Untitled design - 2022-02-04T152723.975

Memang sejak dari dahulu lagi mengagumi kecantikan dan penampilan Victoria Beckham. Baru-baru ini David Beckham bongkar rahsia diet isterinya dalam sebuah program telah membuatkan seluruh peminat Victoria teruja.

IKLAN

Melihat penampilan salah seorang anggota Spice Girls ini sejak daripada dahulu bagai tidak berubah. Walau sudah memegang status ibu kepada empat orang anak tetapi bentuk badannya umpama anak dara. Rasa seronok bukan kepalang apabila David Beckham bongkar rahsia diet isteri tercintanya seperti yang dilaporkan oleh Vogue.

David Beckham Bongkar Rahsia Diet VICTORIA Makan Menu Sama Selama 25 Tahun
Foto: Instagram @victoriabeckham

Pasangan selebriti ini sememangnya sejak dari awal percintaan mereka dahulu sudah menawan hati setiap mata yang memandang dan sering tampil sebagai pasangan romantis. Menurut bintang bola sepak England ini isterinya mengambil menu makanan yang sama sejak 25 tahun.

“Victoria hanya makan ikan yang dipanggang dan sayur masak stim sahaja. Isteri saya jarang sekali menukar menu makanan tersebut,” kata David Beckham sambil ketawa.

David Beckham Bongkar Rahsia Diet VICTORIA Makan Menu Sama Selama 25 Tahun
Foto: Instagram @victoriabeckham
David Beckham Bongkar Rahsia Diet VICTORIA Makan Menu Sama Selama 25 Tahun
Foto: Instagram @victoriabeckham

Tambah David lagi, “Buat julung kalinya Victoria pernah berkongsi makanan yang ada dalam pinggan saya ketika sedang mengandungkan Harper. Itu antara momen indah dalam hidup saya. Saya tak ingat bila detik itu namun apa yang saya tahu selepas itu Victoria kembali kepada amalan pemakanannya,” tutur bekas Kapten Bola Sepak England ini.

David Beckham juga terkenal kerana cekap memasak di dapur. Sudah pasti apa yang menarik perhatian adalah melihat keindahan kediaman pasangan sama cantik sama padan ini bersama empat orang anak mereka. Dikatakan kediaman townhouse milik mereka yang berlokasi di London ini bernilai RM169 juta (£31.5 million).

IKLAN
David Beckham Bongkar Rahsia Diet VICTORIA Makan Menu Sama Selama 25 Tahun
Foto: Instagram @victoriabeckham
David Beckham Bongkar Rahsia Diet VICTORIA Makan Menu Sama Selama 25 Tahun
Foto: Instagram @victoriabeckham

Biarpun wanita wanita yang popular dengan nama Posh Spice ini bersama suaminya, David Beckham tidak ‘menunjuk-nunjuk’ dekorasi kediaman mereka. Tetapi perkongsian pasangan ini di media sosial, saat menghabiskan masa bersama keluarga mencuri tumpuan peminatnya.

IKLAN

Bukan saja gembira melihat kebahagiaan keluarga ini malah dapat melihat sendiri interior kediaman pasangan sama cantik sama padan ini.

David Beckham Bongkar Rahsia Diet VICTORIA Makan Menu Sama Selama 25 Tahun
Foto: Instagram @victoriabeckham
David Beckham Bongkar Rahsia Diet VICTORIA Makan Menu Sama Selama 25 Tahun
Foto: Instagram @victoriabeckham

Biarpun sibuk menyeimbangkan kehidupannya sebagai selebriti, pereka fesyen, ahli perniagaan, isteri dan juga ibu namun Victoria begitu positif melayari kehidupannya.

Wanita yang berusia 47 tahun ini telah melancarkan rangkaian kosmetiknya sendiri. Dikatakan produk kosmetik milik wanita yang jarang tersenyum ini menggunakan bahan-bahan semula jadi dan sesuai dengan semua jenis kulit tanpa mengira usia.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI