Nak tahu apa yang istimewa sepanjang opening week ini?
Sepanjang hari pembukaan dan hujung minggu, para pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran terhad dan aktiviti di gedung untuk seisi keluarga seperti cat muka, badut pembuat belon dan pemberian belon percuma, penampilan maskot dan banyak lagi.
Malah, pada hari pembukaan, pengunjung boleh mendapatkan tawaran harga istimewa untuk beberapa produk antaranya termasuklah bingkai katil BRUSALI bersaiz queen dan meja tepi katil BRUSALI pada harga yang cukup menarik.
Manakala sepanjang minggu pembukaan pula iaitu dari 16 hingga 26 November, dapatkan LERBERG shelf unit pada potongan harga sehingga 50 peratus. Begitu juga jam thermometer KLOCKIS.
Ads
Dengan lebih 8,000 kemasan kediaman rekaan Sweden yang bermutu dan mampu dimiliki, pilihan makanan yang enak turut tersedia di rangkaian restoran, bistro dan kedai khas makanan Sweden, serta Smaland, iaitu kawasan permainan untuk kanak-kanak yang diawasi. Bersandarkan fasiliti dan promosi hebat ini, IKEA Tebrau pastinya akan menjadi pilihan seisi keluarga untuk dikunjungi.
Mempunyai pasukan pekerja seramai lebih 300 orang, IKEA bersedia menerima kunjungan lebih 1.8 juta orang pelanggan yang tinggal dalam jarak sejauh 60 minit dari gedung IKEA.
IKEA Tebrau terletak berhampiran dengan outlet terkemuka lain kini menjadi sebahagian daripada destinasi peruncitan yang rancak dan meningkatkan lagi imej Tebrau sebagai lokasi yang hebat untuk menjamu selera, membeli-belah dan bersantai. Selain itu, IKEA Tebrau turut menyediakan perkhidmatan tambahan untuk kemudahan para pelanggan. Ini termasuk pengambilan dan penghantaran ke rumah, pemasangan perabot, IKEA Gift Card, pelan pembayaran ansuran 0%, syarat pemulangan dalam masa 100 hari, WIFI percuma dan kemudahan Aplikasi IKEA Store App dan banyak lagi.
Ads
Untuk memberi keselesaan kepada pengunjung, IKEA Tebrau menyediakan 1,771 petak letak kereta. Bagi memudahkan perjalanan ke gedung, pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan percuma dari Larkin Sentral dan Muzium Keretapi Tanah Melayu Berhad Johor Bahru.
Bagi anda penggemar hidangan Sweden terutamanya hidangan signature dish Ikea seperti Sweedish Meatball, stor IKEA terbesar di Asia Tenggara ini wajib dikunjungi hujung minggu ini. Dengar khabar, pada hari perasmian sahaja restoran dan bistro IKEA sudah padat dengan pengunjung. Jadi, jangan lupa mengunjungi IKEA Tebrau hujung minggu ini!ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada apa yang mustahil. Itulah gambaran paling tepat tentang kemenangan Miss Universe Amerika Syarikat, Rbonney Gabriel yang dinobatkan Miss Universe 2022 yang berlangsung sebentar tadi.
Kredit foto: MissosologyKredit foto: Missosology
Gadis berdarah kacukan Amerika & Filipina ini merupakan seorang pereka fesyen berbakat. Pada usia 28 tahun, Rbonney merupakan salah seorang wakil paling berusia yang pernah memenangi pertandingan Miss Universe sekaligus penyandang tertua gelaran itu pernah direkodkan.
R’Bonney mengenepikan saingan sengit daripada naib juara, Andrea Rubio dari Venezuela. Manakala, tempat ketiga pula disandang oleh Dominican Republic, Andreina Martinez Founier.
Kredit foto: Missosology
Kali terakhir wakil Amerika Syarikat dinobatkan sebagai juara Miss Universe adalah pada tahun 2012 menerusi Olivia Culpo (yang juga merupakan hos program Miss Universe 2022 hari ini).
Rboy yang juga merupakan CEO kepada syarikat pakaiannya sendiri menerima pendidikan di University of North Texas dan memperoleh Sarjana dalam Reka Bentuk Fesyan dalam bidang Fabrik. Rbonney juga mula menjahit sejak dia berumur 15 tahun lagi.
Menariknya jawapan Rbonney sewaktu pusingan Top 5 dan mesej yang disampaikan pada bahagian belakang cape yang dipakai oleh R’Bonney semasa pusingan pakaian mandi turut menjadi perhatian.
R’Bonney berkata dia berharap satu perubahan yang diharapkan olehnya di pentas Miss Universe adalah faktor usia dan mengharapkan lebih ramai wanita berusia diberikan peluang untuk menyertai Miss Universe.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebuah video memaparkan usahawan kosmetik terkemuka, Datuk Seri Vida menerima bungkusan menjadi bualan para netizen di laman Instagram hari ini.
Mana tidaknya, bingkisan yang dibungkus kemas bagaikan hantaran itu dibalut dengan sehelai kain songket tampak mewah dan eksklusif! Kelihatan usahawan tersebut seakan terkejut menerima bungkusan hadiah tersebut bila disogokkan dengan kata-kata berbau lamaran.
“Saya dilamar?Siapa yang lamar? Jangan main-main terkejut!. Bab lamar-lamar ni sensitif,”ujarnya sambil membuka bungkusan yamg diterimanya itu.
Melihat ruangan komen di video tersebut,rata-rata peminat menzahirkan rasa gembira andainya usahawan yang popular dengan lagu Ku Ikhlaskan itu menerima lamaran setelah melalui kegagalan dalam beberapa perkahwinan terdahulu.
Vida pernah menzahirkan hasrat untuk berkahwin lagi dan pernah memberi kenyataan pernah melakukan solat istiqarah dan berdoa untuk dipertemukan jodoh.
Malah usahawan terkenal itu pernah membuat kenyataan akan membuat ‘check up’ (pemeriksaan kesuburan) untuk memastikan dirinya boleh melahirkan zuriat sekiranya dipertemukan jodoh. Apa-apapun, segalanya masih menjadi tanda-tanya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salam takziah buat Liyana Jasmay sekeluarga atas kehilangan ibunda tersayang sekitar jam 8.30 pagi, 12 Mei 2023. Allahyarham Datin Habsah Simpon yang juga ibu kepada empat cahaya mata tersebut dilaporkan meninggal dunia akibat kanser limfoma tahap empat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Memetik kenyataan pengurus Liyana iaitu Norhazwani Jamil kepada Astro Awani, ibu pelakon tersebut disahkan menghidap barah berkenaan kira-kira dua bulan lepas dan hanya diketahui keluarga terdekat.
Malah Allahyarham sering keluar masuk hospital untuk menerima rawatan.
“Liyana serta seluruh ahli keluarga berada di sisi Allahyarham semasa menghembuskan nafas terakhir. Liyana bersama adik-beradiknya juga sering bersama ibu mereka dalam waktu-waktu terakhir ini.”
Aktres, penyanyi, penerbit dan pengarah ini ada berkongsi hantaran di IG Stories yang mengimbau kenangan dirinya bersama ibu tersayang enam tahun lepas.
Tulis Liyana, “My career, my path, my life, you spend your time to be with me. You dedicate yourself for me, waited until dawn for my shoot, promos and whatever that makes me happy.
Tak pernah I tau ada Mak yang teman anak study overseas berbulan-bulan, tinggalkan babah, and babah pun sanggup lepaskan you just to take care of me!
I’m so lucky to have amazing parents. That’s why you are so special mama! My sayang cantik mama.”
Terdahulu pada Disember 2021, bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah meninggal dunia akibat kanser paru-paru selepas bertarung dengan penyakit itu selama setahun.
Isteri Fathuddin Mazlan yang kini berusia 35 tahun mempunyai tiga beradik Adriana Jasmay, Faradilla Jasmay dan Juzaili Jasmay.
Semoga Allahyarham Datin Habsah Simpon ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Juga, Liyana Jasmay dan ahli keluarga tabah serta sabar menempuh ujian ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!