan sekitar bulan Mac yang lalu. Saya menyertai kelab kecergasan di Bukit Damansara dan menghabiskan masa di sana dengan berbasikal, pilates, angkat berat dan sebagainya bersama pelatih peribadi.

IKLAN

Apabila sudah biasa bekerja sukar untuk mengikis komitmen terhadap jadual kerja yang ditempuhi. Setelah selama 12 tahun bertugas di awan biru saya masih terbawa-bawa sikap mempunyai jadual kerja yang perlu dipatuhi. Jadi saya yang menganggap bersukan ini karier sepenuh masa. Saya akan bangun awal pagi untuk ke gym dan kadang-kadang satu hari dua kali saya akan turun ke gym bersenam,” terang Datin Sri Zahida.

Datin Sri Zahida Yusof, Ibu Kepada Anak Kembar Yang Komited Bersenam

IKLAN

Sebagai seorang isteri memang wajar menjadi tunggak di belakang suami. Melihat suami yang memegang jawatan tertinggi di beberapa buah syarikat perniagaan sendiri telah menyuntik semangat Datin Sri Zahida untuk menceburi bidang perniagaan.

“Walaupun saya tidak terlibat secara langsung namun saya membantu suami untuk mengetengahkan perniagaan kapsul penjimatan minyak ini yang baharu berada di pasaran. Fuel Booster di bawah label TDSI Resources Sdn. Bhd. ini, mendapat kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari segi penyelidikan. Mungkin sedikit sebanyak dengan langkah penjimatan bahan bakar ini saya dapat membantu masyarakat mengatasi masalah kenaikan harga minyak di peringkat global,” tutur Datin Sri Zahida penuh semangat.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI