Jelitawan ini masih tak berubah, malah lebih cantik daripada sebelum mendirikan rumahtangga. Kini Erin Malek bahagia dengan keputusannya menumpukan seluruh perhatian kepada keluarga terutama membesar dua orang anaknya.

IKLAN

Nampaknya Erin Malek tidak salah membuat keputusan dan kelihatan jelas terpancar sinar bahagia di raut wajah wanita yang mempunyai nama sebenar Nur Arina Abdul Malek ini.

ERIN MALEK Bahagia Besarkan 2 Anak, Kekal Menawan Usia 27 & OOTD Serius Cantik! 
Foto: Instagram @erinmalek94
ERIN MALEK Bahagia Besarkan 2 Anak, Kekal Menawan Usia 27 & OOTD Serius Cantik! 
Foto: Instagram @erinmalek94

Sejurus selepas berkahwin pada usia yang muda pelakon cantik ini telah mengundurkan diri dalam bidang lakonan.

Walaupun pelakon yang mula popular setelah membintangi filem Tentang Bulan ini tidak menghiasi naskhah seni dalam bentuk drama mahupun filem namun kelibatnya masih menjadi perhatian.

Paling suka tengok Outfit Of The Day (OOTD) Erin Malek di laman media sosial milik peribadinya. Antara foto menarik yang dikongsikan oleh Erin Malek;

ERIN MALEK Bahagia Besarkan 2 Anak, Kekal Menawan Usia 27 & OOTD Serius Cantik! 
Foto: Instagram @erinmalek94
ERIN MALEK Bahagia Besarkan 2 Anak, Kekal Menawan Usia 27 & OOTD Serius Cantik! 
Foto: Instagram @erinmalek94
ERIN MALEK Bahagia Besarkan 2 Anak, Kekal Menawan Usia 27 & OOTD Serius Cantik! 
Foto: Instagram @erinmalek94
ERIN MALEK Bahagia Besarkan 2 Anak, Kekal Menawan Usia 27 & OOTD Serius Cantik! 
Foto: Instagram @erinmalek94

Erin Malek telah mengikat ikatan perkahwinan bersama jejaka pilihan hati yang juga anak kepada usahawan automobil, Farriz Fauzy.

Kesempatan NONA bertemu dengan wanita jelita ini di sebuah majlis yang berlangsung di ibu kota suatu ketika dahulu sempat bertanya bagaimana kekal langsing setelah memiliki sepasang cahaya mata.

Jawab wanita yang berusia 27 tahun ini, “Rahsianya mungkin sebab saya sibuk jaga anak,” tutur Erin Malek bahagia besarkan 2 anak di depan mata sendiri.

ERIN MALEK Bahagia Besarkan 2 Anak, Kekal Menawan Usia 27 & OOTD Serius Cantik! 
Foto: Instagram @erinmalek94

Tambah Erin Malek lagi, “Sejujurnya memang sebab saya membesarkan anak-anak. Tapi ketika itu saya hilang berat badan bukan dalam keadaan ‘sihat’. Maksudnya, memang saya kurus tapi nampak lesu.

IKLAN

Kini bila anak dah besar dan mula ke sekolah saya mempunyai masa untuk diri sendiri. Apa yang saya buat adalah beriadah di gym. Bila bersenam secara konsisten apa yang saya perhatikan stamina saya mula stabil dan dah tak penat lagi.

ERIN MALEK Bahagia Besarkan 2 Anak, Kekal Menawan Usia 27 & OOTD Serius Cantik! 
Foto: Instagram @erinmalek94
ERIN MALEK Bahagia Besarkan 2 Anak, Kekal Menawan Usia 27 & OOTD Serius Cantik! 
Foto: Instagram @erinmalek94

Kalau keluar ke taman permainan bersama anak-anak saya boleh berlari kejar mereka. Ketika saya tidak bersenam dulu kejar anak sekejap pun dan rasa penat. Bila tengok perubahan yang positif saya terus konsisten bersenam dalam seminggu dua atau tiga kali.

Kata kuncinya, bersenam bukan untuk kurus tapi untuk mengekalkan berat badan secara sihat dan yang penting bukan kurus tapi nampak lesu,” tutur ibu kepada Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Mohamed Farriz ini.

IKLAN
ERIN MALEK Bahagia Besarkan 2 Anak, Kekal Menawan Usia 27 & OOTD Serius Cantik! 
Foto: Instagram @erinmalek94

Ramai rakan-rakan artis sudah memiliki perniagaan sendiri, Erin Malek tak ada perancangan buat bisnes? “Memang saya ada perancangan nak buat bisnes tapi dah dua kali cuba terdapat halangan,” katanya.

Erin Malek beruntung mempunyai suami yang sangat menyokong dirinya, Kata Erin Malek, “Suami saya kata, tak perlu terburu-buru untuk buat bisnes. Katanya saya masih muda dan apa yang saya buat sekarang dah fully occupied the whole day.

Bila anak-anak dah besar nanti dan jika saya mempunyai kelapangan suami mengizinkan saya buat apa yang saya nak buat (bisnes),” bicara Erin Malek mengakhiri perbualan kami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erin 🕊 (@erinmalek94)

Baca juga; Nelydia Makin Cantik Kongsi Gambar Berhijab

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI