Ads

Hadiah Hari Ibu Tak Semestinya Sempurna, Semak 8 Idea Kecil Tapi Bermakna Ini Buat Sang Ratu Hati

Hari Ibu bukan tentang hadiah paling mahal, tetapi tentang penghargaan buat insan paling bermakna dalam hidup kita. Bagi yang masih mencari hadiah menjelang 10 Mei nanti, Nona himpunkan 8 idea kecil tapi bermakna ini buat sang ratu hati agar dirinya rasa lebih dihargai, disayangi dan istimewa setiap hari.

Daripada haruman lembut yang melayang di atas kulit hingga aksesori harian yang memudahkan rutinnya, setiap pilihan ini dicipta bukan hanya untuk dimiliki, tetapi untuk dinikmati setiap hari.

Hadiah-hadiah hari ibu yang hadir dengan sederhana, namun cukup untuk membuatkan dirinya rasa dihargai dalam cara paling tulus dan elegan.

Hadiah Hari Ibu Tak Semestinya Sempurna, Semak 8 Idea Kecil Tapi Bermakna Ini Buat Sang Ratu Hati

Kerana hakikatnya, hadiah paling bermakna bukanlah yang paling mahal atau paling mewah. Tetapi sesuatu yang akan sentiasa dicapai, digunakan dan dibawa bersama dalam setiap detik hidupnya.

8 Idea Hadiah Hari Ibu

SOL DE JANEIRO Jelly Perfume Balm, RM130

Hadiah Hari Ibu Tak Semestinya Sempurna, Semak 8 Idea Kecil Tapi Bermakna Ini Buat Sang Ratu Hati
Hadiah Hari Ibu

Sol de Janeiro Jelly Perfume Balm hadir sebagai haruman moden yang praktikal dan menyeronokkan, sesuai untuk wanita aktif yang mahu sentiasa wangi walau ke mana sahaja melangkah. Formula balm tanpa alkohol ini mencair lembut pada kulit sambil meninggalkan haruman tahan lama yang memikat sepanjang hari.

Didatangkan dalam tiga pilihan aroma ikonik Cheirosa, daripada kemanisan Cheirosa 62™, kesegaran Cheirosa 68™ hingga sensual menggoda Cheirosa 40™, setiap satunya meraikan sisi berbeza dalam diri seorang wanita. Hadiah hari ibu ini boleh didapati di semua butik Sephora dan sephora.my.

Ads

COACH Gold Parfum, RM300

Hadiah Hari Ibu Tak Semestinya Sempurna, Semak 8 Idea Kecil Tapi Bermakna Ini Buat Sang Ratu Hati
Hadiah Hari Ibu

COACH Gold Parfum meraikan wanita yang yakin dengan dirinya, elegan tanpa perlu mencuba terlalu keras. Dimulakan dengan gabungan segar pink peppercorn, epal dan bergamot, wangian ini berkembang indah bersama sentuhan almond blossom dan mawar sebelum meninggalkan jejak hangat vanila, amber keemasan serta cedarwood yang memikat.

Haruman ini bukan sekadar parfum, tetapi simbol penghargaan buat wanita yang sentiasa menjadi tempat pulang paling menenangkan. Boleh didapati di Sephora, Isetan (KLCC & The Gardens), AEON, Parkson dan ZALORA.

SOLFÉRINO PARIS Radieux White Floral, RM848

Hadiah Hari Ibu Tak Semestinya Sempurna, Semak 8 Idea Kecil Tapi Bermakna Ini Buat Sang Ratu Hati
Hadiah Hari Ibu

Solférino Paris Radieux White Floral membawa aura elegan seorang ibu melalui gabungan bunga gardenia dan melur yang lembut, disempurnakan dengan sentuhan sitrus segar serta kehangatan cedar dan vanila yang memeluk indah pada kulit.

Haruman ini terasa klasik, mewah dan penuh ketenangan seperti pelukan seorang ibu yang sentiasa menjadi rumah paling damai. Boleh didapati di kaunter Seibu, The Exchange TRX.

FREDERIC MALLE Contre-Jour, RM1,600

Hadiah Hari Ibu Tak Semestinya Sempurna, Semak 8 Idea Kecil Tapi Bermakna Ini Buat Sang Ratu Hati
Hadiah Hari Ibu

Buat ibu yang hadir dengan jiwa berani, penuh karakter dan tidak takut menjadi dirinya sendiri. Frederic Malle Contre-Jour menitip haruman unik Everlasting Flower yang hangat dan sensual, dipadankan dengan sentuhan mawar liar serta sandalwood yang mewah dan memikat.

Ads

Wangian ini terasa berani, artistik dan sukar dilupakan, sama seperti seorang ibu yang membesarkan anak-anak dengan caranya sendiri, penuh keyakinan dan kasih yang luar biasa. Boleh didapati di escentials The Exchange TRX dan SEIBU.

ANASTASIA BEVERLY HILLS ArchiBrow Pencil, RM141

Hadiah Hari Ibu Tak Semestinya Sempurna, Semak 8 Idea Kecil Tapi Bermakna Ini Buat Sang Ratu Hati
Hadiah Hari Ibu

Seorang ibu selalunya tidak punya banyak masa untuk dirinya sendiri. Namun dengan sentuhan kecil yang tepat, dia tetap mampu tampil kemas dan berseri walaupun dalam hari paling sibuk. Anastasia Beverly Hills ArchiBrow Pencil hadir dengan hujung ultra halus yang membantu membentuk kening secara natural, seolah-olah efek microblading dalam hanya beberapa saat.

Formula tahan lama dan tidak mudah comot ini memudahkan rutin solekan harian menjadi lebih pantas, ringkas dan elegan. Boleh didapati di semua butik Sephora dan sephora.my.

SHISEIDO New TechnoSatin Gel Lipstick, RM130

Hadiah Hari Ibu Tak Semestinya Sempurna, Semak 8 Idea Kecil Tapi Bermakna Ini Buat Sang Ratu Hati
Hadiah Hari Ibu

Ada ibu yang cukup selesa tampil sederhana, namun tetap meninggalkan aura elegan ke mana sahaja dia melangkah. SHISEIDO New TechnoSatin Gel Lipstick hadir dengan pilihan rona merah jambu moden yang mampu menyerlahkan kecantikan semula jadi wanita dalam cara paling lembut dan sofistikated. Tekstur gelnya terasa ringan di bibir, melembapkan sepanjang hari dan memberi kemasan cantik tanpa rasa melekit atau berat.

Ads

Sama ada untuk gaya natural harian atau sentuhan glamor yang lebih playful, gincu ini membolehkan ibu mencipta versinya sendiri tentang kecantikan. Boleh didapati di butik SHISEIDO, Isetan, AEON dan Parkson terpilih seluruh Malaysia.

ORIBE Eternal Curls Polish & Protect Oil, RM264

Hadiah Hari Ibu Tak Semestinya Sempurna, Semak 8 Idea Kecil Tapi Bermakna Ini Buat Sang Ratu Hati
Hadiah Hari Ibu

ORIBE Eternal Curls Polish & Protect Oil dicipta khas untuk meraikan kecantikan semula jadi melalui gabungan 17 minyak botanikal mewah seperti castor seed, aprikot dan kelapa yang membantu melembapkan, melembutkan serta mengawal rambut kusut tanpa membuatkan rambut terasa berat.

Diperkaya dengan antioksidan dan asid lemak penting, minyak rambut ini bukan sahaja membantu menyerlahkan bentuk ikal yang lebih cantik, tetapi turut melindungi rambut daripada kerosakan harian. Boleh didapati di KENS Apothecary terpilih, Seibu TRX, Makeover Hair Studio, Andy Ho Haute Coiffure, Hair Zone Studio by Michael Poh dan Neore Salon.

SHISEIDO ULTIMUNE™ Power Infusing Serum, RM335

Hadiah Hari Ibu Tak Semestinya Sempurna, Semak 8 Idea Kecil Tapi Bermakna Ini Buat Sang Ratu Hati
Hadiah Hari Ibu

Dalam kesibukan menjaga keluarga, kadangkala ibu terlupa bahawa dirinya juga layak diraikan dan dihargai. SHISEIDO ULTIMUNE™ Power Infusing Serum hadir sebagai ritual penjagaan kulit mewah yang membantu menguatkan ketahanan semula jadi kulit agar tampak lebih sihat, anjal dan berseri dari hari ke hari.

Teksturnya ringan, menyerap sempurna dan memberi hidrasi mendalam tanpa rasa melekit, menjadikannya pelengkap rutin harian yang cukup praktikal untuk wanita moden. Boleh didapati di semua butik SHISEIDO, kaunter terpilih seluruh negara, Sephora serta secara online di Shiseido Official Online Store, Shopee, Lazada dan Sephora.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/ibu-daiyan-trisha-dr-samsiah-mohd-nor/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Bahaya Hipertensi, Silent Killer Yang Rosakkan Jantung Tanpa Sedar

Hipertensi digelar silent killer kerana boleh merosakkan jantung, salur darah dan buah pinggang tanpa simptom jelas. Ketahui bahaya, punca dan cara mencegah tekanan darah tinggi sempena Hari Hipertensi Sedunia 2026.