Percaturan jenama tudung popular, Leeyanarahman menggunakan wajah selebriti jelita Fasha Sandha menerusi kempen terbaharu mereka dipanggil Rosalinda membuahkan hasil!
Ini terbukti apabila lebih 220,000 helai cetakan tudung edisi terhad mengambil nama kempen cetusan inspirasi drama telenovela Rosalinda sekitar tahun 1999 lakonan pelakon Mexico, Ariadna Thalía Sodi Miranda itu habis licin terjual sejak dilancarkan 17 Mei lalu.
Untuk rekod, tudung Leeyanarahman sejak dilancarkan tidak sampai setahun lalu telah pun terjual sebanyak 1,320,000 helai.
Bagi kempen selama dua bulan menggunakan Fasha Sandha itu, ia menjadi usaha kali kelima pihak jenama tudung berkenaan menggunakan artis dan pempengaruh.
Terdahulu, jenama berdaftar di bawah syarikat Leeyanarahman Empire Sdn Bhd dan beribu pejabat di Hub Perindustrian Suntrack, Selangor itu pernah menggunakan wajah Ummi Nazeera, Hannah Delisha, Mariam Durian Kimchi, Sophia Albarakbah dan Farah Nabilah.
Menurut pengasas jenama Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman, pihaknya memanjat kesyukuran kerana resipi menggunakan material premium cotton voile sedari dulu dengan harga ‘marhaen’ RM29 sahaja terus digilai ramai.
“Kami percaya niat mahu melihat wanita termasuk beragama Islam dan Melayu menggayakan tudung mampu milik ini sentiasa dipermudahkan. Semoga Tuhan terus mempermudahkan niat ini dan menjadi asbab baik untuk semua.
Ads
“Tentunya, lonjakan dan ledakan kempen itu menjadi apabila kami melamar pelbagai artis wanita berpengaruh untuk menjadi muse.
“Fasha sendiri yang semakin langsing kebelakangan ini menepati keinginan kami menjadi wakilan dan simbolik Rosalinda yang pernah menjadi igauan ramai suatu lebih dua dekad lalu. Tak sangka fenomena ‘Rosalinda’ itu berlaku lagi asbab pemilihan Fasha dan sokongan peminat jenama kami,” katanya.
Isteri kepada Muhammad Hafiz Abd Hamid itu berkata koleksi tudung dikeluarkan kali ini menampilkan 20 rekaan.
“Tak sangka, selepas dilancarkan memang laku keras koleksi Rosalinda – Fasha ini di ibu pejabat dan stokis satu Malaysia. Boleh ke pautan linktr.ee/leeyanarahman.
“Rekod kejayaan ini juga terus membuka ruang dan peluang kepada lebih 10,000 ejen dan stokis kami di seluruh Malaysia menjana pendapatan.
Ads
“Antara 20 koleksi rekaan itu kami namakan Thalia, Peony, Miamor, Mawar, Amaryllis,Catalina, Bonita dan Lily. Sekarang kami turut sibuk pula dengan koleksi Aidiladha Series seperti gabungan kaftan dan kurung yang dipanggil Aspalela,” katanya.
Sementara itu, Fasha sendiri bersyukur kerana pihak Leeyanarahman sudi menyuntingnya.
“Kalau Thalia menjadi Rosalinda sering terkenal dengan wajah cantik serta suka menyelit bunga mawar di tepi telinganya, tudung kempen Rosalinda ini juga apa kurangnya.
“Saya sendiri melihat usaha dilakukan Nur Liyana dan suami, Muhammad Hafiz itu mengangkat jenama tudung mereka sejak 2012. Ternyata populariti dan pengaruh itu seiring dengan kualiti tudung mereka yang cantik, trendy, berkualiti dan harga mampu milik.
“Tentunya saya bangga apabila kempen ini memilih nama Rosalinda. Drama dan watak yang pernah bertakhta di hati ramai itu tak disangkal lagi. Sejak kecil saya meminati drama itu dan teruja menjayakan kempen ini,” katanya.
Ads
Sempat ditanya mengenai rahsia langsing, Fasha mengakui bukan kerja mudah untuk sampai ke tahap sekarang. Ibu kepada Putra Rayfal, Putri Rasyha Jemyma dan Aisha Amaira itu berjaya menurunkan lebih 10 kilogram.
“Sejak Oktober lalu, saya jaga pemakanan dan imbangi dengan senaman. Saya juga sudah boleh diet ketat selepas Aisha sudah meminum susu formula.
“Dari Isnin hingga Jumaat, saya tak makan daging dan ayam langsung. Hanya jamah ikan saja. Manakala Sabtu dan Ahad, hari saya melantak.
“Saya ini dari jenis genetik besar. Jadi makan lebih sedikit badan akan cepat naik. Syukur pengorbanan dan usaha saya nak langsing kali ini dipermudahkan,” katanya.
Sejak 2012 melebarkan sayap perniagaan bermodalkan RM1,500, jenama diusahakan Nur Liyana dan Hafiz ini pantas mencuri perhatian. Sebelum tudung, jenama ini terlebih dahulu keluarkan pakaian Muslimah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini penyanyi lagu Bunga Bunga Cinta ini telah berkongsi tentang hasratnya untuk menimang cahaya mata kedua. Misha juga merancang untuk memiliki anak perempuan pula. Khabarnya isteri kepada juruterbang ini telah menjalani ujian hormon Anti-Mullerian (AMH) dan meneruskan rawatan selanjutnya.
Foto: Instagram @mishaomar
Namun, pemenang Vokal Terbaik AJL 33 ini dikatakan sanggup menghentikan rawatan kesuburan untuk memiliki zuriat kedua semata-mata kerana peminat yang telah menyokong kerjaya seninya selama ini. Misha bakal mengadakan konsert yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 30 Oktober nanti bimbang sekiranya tidak dapat menyanyi dengan baik jika hamil.
Semoga Misha dapat membuat persembahan yang terbaik di konsert tersebut dan boleh meneruskan rawatan untuk mendapatkan zuriat. Teringat perkongsian Misha bersama Nona tentang anaknya Muhammad Idris Ezzwa, dilahirkan pramatang yang kini sudah berusia lima tahun.
Foto: Koleksi Majalah Nona
“Idris dilahirkan sebagai bayi pramatang. Untuk menguruskan anak pramatang bukan mudah. Doktor sendiri menyarankan supaya Idris mendapat sepenuh perhatian sekurang-kurang setahun kerana antibodi tubuhnya belum matang.
Foto: Instagram @mishaomar
Selama setahun juga kami tidak menjejak kaki ke pusat membeli-belah kerana udara yang tidak sesuai untuk Idris. Fokus saya ketika itu hanya untuk membesarkan Idris dengan baik dan alhamdulillah setelah dua tahun empat bulan, Idris menunjukkan perkembangan yang sangat positif,” tutur Misha.
Besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh Misha bergelar seorang ibu. Wanita kelahiran Kelantan ini juga turut berkongsi pernah ‘kehilangan’ suara selepas melahirkan Idris. “Selepas melahirkan Idris saya mengalami masalah pada suara. Bila dengar suara sendiri, terfikir, suara ni kenapa ya, mendap jer.
Sebenarnya perubahan suara ini berlaku ketika mengandung lagi. Mungkin proses mengandung membuatkan suara saya ‘strech’. Jadi menyanyi perlu guna beberapa muscle yang penting untuk support vokal. Sehingga saya kena pergi sekolah vokal belajar dengan Dato’ Shafinaz Selamat,” tutur Misha.
Foto: Instagram @mishaomar
Rasa cinta Misha terhadap dunia nyanyian sememangnya begitu besar. “Selagi saya mampu untuk menyanyi, masih larat untuk melangkah kaki dan masih boleh diterima peminat, saya akan teruskan bidang nyanyian. Saya sayangkan dunia nyanyian dan saya juga sayangkan keluarga saya. Saya perlu belajar untuk seimbangkan keduanya,” akhiri Misha.
Untuk rekod, Misha mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emi yang kini berusia 15 tahun. Misha mendirikan rumah tangga dengan Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun berbeza agama dan budaya tetapi hubungan mereka sangat akrab. Norazah atau Ezan merupakan isteri kepada penghibur serba boleh, Mark Adam.
“Mula-mula kahwin dengan Mark, kekok jugalah nak berbual dengan ibu mentua yang tak fasih berbahasa Inggeris. Nasib baiklah saya boleh bertutur dalam bahasa mereka. Itu yang kami mudah mesra.
Kalau balik ke Filipina, layanan yang diberikan ibu mentua sangat baik. Saya dimanjakan seperti anaknya sendiri. Pagi-pagi ibu mentua dah siapkan sarapan termasuk membasuh pakaian saya walau saya tak pernah minta pun. Semuanya dia buat sendiri.
Bersama ibu mertua kesayangan.
Masakan mak mentua yang paling saya suka ialah udang masak bawang putih. Seterusnya chicken adubo, kalau di sini kita panggil ayam masak kicap. Ada juga menu singgang, rasa dan cara masaknya lebih kurang sama macam kita.
Lagi satu, terung yang dibakar atas api kemudian disiat kulitnya. Isi terung dicelup ke dalam telur lalu digoreng. Nampak simple tapi rasanya sangat sedap!”
UBAH NASIB KELUARGA MERTUA
Memiliki seorang isteri yang baik dan berhati mulia menjadikan Mark Adam antara lelaki paling bertuah.
Selain berjaya membawa nama Mark Adam sebaris dengan artis-artis terkenal tanahair ramai tidak tahu selama ini Ezan telah banyak membantu keluarga Mark keluar dari belenggu kemiskinan. Kini mereka hidup selesa berkat rezeki yang dikongsi bersama.
Itulah istimewanya Ezan yang bukan saja sanggup melalui saat susah senang bersama Mark malah turut memuliakan ibu dan keluarga mentuanya sama seperti keluarga sendiri.
“Sebab utama saya nak sangat bantu keluarga Mark ialah dari diri saya sendiri. Waktu pertama kali ke Filipina saya lihat kehidupan keluarga Mark sangat daif. Ahli keluarganya ramai, rumah pula sempit.
Keluarga besar Mark Adam di Filipina.
Makan nasi hanya berlaukkan ikan masin. Seumur hidup mereka tak pernah merasa tidur di katil, hanya beralaskan tilam nipis. Saya rasa sangat sebak dan terfikir kenapa macam tu sekali keadaannya. Ia buat saya insaf. Bermula saat tu saya niat untuk bantu keluarga Mark.
Saya dan Mark mencari rumah lain yang lebih besar dan selesa buat keluarganya. Walaupun cuma rumah sewa tapi selesa. Saya belikan katil, sofa, barang makanan dan sebagainya. Pun begitu, mereka tak pernah merungut. Sebaliknya tetap gembira dan bahagia seperti tiada masalah.
Saya tahu Mark bekerja keras selama ni pun kerana mahu mengubah nasib keluarga agar menjadi lebih baik seperti mana hasrat bapanya sebelum meninggal dunia.”
Kredit Foto & Video: Instagram Ezan Marzan Echivarre
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ulama tersohor dunia kelahiran Mesir, Prof Yusuf al-Qaradawi menghembuskan nafas terakhir hari ini pada usia 96 tahun. Berita duka pemergian Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) itu diumumkan di akaun media sosial rasmi Allahyarham.
Dilahirkan pada pada 9 September 1926, Allahyarham dikenali sebagai seorang Mujtahid di era moden ini.
Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Qatar, tempat beliau tinggal dalam buangan berikutan penggulingan tentera kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 2013.
Allahyarham Yusuf telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman mati tanpa hadir di Mesir.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah menghasilkan lebih 120 buah buku termasuk naskhah perundangan Islam serta menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.
Allahyarham sangat masyhur menerusi program Sharia and Life terbitan saluran berita antarabangsa, Al-Jazeera yang dianggarkan ditonton oleh 40 hingga 60 juta penonton di seluruh dunia.
Atas jasa baktinya dalam dunia Islam, kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Allahyarham Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2009.
Sumber: ASTRO Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun Mira Filzah merupakan selebriti terkenal tanah air dan cukup sebati dengan dunia fesyen namun aktres jelita ini mengakui ibu mentua, Datuk Mastura Yazid lebih pandai bergaya dan berani mencuba pelbagai warna dalam fesyen harian berbanding dirinya.