Siapa yang tidak mengenali jenama Jovian, sebuah jenama dengan pelbagai jenis produk ready-to-wear (RTW) yang dikenali ramai sejak 2012 lagi. Melangkah setapak lagi dalam industri fesyen, ia melancarkan produk baharunya dikenali sebagai Wonder Suit.

IKLAN

Designer Tersohor, Datuk Jovian Mandagie Teroka Pasaran Pakaian Dalam Pula
Menurut pereka fesyen dan usahawan Jovian RTW, Datuk Jovian Mandagie, mengambil kira keluhan dari penggemar jenamanya mengenai masalah dengan figura mereka, kali ini ia memperkenalkan produk pertama rangkaian pakaian dalam berupa korset yang direka khas dari saiz S hingga 3XL.
“Korset ini direka untuk meningkatkan bentuk badan anda, bukan sahaja mengempiskan perut dan mencipta siluette tetapi menawarkan keselesaan dan sokongan untuk pemakaian sepanjang hari.

Designer Tersohor, Datuk Jovian Mandagie Teroka Pasaran Pakaian Dalam Pula“Kelebihan korset ini adalah keselesaan yang tiada bandingan kerana anda tidak perlu risau akan ruam serta anda boleh kurang dua hingga tujuh inci serta merta dan membantu anda ke arah gaya hidup sihat dengan pengawalan makanan semasa pemakaian korset ini,” katanya semasa pelancaran produk tersebut semalam.
Untuk rekod, Jovian RTW merupakan sebuah jenama terkemuka dan mampu milik yang digemari ramai sejak pelancarannya pada Ogos 2012. Rekaanya yang terperinci menjadikan ramai pembeli terutama golongan wanita menjadi peminat kepada produk-produk mereka.

Designer Tersohor, Datuk Jovian Mandagie Teroka Pasaran Pakaian Dalam Pula

IKLAN

Apabila pandemik Covid-19 melanda negara, pelitup muka Jovian menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia, Singapura dan Brunei. Selain itu, produk yang dijual dibawah jenama Jovia termasuklah baju kurung, baju Melayu, sejadah, telekung serta keperluan asas seperti payung, minyak wangi dan sabun tangan.
Tambah Jovian lagi, produk itu diperbuat daripada bahan berkualiti premium yang menyejukkan serta mempunyai tiga baris cangkuk boleh laras untuk muat ultra yang selamat dan enam panel tulang fleksibel dalam ikat pinggang yang membantu untuk mencapai postur yang lebih baik. Lebih istimewa, beliau bertindak sebagai individu yang terawal mencuba keberkesanan produk yang telah menjalani proses R&D selama 6 bulan itu.
“Tambahan pula, untuk bentuk badan yang lebih diingini, korset ini juga dilengkapi dengan tali pinggang boleh tanggal yang mencengkam bahagian pinggang untuk membantu menghasilkan bentuk badan yang ideal. Selain korset, jenama di bawah Wonder Suit bakal menghasilkan rangkaian pakaian dalam pada harga berpatutan serta berkualiti tidak lama lagi.
“Korset shape memory ini merupakan yang pertama mempunyai ketahanan mampatan pinggang yang mampu menyesuaikan diri dengan bentuk badan anda. Selain itu, korset ini juga menawarkan kebaikan seperti peredaran darah yang lebih baik dan mengurangkan sakit belakang serta menghilangkan keletihan,” katanya.
Pada majlis memperkenalkan Wonder Suit itu, beliau berkongsi rahsia hasil testimoni sendiri menggunakannya selama sebulan sekarang dan dapat melihat perbezaan pada badannya iaitu penurunan sebanyak tujuh kilogram dan empat inci.

IKLAN

Designer Tersohor, Datuk Jovian Mandagie Teroka Pasaran Pakaian Dalam Pula
Wonder Suit turut menampilkan kerjasama dengan lima bintang terkenal Malaysia untuk menjadi wajah kepada Wonder Suit iaitu Ifa Raziah, Ning Baizura, Rozita Che Wan, Sherry Al Hadad dan Dolla.
“Harga Wonder Suit ini adalah RM149 dan boleh dibeli di platform Instagram selebriti atau boleh didapati di semua JStores, Jovian Pop Up Booth dan di Shopee pada September akan datang,” katanya mengakhiri perbualan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI