Nama Dr. Amalina seringkali menjadi buah mulut. Supwerwoman yang datang menghulur bantuan kepada adik Ainul tidak lama dulu menjadi sebutan sehingga ke hari ini. Doktor bedah di United Kingdom ini sedang melanjutkan kepakaran dalam bidang pembedahan awam di peringkat PhD di Imperial College London.

IKLAN

Baru-baru ini beliau melancarkan laman blog peribadinya yang berjudul Ask Dr Amalina. Perkongsiannya mengenai wabak pandemik dunia, COVID-19 menarik perhatian ramai. “Does heat kill COVID-19?”, tajuk yang di paparkan dalam laman web beliau.

Dr. Amalina Kongsi Info Mengenai COVID-19 di Laman Blog Baru

Jika sebelum ini Dr. Amalina banyak berkongsi maklumat kesihatan dan memberi informasi lebih tepat mengenai bidang perubatan di laman Instagramnya, kini beliau memilih untuk mmebuka laman sesawang sendiri bagi menyampaikan maklumat lebih tepat mengikut sains perubatan melalui laman web www.dramalina.com

Dr. Amalina Kongsi Info Mengenai COVID-19 di Laman Blog Baru

Dalam majalah Nona edisi Mac 2020, Nona mendapat peluang menemubual beliau walaupun hanya melalui e-mel. Selain sibuk dengan kerjaya, Dr. Amalina juga berkesempatan bekerja dengan salah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dipanggil ”Footage Project”. Melalui sebuah kempen bertajuk #StrengthIN, para wanita dari seluruh dunia bersuara untuk mencapai matlamat sepertimana yang dilaungkan United Nation.

Dr. Amalina Kongsi Info Mengenai COVID-19 di Laman Blog Baru

“Menjadi misi dan visi hidup saya untuk sentiasa mencuba membantu masyarakat. Saya percaya, semua orang ada matlamat hidup dan impian saya adalah untuk menggunakan skil dan ilmu yang ada untuk membantu orang lain tanpa mengira agama, bangsa, jantina dan latar belakang mereka.

IKLAN

Saya cuba membangkitkan kesamarataan dalam semua aspek serta memperkasakan wanita dan gadis-gadis muda agar lebih berani serta tidak takut untuk menjadi diri mereka sendiri. Saya juga mengharapkan mereka bekerja keras untuk mencapai impian. No one can stop you!” ujarnya.

Dr. Amalina Kongsi Info Mengenai COVID-19 di Laman Blog Baru

Dr. Amalina bukan sahaja cantik malah beliau bijak orangnya. Dalam satu laporan akhbar mengenai penerimaan Darzi Academic Clinical Fellowship di Imperial College London, Dr. Amalina sekali lagi mengharumkan nama Malaysia. Beliau yang begitu passionate dalam bidang diceburi berkongsi berita melalui akaun Twitter beliau awal tahun lalu.

IKLAN

“Saya rasa bersyukur di atas pemilihan ini dan kerja keras perlu dilipat gandakan agar saya dapat terus membuat Malaysia bangga dengan pencapaian saya di masa hadapan. Kini saya sedang melanjutkan kepakaran dalam bidang pembedahan awam di sebuah hospital terkemuka di London. Pada masa sama, saya juga sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD di Imperial College London,” bicaranya.

Didoakan semoga Dr Amalina akan terus Berjaya dan berbakti kepada mereka yang memerlukan. Lepas ni bolehlah kita melayari laman sesawang Dr. Amalina untuk membaca lebih banyak maklumat kesihatan.

Dr. Amalina Kongsi Info Mengenai COVID-19 di Laman Blog Baru

Kredit foto: Instagram Dr Amalina

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI