Menjadi ibu tunggal bukan suatu tugas yang mudah. Di samping mengejar karier ibu tunggal juga perlu memelihara anak-anak dengan sempurna dan menitipkan keseimbangan di antara dunia dan akhirat. Sebagai manusia biasa, ibu tunggal juga mahu beriadah bersama anak-anak termasuk travel ke luar negara. Tetapi, rupanya ada beberapa tip yang ibu tunggal perlu hadam ketika mahu membawa anak ke luar negara.

Elak Dituduh ‘Penculik’, FARAH LEE Kongsi Tip Kepada Single Mom Kaki Travel

Ads

Situasi ini telah dikongsikan oleh Farah Lee dalam laman Instagramnya. “First time kitaorang travel out of UK adalah ke Norway, rileks je la bawak passport and UK ID. Sekali immigration mintak bukti Maream tu anak omma sebab takde nama omma kat nama Maream. Sudahhhh…Seb baik ada save dalam phone birth certificate so selamat lah mak dan anak ni haha…”

Elak Dituduh ‘Penculik’, FARAH LEE Kongsi Tip Kepada Single Mom Kaki Travel

Rentetan daripada peristiwa itu Farah telah berhati-hati dan turut berkongsi agar single mom lain tidak melakukan perkara yang sama. “To single parents yang nak travel dengan anak (below 18) out of country, jangan lupa bawak sekali,”. Katanya.

Photocopy of translated:

Birth certificate (Sijil Kelahiran) anak

Divorce certificate (Sijil Perceraian)

Custody letter from court (kitaorang punya ada dalam MOU sebab daddy awal-awal dah cakap Maream omma jaga)

Consent letter from the father/mother

(ni extra, especially share custody)

Ads

Elak Dituduh ‘Penculik’, FARAH LEE Kongsi Tip Kepada Single Mom Kaki Travel

“So far pengalaman omma, first time prepare semua benda ni masa nak apply visa UK Maream. Nak translate borang-borang tu boleh pergi court then tanya pegawai kat situ. Nanti dorang carikan lawyer untuk translate dan stamp. Then ada fee per page beberapa ringgit. Omma tak sure berapa sebab omma dulu ada Auntie baik belanja.

Then masa tinggalkan Maream kat Norway (sebab omma kena gi Jeddah), omma prepare sekali consent letter from omma yang ada details Bonda and Walid mengatakan I give my consent for my daughter to stay/travel with them from this date to this date etc.

Ads

Elak Dituduh ‘Penculik’, FARAH LEE Kongsi Tip Kepada Single Mom Kaki Travel

Consent letter tu pun perlu kalau kita travel dengan anak buah ke, anak kawan ke, cucu ke. Budak-budak yang nama mereka tak sama dengan surname/firstname kita. Rasanya perlu jugak untuk parents yang tak divorce tapi anak akan travel dengan salah sorang je. Dorang punya concern takut kita bawak lari anak away from the other parents. Macam mana nak buat consent letter? Goggleeeeee kan adaaa.! Hehe..

So since then, bila travel dengan Maream omma akan bawak je semua di atas. Manchester Airport kadang immigration officer tu mengada sikit walaupun kitaorang dah ada UK ID, nak jugak bukti-bukti tu semua. Rasanya kat Korea, Spain & Portugal haritu dorang tak kisah pun. Jangan lah pulak tanya omma negara mana kisah mana tak kau ingat aku immigration officer…? Haha.. Just bawak je senang cerita,” jelas Farah.

Elak Dituduh ‘Penculik’, FARAH LEE Kongsi Tip Kepada Single Mom Kaki Travel

Gambar: Instagram @farahlee_

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI