
Jenama kecantikan, SKKN by Kim yang dimiliki oleh selebriti dan usahawan terkenal, Kim Kardashian diumumkan telah ditutup secara rasmi baru-baru ini. Produk penjagaan kulit dan solekan tersebut telah beroperasi selama tiga tahun.

Dipetik daripada laman sesawang Six: –
“Dengan penuh rasa terima kasih, kami ingin memaklumkan bahawa SKKN by Kim akan menamatkan operasinya.”
“Meskipun begitu komitmen terhadap inovasi, penjagaan diri, dan keyakinan diri yang dibawa oleh SKKN akan terus hidup melalui cara-cara baharu yang lebih menarik.”

Keputusan ini sebenarnya tidak begitu mengejutkan.
Terdahulu, Kim Kardashian dilihat lebih konsisten menumpukan perhatiannya terhadap jenama pakaian dan shapewear.
Alami Kerugian
Jenama kecantikan milik Kim Kardashian menanggung kerugian sebanyak 71.1 juta dolar AS daripada penjualan produk kecantikan, selepas mereka membuat pelaburan dalam KKW Beauty.

BACA JUGA: Konsep Minimalis, Intai Kediaman KIM KARDASHIAN Yang Berharga RM101 juta!
Sejak awal, perkembangan produknya berhadapan masalah. Salah satunya kerana rangkaian produk penjagaan kulitnya dijual pada harga yang agak tinggi, iaitu lebih daripada 600 dolar AS atau sekitar RM10 ribu. Hal ini menyukarkan para peminat untuk memiliki produk kecantikan milik selebriti berusia 44 tahun ini.
View this post on Instagram
Bakal Buat Kemunculan Semula Pada 2026
Pada 2024, Kim Kardashian mengambil langkah baharu dengan melancarkan semula rangkaian produk kosmetiknya. Dalam pelancaran tersebut telah diperkenalkan produk-produk seperti lip liner, bedak serta palet eyeshadow.
Pun begitu, langkah tersebut tidak mampu memberikan hasil yang memuaskan.

Kim Kardashian tidak sepenuhnya berundur daripada dunia kecantikan. Menurut khabar angin yang tersebar, ibu kepada empat orang anak ini dikatakan bakal membuat kemunculan semula dalam industri kecantikan dengan pelancaran produk baharu pada 2026.
Jenama tersebut dijangka akan memperluaskan lagi empayar perniagaan Kim Kardashian dalam bidang fesyen dan kosmetik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!

























