Foto Raya DS Zizie Izette Paling Tarik Perhatian, Sempat Seloroh ‘Taste’ Suami

Dalam banyak-banyak perkongsian gambar raya keluarga tahun ini, foto raya DS Zizie Izette paling menarik perhatian.

Tahun ini isteri kepada Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin telah berkongsi foto istimewa sambutan keluarga bersama keluarga besarnya.

Foto: Instagram @zizieizette

Wanita yang berusia 43 tahun itu kelihatan ceria menerusi foto yang telah dikongsikan di laman media sosial milik peribadinya di samping suami tercinta dan juga madunya, Datin Seri Nor Asidah Aminuddin.

Foto: Instagram @bungmoktar
Foto: Instagram @bungmoktar

Dalam foto raya DS Zizie Izette kelihatan ceria dan bahagia bersama kelima-lima orang anak-anaknya, Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette (kembar seiras) serta Aalisa Belle Izette sambil menyarungkan baju kurung moden berwarna shocking pink

sedondon dengan anak-anaknya.

DS Zizie Izette dan Timbalan Ketua Menteri, Menteri Kerja Raya dan Ketua UMNO Sabah ini, DS Bung Moktar telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2009.

Coretan DS Zizie Iztte dalam nada bergurau agar orang ramai tidak cemburu melihat keakraban hubungan mereka bertiga. “Kaum Adam yang teringin seperti kami janganlah cemburu ya. Kalau nak, pergi menuntut ilmu dengan panglima perang Sabah ini,” tulis DS Zizie Izette.

Selebriti yang pernah berlakon filem Kekasih Awal Dan Akhir ini memang sentiasa ceria jika bersama anak-anak tersayang.

Foto: Instagram @bungmoktar

Masih terbayang keriuhan sewaktu mengabadi foto DS Zizie bersama kelima-lima orang anaknya sebagai penghias kulit Majalah Nona edisi Oktober 2020.

Teruja melihat 5 kanak-kanak comel ini yang begitu sporting memberikan pose terbaik dan mendengar kata ibu mereka benar-benar mencipta momen terindah.

Seronok melihat cara Datin Sri Zizie melayan anak-anaknya. Jelas terpancar naluri keibuan dalam diri wanita yang mudah tersenyum ini.

Foto: Koleksi Majalah Nona
Foto: Koleksi Majalah Nona

Tumpang gembira melihat telatah comel puteri bongsunya, Aalisa Belle Izette seperti yang dikongsi oleh DS Zizie Izette saat meraikan ulang tahun kelahirannya ke-3 tempoh hari.

Foto: Instagram @zizieizette

Anak bongsu yang mesra di sapa Cica itu begitu ceria meraikan ulang tahun kelahirannya pada 1 Mac lalu. Memang comel sungguh puteri kelima DS Zizie Izette dan suaminya YB DS Bung Mokhtar Radin menggayakan gaun berwarna merah jambu itu.

Baca juga; Sekejap Dah 3 Tahun, Comelnya Anak ke-5 DS Zizie Izette, Aalisa Belle Izette 

IKLAN
Share