Seorang lagi peserta #fabulousMUA NONAXFCC yang banyak menimba pengalaman melalui pertandingan ialah Kasteriya bin Shuib atau lebih dikenali sebagai  Wira Kastrya. Karekter yang mudah didekati dan peramah, itulah telahan awal tatkala pertama kali penulis berbual dengannya. Patutlah dia bijak berkomunikasi kerana dia bukan sahaja mempunyai latar belakang dalam dunia solekan, malah dia merupakan seorang pendidik! Siapa sangka, minat dalam dunia solekan membawa Wira Kastrya menerokai bidang solekan.Bukan itu sahaja, jejaka dari Kuala Lumpur ini juga turut mengusahakan  perniagaan Spa diberi nama Spa Pura Vida.

#FABULOUSMUA Pernah Di Pandang Sinis Guna Alat Solek Biasa-Biasa, WIRA Guna Simpanan Beli Rumah Untuk Beli Alat Solek High End!

IKLAN

Tidak sah jika soalan mengenai penglibatan awal dirinya dalam dunia solekan tidak ditanya kerana ia merupakan titik permulaan segalanya. Semasa kecil, saya tidak tahu apa-apa mengenai alat mekap tetapi saya suka melihat benda-benda yang cantik. Apabila usia semakin meningkat dewasa, saya mula berminat membelek majalah-majalah yang memaparkan ruangan fesyen dan muka depan yang mana model dan personaliti dirias cantik.

#FABULOUSMUA Pernah Di Pandang Sinis Guna Alat Solek Biasa-Biasa, WIRA Guna Simpanan Beli Rumah Untuk Beli Alat Solek High End!

Terdetik di hati, alangkah bagusnya jika saya dapat menyolek seseorang seperti yang saya lihat di dalam majalah. Pada masa yang sama, saya sering menjadi bidan terjun apabila diminta menyolek rakan-rakan penari ketika membuat persembahan.

“Ketika itu, saya jadi bidan terjun menyolek penari-penari untuk membuat persembahan. Bermula dari situ, saya belajar sendiri asas dan teknik solekan dan lama-kelamaan ia mencetuskan minat untuk saya mengembangkan lagi bakat dalam bidang solekan,” ujar Wira yang telah sembilan tahun berkecimpung di dalam dunia solekan dan pernah dinobatkan sebagai Top 5 Malaysian Makeup Artist Awards 2019, pertandingan bertaraf nasional.

#FABULOUSMUA Pernah Di Pandang Sinis Guna Alat Solek Biasa-Biasa, WIRA Guna Simpanan Beli Rumah Untuk Beli Alat Solek High End!

Untuk menjadi jurusolek yang mahir bukan mudah kerana seseorang perlu mempunyai asas dan ilmu mengenai solekan. Wira belajar sendiri dan kembangkan bakat dalam bidang solekan. Selain  minat dan belajar sendiri, Wira turut mengikuti kelas-kelas solekan dan minat menjadi make up artist semakin menebal di dalam dirinya.

#FABULOUSMUA Pernah Di Pandang Sinis Guna Alat Solek Biasa-Biasa, WIRA Guna Simpanan Beli Rumah Untuk Beli Alat Solek High End!

Amat meminati hasil seni  Pat Mcgrath kerana  dia merupakan salah seorang jurusolek terbaik yang menghasilkan solekan beauty dan creative makeup. Tambah Wira lagi, setiap sentuhan Pat Mcgrath mempunyai magis tersendiri! Antara selebriti tempatan yang pernah mendapat sentuhan Wira termasuklah  Fatiya Latiff, Tasya Shilla, Sasha Saidin, Jihan Muse, Amelina, Julia Farhana Marin, Lana Nodin Zahirah McWilson dan Haneesha Hanee. Wira juga bertuah kerana sentuhannya juga pernah mendapat kepercayaan golongan VIP dan kerabat diraja kerana Wira mempunyai gaya solek tersendiri yang lebih mengetengahkan konsep soft and sultry glam make up untuk menaikkan lagi seri para pelanggannya.

Ditanya mengapa dia berminat untuk bersama program reality #FabulousMUA, menurut Wira Fabulous MUA menjadi platform untuk jurusolek baharu sepertinya untuk mengembangkan bakat dan memberi peluang kepada dirinya untuk membuktikan bakat dan kemahiran yang dimilikinya setanding dengan make up artist yang hebat di Malaysia.

#FABULOUSMUA Pernah Di Pandang Sinis Guna Alat Solek Biasa-Biasa, WIRA Guna Simpanan Beli Rumah Untuk Beli Alat Solek High End!

IKLAN

Dalam melalui perjalanan sepanjang sembilan tahun sebagai make up artist, pelbagai liku harus diharungi apatah lagi pada permulaannya, penglibatan dirinya dalam dunia solekan mendapat sedikti tentangan dari keluarga.

“Bila sebut tentang tulang belakang dalam karier saya, tentulah keluarga yang banyak menyokong walaupun pada mulanya mereka menentang apabila saya mula serius dalam bidang ini. Stigma jurusolek lelaki sebagai lelaki lembut, feminin dan sebagainya . Tetapi saya buktikan kepada keluarga, siapa saya sebenarnya ialah siapa yang mereka  kenal. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, mereka menyokong minat saya,” ujarnya lagi.

Berkongsi kisah pahit sepanjang penglibatannya dalam industri solekan Wira terpaksa mempertaruhkan duit simpanan untuk membeli rumah semata-mata untuk membeli barang solekan yang bermutu tinggi.

#FABULOUSMUA Pernah Di Pandang Sinis Guna Alat Solek Biasa-Biasa, WIRA Guna Simpanan Beli Rumah Untuk Beli Alat Solek High End!

IKLAN

“Ketika mula-mula serius dalam bidang ini, saya sanggup gunakan duit simpanan yang saya khaskan untuk beli rumah semata-mata nak beli alat solekan yang high end bila client pernah pandang sinis barangan make up biasa yang saya gunakan. Saya jadikan pengalaman itu sebagai azam untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang saya ceburi. Saya nekad dan tak mahu orang pandang rendah dengan kebolehan kita dan hanya memandang dari segi luaran semata-mata”.

#FABULOUSMUA Pernah Di Pandang Sinis Guna Alat Solek Biasa-Biasa, WIRA Guna Simpanan Beli Rumah Untuk Beli Alat Solek High End!

Selain itu, cabaran dalam dunia media sosial juga banyak mempengaruhi perjalanan karier apabila terdapat pelanggan yang mempersoalkan kebolehan Wira hanya berdasarkan jumlah followers yang tidak ramai di Instagram semata-mata.

“Tapi saya buktikan saya bukan make up artist picisan, tapi mampu menyolek selebriti di Malaysia dan hasil kerja dihargai di plaform majalah, surat khabar dan media massa yang lain”.

Wira amat menghargai setiap hasil solekan yang dihasilkan dan merasa bersyukur dan berterima kasih apabila hasil kerjanya dihargai oleh para pelanggan. “Senyuman yang terukir di wajah pelanggan adalah penghargaan yang tidak ternilai buat saya. “

Saksikan Wira dan lapan lagi peserta yang bertanding dalam Fabulous  MUA NONAxFCC bagi merebut gelaran juara program reality digital pencarian make up artist pertama di Malaysia ini. Fabulous MUA NONAXFCC bakal bersiaran menerusi platform digital Majalah NONA. Antaranya di YouTube, Facebook dan laman web rasmi majalah NONA bermula 1 November ini, jam 8 malam. Pertandingan ini dihoskan oleh Fiza Frizzy manakala Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Ismail dan Editor Pengurusan Majalah NONA, Kiffy Razak selaku juri tetap.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI