
Universiti Oxford akan mewujudkan anugerah khas sebagai tanda penghargaan terhadap saintis kelahiran Malaysia, Mendiang Dr Ling Felce yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 1 Mac lalu.

Mendiang Dr Ling Felce disifatkan universiti itu sebagai seorang saintis yang memiliki pemikiran luar biasa selepas mendiang melakukan kajian tindak balas imun terhadap COVID-19 sebelum kematiannya.
Menurut laporan portal berita BBC News, pengenalan anugerah khas tersebut akan diiringi bantuan kewangan untuk menyokong bimbingan latihan kepada penyelidik-penyelidik baharu.
Gambar Hiasan
Mendiang Dr Ling Felce merupakan tulang belakang di sebalik pembangunan biologi pengkomputeran sebaik tamat Program Latihan Data Sains Bioperubatan di Institut Perubatan Molekul MRC Weatherall.

Sehubungan itu, Akademi Sains Perubatan Universiti Oxford (CAMS) akan mewujudkan Anugerah Ling Felce yang menawarkan bantuan kewangan untuk anak muda yang berminat mengikuti program bergelar penyelidikan biologi pengkomputeran.
Info mengenai Mendiang Dr Ling Felce:
- Dr Ling dilahirkan di Malaysia pada 1986 dan berpindah ke London pada 1991 bersama keluarganya.
- Pada 2005, dia melanjutkan pengajian ke Universiti Oxford bagi mengikuti pengajian dalam jurusan biokimia dan mendapat ijazah doktor falsafah di Jabatan Farmakologi Klinikal Universiti Oxford.
- Ibu kepada dua cahaya mata berusia tiga dan lima tahun itu bekerja sebagai saintis dan baru-baru ini menjalankan penyelidikan mengenai tindak balas imun manusia terhadap Covid-19 serta kanser.
-
Foto:www.thisisoxfordshire.co.uk/ - Suami Dr Ling yang dikenali sebagai James Felce menyifatkan Wong sebagai ‘cahaya’ keluarga dan dia sekeluarga sangat sedih kehilangannya pada usia begitu muda di saat mempunyai begitu banyak impian untuk diri mendiang dan anak-anak.
- Dr Ling juga digambarkan rakannya sebagai bijaksana, mudah mesra dan seorang yang optimistik.
- Dr Ling dipercayai sedang berbasikal apabila sebuah lori merempuhnya di persimpangan St Clement’s Street dan The Plain di Oxford.
- Oxford Mail melaporkan Dr Ling meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian susulan mengalami kecederaan parah akibat kemalangan menimpanya itu.
- Robert Whiting, 39, hadir di Mahkamah Majistret Oxford untuk didakwa kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian ketika berada bawah pengaruh dadah.
-
Foto:www.thisisoxfordshire.co.uk/ - Suspek juga didakwa kerana memandu tanpa lesen dan insurans.
- Dia kini ditahan reman dan dijangka hadir di Mahkamah Oxford Crown pada 28 Mac.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


Foto:www.thisisoxfordshire.co.uk/
Foto:www.thisisoxfordshire.co.uk/

Selebriti popular yang kini berusia 51 tahun itu terpilih untuk membuat penampilan khas sempena pelancaran koleksi terbaharu jenama tersebut bertemakan ‘Sempurnakan Hijrah Cinta’.
“Bagi saya, dalam apa sahaja yang kita lakukan, buatlah sepenuh hati. Hargailah setiap momen, kreativiti, keindahan dan usaha masing-masing.
Kesemua rekaan bakal dilancarkan bermula Oktober 2022 sehingga Mac 2023 secara berperingkat.
“Munawwareen mahu dikenali dengan identiti fesyen Islamik yang berusaha mengikuti landasan Syariah. Sekarang kita dapat lihat lebih ramai wanita bijak berfesyen meskipun menutup aurat dengan sempuma,” kongsi Pengasas dan Pengarah Urusan Munawwareen Holdings Sdn Bhd, Datin Aliza Abu Bakar.
Munawwareen turut melancarkan lagu rasminya berjudul Munawwareen mewakili jenamanya ciptaan Hafiz Hamidun. Ia dinyanyikan oleh Ernie Zakri.














