Memiliki zuriat sendiri sememangnya menjadi impian setiap pasangan suami isteri. Sewaktu merancang kehamilan, bukan anda seorang yang perlu menjaga pemakanan tapi sang suami juga harus memantau dietnya. Bantu pasangan anda untuk memilih makanan kesuburan yang diperlukan dan ketahui jenis makanan yang perlu dielakkan.

Benar, sebaik diri anda disahkan hamil aspek pemakanan menjadi sangat utama kerana anda perlu membekalkan nutrien kepada si kecil dalam kandungan. Tapi sebelum itu, diet si ayah juga perlu dititik beratkan kerana apa yang dimakan boleh mempengaruhi kesuburan. Malahan, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa terdapat beberapa jenis makanan spesifik yang dapat membantu meningkatkan peluang kehamilan si isteri.

IKLAN

Demi Zuriat, Galak Suami Amal 4 MAKANAN Ini! Baik Untuk Kesuburan Lelaki

TIRAM
Selain merupakan sejenis makanan afrodisiak, tiram juga kaya dengan kandungan zink dan boleh membantu meningkatkan pengeluaran sperma. Tetapi jika pasangan anda sukar menelan makanan laut ini, dia juga boleh menikmati sumber zink melalui daging lembu, ayam, bahan tenusu, kekacang, telur dan bijirin penuh. Selain itu, mengamalkan suplemen zink setiap hari juga dapat membantu produksi sperma yang melimpah ruah.

BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN
Kandungan antioksidan yang ditemui dalam buah-buahan dan sayuran seperti buah-buahan kering, kranberi serta collard green (sejenis sawi) dapat membantu melindungi sperma daripada kerosakan selular. Ia juga dapat mengekalkan tubuh yang cergas agar sperma yang dihasilkan dapat berenang pantas ke arah tiub fallopio dan menetaskan telur. Sumber lain yang disarankan ialah sayuran berdaun hijau, lobak, lada merah dan aprikot.

Demi Zuriat, Galak Suami Amal 4 MAKANAN Ini! Baik Untuk Kesuburan Lelaki

Lelaki kesayangan anda juga boleh menikmati bekalan vitamin C yang baik untuk motiliti sperma dan keupayaannya untuk hidup melalui pengambilan jus oren, tomato, limau gedang dan brokoli. Bagi mengekalkan sperma pula, nikmati minyak sayuran yang kaya dengan vitamin E. Selain itu, dapatkan kebaikan asid folik iaitu sejenis vitamin B dengan khasiat antioksidan bagi memastikan sperma sihat melalui pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran.

Tip: Anda juga boleh menghidangkan ubi keledek kepada suami tersayang kerana ia kaya dengan semua nutrien di atas – vitamin A, C, E dan folat.

JUS DELIMA
Buah delima kaya dengan kandungan antioksidan yang baik untuk lelaki. Melalui sebuah kajian, jus delima dapat menggalakkan kualiti dan pengeluaran sperma. Justeru, hidangkan minuman ini kepada suami anda ketika menjamu selera.

BIJI LABU
Biji labu mengandungi dos zink yang amat tinggi untuk meningkatkan jumlah sperma serta testosteron. Ia juga sarat dengan asid lemak omega-3 untuk merangsang pengaliran darah ke organ seksual lelaki dan meningkatkan fungsi seksnya. Selain itu, omega-3 boleh diperoleh melalui kacang flaks, badan dan minyak ikan salmon atau sardin.

IKLAN

MAKANAN PUNCA KETIDAKSUBURAN

– Makanan ringan
Selain tidak baik untuk jantung dan ukur lilit pinggang, makanan ringan yang menggemukkan, berminyak dan terlalu manis boleh mengganggu kesuburan lelaki. Untuk itu, cuba elakkan makanan seperti donat atau minuman bergas.

– Ikan tinggi merkuri
Merkuri selalu dikaitkan sebagai punca ketidaksuburan lelaki dan wanita. Justeru, elakkan pengambilan ikan seperti ini dan nikmati makanan laut yang kaya omega-3 seperti salmon atau kerang-kerangan.

IKLAN

Demi Zuriat, Galak Suami Amal 4 MAKANAN Ini! Baik Untuk Kesuburan Lelaki

– Minuman berkafeina dan alkohol
Kajian mendapati pengambilan kopi yang terlalu banyak (termasuk teh, minuman tenaga atau alkohol) boleh mengurangkan pengeluaran sperma dengan drastik. Sebagai isteri, cuba kawal pengambilan kafeina suami anda kepada hanya dua cawan sehari.

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI