Lebih 30 tahun menghubungkan penonton Malaysia dengan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di Eropah, selayaknya wanita berusia 60 tahun ini diberi penghormatan tersebut.
Haliza yang mula berkhidmat sebagai wakil TV3 di London sejak tahun 1993, memainkan peranan penting dalam menyampaikan laporan berita semasa serta laporan khas dari United Kingdom dan seluruh Eropah.
Menerusi pengalamannya yang luas dan ‘mahal’ di samping kredibiliti dalam bidang kewartawanan, graduan ekonomi dari Cardiff University ini menjadi aset bernilai kepada industri media dan akademik.
Mengimbau perjalanan kariernya, Haliza bermula di Bilik Berita TV3, Jalan Liku, Bangsar pada awal 1990-an sebagai wartawan penyiaran untuk segmen berita dan program Money Matters dari Februari 1991 hingga Januari 1993 sebelum mengambil keputusan berani menjadi koresponden di London.
Beliau bermula dengan menyertai beberapa persatuan media antarabangsa, memperkenalkan diri kepada jabatan dan agensi kerajaan Malaysia di London serta membina rangkaian dengan kementerian utama di sana.
Ads
“Pada 90-an saya mengupah jurukamera luar, menyewa studio suntingan, menghantar visual menggunakan satelit dan menghantar teks laporan melalui faks ke bilik berita. Beruntung wartawan pada zaman kini, boleh menulis skrip dan merakam visual dengan telefon pintar.
“Sebagai wartawan solo adakala saya rindukan keakraban bersama rakan kerja, kru dan suasana bilik berita. Namun, kelebihan tugasan secara solo membolehkan saya bergerak dengan lebih mudah, pantas dan menjimatkan kos,” kata ibu kepada dua cahaya mata berusia 30 dan 26 tahun ini.
Kebanyakan liputan dilakukan Haliza meliputi pelbagai peristiwa bersejarah antaranya tragedi MH17 di Ukraine, pengeboman London 7/7, kebakaran Grenfell Tower, sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth II, serta pertabalan Raja Charles III.
Beliau juga berpeluang menemu bual tokoh-tokoh tersohor seperti Perdana Menteri UK terdahulu iaitu Margaret Thatcher dan Tony Blair, Jacques Chirac (bekas Presiden Perancis) dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ads
Sumbangan
Di sebalik kesibukan sebagai wartawan, Haliza juga aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan sebagai Pengerusi MERCY Humanitarian UK dari 2015 hingga 2024, terlibat misi bantuan ke Lubnan, Bangladesh, dan Maghribi sambil menghasilkan laporan khas dari kawasan bencana selain merintis inisiatif Talian Kasih MERCY, sebuah platform sokongan kesihatan mental rakyat Malaysia di UK dan Eropah.
Ketika pandemik COVID-19, usahanya mengagihkan ribuan unit set peralatan perlindungan diri (PPE) kepada pusat-pusat kesihatan di UK mendapat pengiktirafan melalui Anugerah Golden Hearts.
Selain itu, Haliza turut berkongsi pengetahuannya di pelbagai bengkel kewartawanan, ceramah awam, dan sesi mentor pelajar universiti di Malaysia dan UK menjadikan beliau bukan sahaja wartawan berkaliber tetapi juga pembimbing kepada generasi baharu wartawan.
Pada 2023, beliau turut menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong.
Ads
Terbaharu, Haliza dilantik sebagai Profesor Adjung di Universiti Malaya selama dua tahun.
Surat pelantikan disampaikan secara rasmi oleh Naib Canselor UM, Datuk Seri Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman dalam satu majlis ringkas yang diadakan di London baru-baru ini.
Kini, beliau giat menulis sebuah memoir yang merakamkan pengalaman peribadi, kisah di sebalik tabir laporan serta pandangannya mengenai dunia media yang semakin dinamik dan kompleks.
Pelantikan itu juga inisiatif Universiti Malaya dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama tokoh profesional, korporat dan pemimpin yang telah mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing, demi merealisasikan aspirasi universiti ke arah kecemerlangan global.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika pertama kali memuat naik gambarnya berpenampilan sopan dan bertudung labuh di Instagram sekitar Ogos beberapa tahun lalu, pelakon jelita Izara Aishah menarik perhatian peminat dan warganet sekaligus mencetuskan tanda tanya adakah dia sudah mula bertudung.
Ketika itu, pemenang tempat ke-2 Pencarian Dewi Remaja 2010/2011 ini terus mencetuskan tanda tanya apabila dia turut menutup ruangan komen di posting tersebut.
Lebih menguatkan spekulasi, Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin ini bertindak memadam semua gambar lamanya yang tidak bertudung di Instagram.
Penghijrahan Izara Di Sambut Baik Peminat!
Penghijrahan pelakon berusia 31 tahun ini yang tampil sopan dan bertudung labuh mendapat reaksi positif di kalangan warganet yang turut gembira dengan perubahannya.
Menurut menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini, penghijrahannya itu bukanlah alasan untuk dia tidak menjaga penampilan dan kecantikan seperti biasa.
Malah, pelakon filem Kau Yang Satu Ini turut berkongsi satu hadis yang menyebut Allah SWT menyukai umatnya yang menjaga kebersihan dan kecantikan. Namun, perlu berpada-pada dan jangan menimbulkan rasa riak.
Melihat kepada penampilan terkini Izara sejuk mata memandang. Cantik luar dan dalam walau bergelar ibu serta isteri.
Walau bertudung labuh tetapi Izara tetap ada ‘taste’ tersendiri dalam berfesyen. Semoga Izara kekal istiqamah dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Untuk rekod, pada tahun 2017 Izara berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid yang merupakan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza. Mereka dikurniakan seorang puteri bernama Irisa Alaia.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Semalam NONA melaporkan berlangsungnya majlis resepsi persandingan Dr Amalina dan suami bersama bersama keluarga dan teman rapatnya di Equatorial Hotel Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Dr Amalina Che Bakri sah bergelar isteri kepada seorng jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac 2021.
Selain hadir meraikan Aidilfitri di tanah air, Dr Amalina juga sempat merancang dan mengadakan majlis perkahwinan di Malaysia selepas tertangguh sekian lama berikutan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan di UK.
Mengayakan persalinan rona pastel hasil ilham Cosry, Dr Amalina dan suami turut diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara sambil dihadiri ramai rakan rapat antaranya Dr Beni Rusani, Dr Jaseem, Nicol David dan ramai lagi.
Tidak ketinggalan meraikan hari istimewa Dr Amalina sudah semestinya adik Ainul Mardhiah bersama keluarga yang menyarung persalinan berona hitam malah sempat bergambar bersama mempelai yang diraikan.
Selain kecomelan anak Dr Amalina, Arabella Mia sudah pastinya mata dan tumpuan tertarik kepada adik Ainul Mardhiah yang dilihat semakin membesar dan ceria.
Dan sudah pasti keluarga Ainul tidak melepaskan peluang bersama Dr Amalina yang menjadi salah seorang individu yang membantu adik Ainul Madhiah kembali sihat seperti sediakala.
Di laman Facebook ayah kepada Ainul, Ahmad Safiuddin turut berkongsi kisah bagaimana Dr Amalina yang bersungguh mahukan Ainul menghadiri majlis persandingannya.
“Sebelum majlis ini berlangsung, Dr Amalina selalu whatsapp isteri tanya Ainul boleh datang ke tak. Dr Amalina kata kami wajib datang. Beliau nak kami ada sekali dalam majlisnya.
Semalam petang pun sebelum event dia sempat whatsapp cakap ” kita jumpa malam ni ye “. Tak sabar nak jumpa ainul.
Walaupun jauh, dan dah 5 tahun berlalu, Dr Amalina sentiasa tanya keadaan Ainul secara personal.
Tahun lepas Dr Amalina ada balik Malaysia sekejap pun dia cuba curi masa untuk berjumpa dengan Ainul.
Semalam tak sempat nak ambil gambar Ainul & Bella. InshaAllah next time 😉
Alhamdulillah, apa pun dalam misi menyelamatkan Ainul dahulu, ramai orang orang baik yang Allah swt kirimkan untuk Ainul. Terlalu ramai sehingga saya tak mampu nak sebutkan satu per satu terutamanya rakyat Malaysia.
Tanpa bantuan rakyat Malaysia, misi ini mungkin tidak akan berjaya. Tanpa para doctors & professional, misi ini tidak akan berjaya. Tanpa doa-doa, misi ini juga tidak akan berjaya. Banyak pihak yang ambil peranan dalam misi itu dahulu dan kami sekeluarga sangat berterima kasih.
Semuanya saling memerlukan tanpa mengira pangkat, kaum & agama.”
Untuk rekap, ksah penderitaan Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalankan pembedahan di London, United Kingdom (UK), bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya ketika kanak-kanak itu berusia sembilan bulan pada Jun 2019.
Ketumbuhan pada mulutnya mula membesar sejak dilahirkan dan dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
NONA teruja melihat kehadiran adik Ainul Mardhiah yang hadir meraikan perkahwinan ‘hero’ hatinya. Semoga adik Ainul kekal sihat dan membesar dengan sihatnya.
Kredit foto: FB Ahmad Safiuddin
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti putih gebu ini nyata bijak mengadun gaya dan sentiasa tampil anggun dalam setiap acara yang dihadirinya. Apa sahaja yang digayakan oleh Nora Danish memang kena dan tepat dengan dirinya. Kesempatan bertemu dengan ibu kepada tiga orang anak ini di sebuah majlis terdahulu, Nona tidak melepaskan peluang untuk bertanya tentang pengurusan bisnes wanita menawan ini.
“Saya keluarkan produk terbaharu iaitu Taraa V-mist. Jadi sekarang saya sedang tumpukan perhatian pada produk tersebut,” kata Nora Danish yang juga mempunyai dua perniagaan lain iaitu Salun Karva dan jenama pakaian OwlbyNd.
Bila dah jumpa pelakon kesayangan ramai ini, tak lengkap sekiranya tak bertanya tentang anak-anaknya. “Rasa macam cepat masa berlalu. Rindu nak ada baby, especially baby girl sebab saya dah ada 3 anak lelaki. Kalau diberikan rezeki Nora nak anak perempuan. Insyaallah sebelum berumur 40 tahun ni,” ucap pelakon yang berusia 37 tahun ini.
Menyingkap kisah kelahiran Nora Danish terdahulu, “Kalau ikutkan saya ada rasa takut nak mengandung lagi sebab lastest baby lahir di usia 8 bulan sebab ada komplikasi fibroid. Takut tapi macam nak tambah anak juga,” tutur Nora Danish berseloroh.
Nora Danish sempat menitipkan nasihat kepada semua wanita agar sentiasa menjaga kesihatan, “Nasihat saya kepada semua wanita agar selalu buat medical check up, pap smear dan sebagainya. Ini penting supaya kita tahu tahap kesihatan dalaman. Kalau ada benda-benda (ketumbuhan) macam tu elok kita buang sebab takut boleh mendorong kepada kanser. Sentiasa buat check up sekurang-kurangnya setahun sekali.
Foto: Instagram @noradanish
Saya sendiri tak buat check up sebab tu tak tahu ada fibroid. Jangan amalkan sikap selalu ambil sambil lewa tahap kesihatan kita. Ingatan ini penting terutama wanita yang lepas melahirkan anak wajib check up,” ungkap Nora Danish yang sudah membuang fibriodnya.
Foto: Instagram @noradanish
*Masa PKP ni, usah bimbang nak keluar beli barang, tengok kat sini pun boleh.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!