Apabila terpacul sahaja nama pelakon terkenal Bollywood yang satu ini pasti sudah terbayangkan imej seksi dan menggoda. Bukan sahaja hebat berlakon Kareena Kapoor juga pandai menari. Berilah apa sahaja watak kepadanya, pasti akan menjadi dan terkesan di hati peminatnya.
Pada Ogos lalu Kareena Kapoor bersama suaminya, Saif Ali Khan telah mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua tak lama lagi. Pasangan popular Bollywood ini telah berkahwin pada tahun 2012.
Kareena telah melahirkan anak pertamanya yang diberi nama Taimur Ali Khan pada tahun 2016. Wajah kacak anak sulung yang digelar Tim Tim oleh adik kepada pelakon terkenal Bollywood, Karisma Kapoor ini benar-benar mencuri tumpuan.
Terserlah wajah keibuan Kareena Kapoor ketika melayan anak sulungnya itu. Sebelum ini, bintang yang berusia 40 tahun ini pernah memberi bayangan untuk hamil sekali lagi ketika anak sulungnya berusia dua tahun. Lihat sahaja gaya Kareena Kapoor ketika mengandung, tetap cantik dan anggun.
Walaupun telah mempunyai anak sendiri, Kareena Kapoor telah menonjolkan sisi baik sebagai ibu tiri. Pelakon filem Kabhi Khushi Kabhie Gham ini telah melayan dengan baik anak-anak suaminya pada perkahwinan terdahulu bersama Amrita Singh.
IKLAN
Foto: Instagram @saraalikhan95
Apa yang menariknya apabila anak tirinya, Sara Ali Khan mengatakan bahawa dirinya merupakan peminat setia kepada Kareena Kapoor walaupun sebelum bapanya mengahwini wanita itu. Sara Ali Khan juga sudah mula menjinakkan diri dalam industri perfileman Bollywood.
IKLAN
Foto: Instagram @therealkareenakapoor
Menurut Sara Ali, hasil kerja ibu tirinya dalam industri seni sangat dikagumi. Kareena Kapoor sangat profesional dan selalu beri yang terbaik dalam bekerja. Gaya Kareena Kapoor bekerja telah menyuntik inspirasi kepadanya untuk berjaya dalam dunia lakonan Bollywood.
Kejelitaan Lady Diana sememangnya menjadi fokus perbualan sehingga ke hari ini. Anak saudaranya, Lady Kitty Eleanor Spencer dikatakan mirip wajah ibu kepada pewaris takhta keluarga diraja Britain ini. Kehidupan Lady Kitty sebagai anak saudara Lady Diana sudah pasti membuatkan dirinya menjadi tumpuan dunia.
Keluarga Lady Diana juga bukan calang-calang dan terdiri daripada golongan bangsawan yang ternama di sana. Lady Kitty Eleanor Spencer merupakan anak kepada Charles Spencer yang merupakan adik lelaki kepada Lady Diana. Secara tak langsung Putera William dan Putera Harry adalah sepupu rapatnya.
Graduan dari Cape Town Universiti ini merupakan duta kepada sebuah badan kebajikan yang membantu gelandangan muda, Centrepoint. Wanita cantik yang berusia 30 tahun ini juga aktif mengumpul dana untuk kebajikan kanak-kanak yang memerlukan di sana.
Baru-baru ini wanita yang mempunyai kerjaya sebagai peragawati ini telah mengumumkan perkahwinannya dengan seorang Billionaire yang juga Pengerusi kepada sebuah syarikat fesyen, Foschini Group.
Suaminya, Michael Lewis yang berusia 62 tahun dikatakan 5 tahun lebih tua daripada ayah Lady Kitty sendiri. Beza 32 tahun bukan halangan buat pasangan ini untuk menoktahkan cinta mereka dengan sebuah perkahwinan. Cinta tak kenal usia, kan.
Dikhabarkan cincin pertunangan saja dianggarkan bernilai lebih RM1.6 juta (£300,000). Mesti perkahwinan pasangan sensasi ini penuh dengan kemewahan. Majlis ini telah dilakukan secara tertutup di Rom, Itali dan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat. Lady Kitty kelihatan jelita menggayakan gaun perkahwinan rekaan Dolce&Gabbana.
Seperti golongan bangsawan yang lain, gadis yang dilahirkan di London ini juga bergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan. Lady Kitty merupakan duta kepada sebuah badan kebajikan yang membantu gelandangan muda, Centrepoint. Wanita cantik ini juga aktif mengumpul dana untuk kebajikan kanak-kanak yang memerlukan di sana.
Zaman kian pantas bergerak. Jika lambat, anda akan ketinggalan. Biarpun kehidupan anda sebagai wanita hanya lebih memfokuskan kepada urusan keluarga dan hal di rumah sahaja, usah biarkan semua ini menjadi penghalang untuk menjana pendapatan sendiri. Kewujudan pelbagai medium dan laman sosial yang menjual bermacam-macam produk dagangan hari ini turut membolehkan anda bergelar ‘usahawan dari rumah’.
Tidak sekadar untuk kepuasan diri, ia juga penting untuk menempuh kesulitan yang tidak dijangka. Ini antara sebab kenapa anda harus mencari duit sendiri mulai sekarang!
Tabung Kecemasan
Meskipun anda seorang suri rumah, amat penting untuk menyediakan tabung kecemasan ini. Bukan hanya sebagai persiapan menghadapi situasi yang tidak diingini bahkan ia juga penting sekiranya anda memerlukan wang untuk membeli barang keperluan anak-anak ketika suami bekerja outstation. Lebih-lebih lagi bila duduk berjauhan daripada keluarga. Setidak-tidaknya inisiatif anda bukan hanya mengurangkan kebergantungan kepada suami dan keluarga malah membuktikan anda seorang wanita yang bijak serta mampu berdikari.
Simpanan Kewangan Anak-anak
Jangan jadikan diri anda yang tidak bekerja atau hanya sebagai suri rumah sebagai alasan untuk tidak menyimpan duit untuk si manja. Dengan teknologi dan dunia tanpa sempadan hari ini, anda pun boleh meraih pendapatan sendiri hanya dari rumah. Duit keuntungan yang diterima boleh dibahagikan untuk tabung kecemasan dan simpanan anak-anak terutamanya bagi membiayai pendidikan dan kesihatan mereka.
Penyelamat Suami
Ia bukanlah satu kewajipan kepada para isteri namun tidak salah untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan suami jika anda berkemampuan. Alam rumah tangga memerlukan sikap tolak ansur dan saling memahami di antara suami serta isteri. Misalnya, jika anda menginginkan kereta yang lebih selesa bantu mereka membayar deposit atau sebagainya.
Duit Perbelanjaan Ibu Bapa
Adalah baik jika anda dapat memberi duit bulanan kepada ibu bapa tanpa menggunakan duit suami. Pastikan anda beri mengikut kemampuan diri dan paling utama jangan sampai tidak memberi langsung. Walaupun mereka tidak meminta, tapi sebagai anak pastinya anda juga berkeinginan untuk membalas jasa ibu dan bapa bukan?
Sedekah
Apabila sudah ada duit dan pendapatan sendiri, bila-bila masa pun boleh bersedekah tanpa tunggu nafkah daripada suami. Lagi pula jika beri dengan duit sendiri, anda akan rasa lebih puas. Sambil bersedekah titipkan doa dalam hati agar anda sekeluarga dimurahkan rezeki .
Hargai Diri Sendiri
Sebagai wanita, keinginan untuk membeli bermacam-macam benda tidak akan pernah habis. Apabila ada wang sendiri, anda bebas untuk membeli apa saja. Mahu ke pusat kecantikan, beli pakaian kegemaran atau beg tangan berjenama? Semuanya boleh anda miliki. Namun ingat, supaya tidak boros dan akhirnya terpaksa meminta duit lagi daripada suami. Berpada-padalah untuk ‘menghargai’ diri sendiri. SUZIANA ABU DAUD
Seronok dengar pengalaman Betty Banafe mengerjakan umrah baru-baru ini. Lebih teruja, bila ibu dua cahaya mata tersebut berada di Tanah Suci Mekah pada 10 malam terakhir Ramadan. MashaAllah, itulah waktu yang paling ditunggu-tunggu dan umat Islam berlumba-lumba mendirikan solat serta memuji kebesaran Yang Maha Esa dalam mengejar malam istimewa, Lailatul Qadar.
Tiba di Mekah bersama Erra Fazira dan dua kenalan yang lain, Betty yang sebelum ini sudah pun beberapa kali menjejakkan kaki di sana tetap seronok menjadi tetamu Allah.
Dedahnya dalam live Instagram bersama Nona, “Seronok, semalam je lain sedikit cuacanya di mana ribut angin. Buat pertama kalinya sewaktu Ramadan ini ribut angin yang kuat sangat sampai kita terpelanting-pelanting.
Walau kita berdiri tegak, kita terbawa oleh angin. SubhanAllah macam kisah kejadian ribut suatu ketika dulu di Mekah tapi tak seteruk dulu. Yang ni ribut angin saja, mata sakit kena pasir. Yang kali ini, kita berdiri kita terbawa angin. Erra pun sampai tertolak-tolak.”
Bermaknanya Ramadan tahun ini, Betty dan Erra dapat melaksanakan ibadah umrah sebanyak dua kali sepanjang 10 Ramadan terakhir. Alhamdulillah.
Ditanya kelainan di Mekah pada kali ini, kongsi pelakon, usahawan dan aktivis berkenaan, “Yang lain di sini setelah pandemik, kami lakukan solat tarawih 10 rakaat saja dan tahajud 10 rakaat. Tarawih lepas Isyak dan habis dalam pukul 10 malam. Kemudian kami rehat dan solat tahajud dari pukul 12.45 pagi dan kita habis pukul 2 pagi.
Lagi satu suasana di sini biasanya Ramadan orang berlumba-lumba bersedekah kan. Banyak yang mengirim sedekah dan sebagainya. Masalahnya pada kali ini, tak dibenarkan diedarkan sedekah di dalam dan di luar masjid. Kita ditahan dan tak boleh.
Jadi apa yang kita buat adalah secara sembunyi-sembunyi atau pun letak duit di masjid kepada salah satu aplikasi yang disediakan untuk kita biarkan masjid yang urus sedekah. Yang keduanya, takkan nampak sedekah di luar sama ada kita letak duit di kedai atau restoran di sini untuk diberi makanan percuma kepada mereka di luar.
Mereka harus tahu restoran mana yang boleh untuk sedekah. Kita tak boleh edar. Pandemik ubah semua norma hidup termasuk norma hidup di Saudi. Banyak yang kerajaan cuba ubah dari cara pemikiran, cara sedekah dan sebagainya.
Lagi satu, dia nak galak sedekah ikut aplikasi yang mereka disediakan. Supaya duit mereka dapat uruskan. Bagi mereka yang nak bersedekah juga, mereka kena pandai-pandai buat, pandai simpanlah. Tak boleh di depan mata polis tapi boleh di bawah jambatan. Makanan semua daripada masjid.”
Sebelum saya setuju untuk pergi (umrah). Saya tak tahu bagaimana Allah atur perjalanan saya ke Tanah Suci. Erra dah confirmed, saya belum confirm. Di Malaysia, saya selalu baca Labbaik allahumma Labbaik waktu saya driving. Dalam hati kata, ‘Ya Allah Kau jemputlah aku. Aku tak tahu caranya Tuhan. Tapi Kau jemputlah aku, permudahkanlah kerja-kerja aku semua.’
Dalam keadaan saya nak shoot drama ni, kita minta dengan Tuhan. Kita sujud minta untuk dipanggil nanti Allah atur perjalanan kita jadi mudah. Jadi kita mengharapkan perkongsian kita ini menjadi inspirasi kepada mereka yang follow dan melihat kita. Mudah-mudahan satu hari mereka juga akan sampai ke Tanah Suci ini.”
Ditanya bagaimana perasaan terpaksa meninggalkan anak-anak demi menyahut panggilan Allah mengerjakan umrah kali ini, Betty dalam penuh tabah berkata, “Tak ada istilah tak risau anak-anak. Kita kena fokus beribadat. Nikmat beribadat di sini tak dapat saya ungkapkan. Satu kenikmatan beribadat apabila kita menangis, mengadu, berserah dan tak ada siapa kenal kita. Nak masuk masjid pun anytime.”
Semoga pemergian Betty mengerjakan umrah diberkati dan mendapat umrah yang mabrur.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...