Kata orang, life begins at 40! Jika usia anda sudah melangkah ke fasa 4 series, ini masanya untuk melipat gandakan usaha menentang penuaan sebelum masanya.
Ads
Lihat sahaja selebriti terkenal dalam dan luar negara seperti Erra Fazira, Rozita Che Wan, Jennifer Aniston serta ramai lagi, mereka masih kelihatan anggun biarpun usia sudah mencecah 40 tahun. Ayuh tiru rahsia muda mereka di bawah.
(a) Teliti Perubahan Kulit
- Cuba solekan yang lebih sofistikated dan sesuai dengan kulit serta personaliti anda.
- Solekan disertai teknik kontur akan menjadikan wajah nampak muda. Hanya dengan menggunakan bedak kompak dua atau tiga tahap lebih gelap dari kulit wajah, sapukan ia secara ringan pada bahagian garis rahang, garis anak rambut dan dahi.
- Cara ini akan membentuk kedalaman palsu atau false depth pada wajah, dan paling penting ia memberi penegasan pada kawasan wajah yang lebih cerah.
- TIDAK PERLU melakukan pembedahan, hanya perlu bijak memanipulasi teknik solekan.
(b) Pencuci Wajah Anti Penuaan
Ads
- Terimalah hakikat bahawa usia kita semakin meningkat. Gunakan pencuci wajah anti penuaan yang kaya dengan nutrien kerana rejim bermula dengan pemilihan pencuci yang betul, sama ada ia semakin mengeringkan atau melembap kulit.
(c) Biarkan Kening Menebal
- JANGAN cabut bulu kening kerana anda akan memusnahkan folikel yang menyebabkan jarak di antara bulu kening. Hasilnya ia menjadi semakin nipis, halus atau tidak tumbuh dengan sihat. Kening yang terlalu nipis membuatkan wajah berusia.
(d) Gunakan Krim Malam Bernutrien
Ads
- Pada usia 40-an, fiber kolagen mengental dan memberi kesan kedut pada wajah.
- Kuncinya, gunakan rose oil, minyak jojoba dan AHA semula jadi untuk mengurangkan sel kulit mati yang menyebabkan wajah kusam dan kelabu.
- JANGAN singkatkan pemikiran dengan hanya berpendapat hanya pembedahan plastik mampu menutup kulit wajah yang semakin tua.
(e) Minum Air Suam & Teh Hijau
- Ia melancarkan peredaran darah dan melembutkan kulit.
- Jadikan facial menggunakan bahan semula jadi sebagai rejim kecantikan anda kerana sesekali kulit wajah perlu dibelai dan diberi nutrisi yang lebih teliti. Suziana Abu Daud