Setiap hari apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tentang laporan kes terkini wabak COVID-19 ianya cukup meresahkan kita. Tambahan pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang maki diperketatkan terutama di kawasan zon merah.

IKLAN

Namun begitu, kita dinasihatkan untuk bertenang dan tidak panik sambil mengikut setiap arahan yang diberikan. Mengikut langkah-langkah pencegahan seperti kerap mencuci tangan serta memakai sarung tangan dan topeng muka apabila keluar membeli keperluan asas.

Elak Pakai Topeng Muka Dalam Tempoh Yang Lama, JEJASKAN Kelembapan Kulit & Undang Jerawat!

Bagi mereka yang tidak sihat adalah dinasihatkan untuk memakai topeng muka bagi mencegah penularan virus Corona. Namun, ada juga mereka yang sihat atau tiada gejala turut memilih untuk memakai topeng muka bagi melindungi diri daripada jangkitan.

Tiada salahnya kerana ia sebagai salah satu cara kita mencegah daripada penularan wabak ini. Namun, apa yang harus anda tahu ialah penggunaan topeng muka secara terus menerus memberi kesan tidak bagus terhadap kesihatan kulit wajah.

Kulit akan menjadi lebih sensitif dan mudah berjerawat di beberapa bahagian akibat penggunaan topeng muka yang terlalu lama. Keadaan tersebut berlaku kerana kulit tidak dapat bernafas.

Elak Pakai Topeng Muka Dalam Tempoh Yang Lama, JEJASKAN Kelembapan Kulit & Undang Jerawat!

IKLAN

Ketika seseorang bernafas kemudian menghembusnya, suhu dan kelembapan di sekitar topeng muka yang tertutup akan meningkat. Keadaan ini boleh menggalakkan bakteria untuk terus membiak.

Akhirnya keadaan ini juga boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan mudah tersumbat. Selain itu, jika topeng muka dibiarkan dalam jangka masa panjang boleh meninggalkan bekas pada kulit.

IKLAN

Justeru, anda disarankan supaya melakukan rawatan kulit selama tempoh pencegahan wabak COVID-19 dan memakai masker.

Elak Pakai Topeng Muka Dalam Tempoh Yang Lama, JEJASKAN Kelembapan Kulit & Undang Jerawat!

Anda boleh menyapu pelembap pada setiap hari untuk mengurangkan kemungkinan kulit menjadi kering atau berminyak. Kulit yang kering atau berminyak boleh mengakibatkan atau memburukkan lagi keadaan kulit contohnya jerawat.

Waktu terbaik untuk menggunakan pelembap wajah ialah selepas mandi, mencukur janggut (bagi lelaki) atau ketika pengelupasan kulit. Elak mengeringkan kulit wajah yang sedang basah menggunakan tuala serta menggosok-gosoknya. Cara ini boleh memburukkan lagi keadaan dan merosakkan kelembapan kulit.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI