Ads

Hanya Makan Menu Sihat & Rajin Workout, Tak Hairanlah Jennifer Lopez ‘Fit’ Usia 57!

Jennifer Lopez 'Fit' Usia 57 Tahun
Jennifer Lopez 'Fit' Usia 57 Tahun

Cemburu tengok penampilan dan susuk tubuh ideal Jennifer Lopez! Mana tidaknya, bintang superstar tersebut bukan saja cantik. Tetapi juga langsing dan memiliki stamina macam orang muda. Lebih menarik, pada usia sudah pun mencecah lewat 50 tahun JLo mampu mengekalkan tubuh badan ramping dan ada ‘six-pack’. 

Bila umur sudah mencecah usia lebih separuh abad dan dikurniakan tubuh ramping seperti ini, masuk kategori luar biasa dah tu! 

Artikel https://www.nona.my/poh-ling-yeow-perkenal-kuih-lapis-karipap-koci-peserta-masterchef-australia-kagum-keunikan-kulinari-malaysia/

Jennifer Lopez Jaga Stamina Usia 57 Tahun

Hanya Makan Menu Sihat & Rajin Workout, Tak Hairanlah Jennifer Lopez ‘Fit’ Usia 57! Hanya Makan Menu Sihat & Rajin Workout, Tak Hairanlah Jennifer Lopez ‘Fit’ Usia 57!

24 Julai lalu, genap 57 tahun usia Jennifer Lopez atau terkenal dengan nama julukan JLo. Tidak hanya mempersonakan dari segi bentuk tubuh dan wajah awet muda malah stamina selebriti ternama Hollywood ini pun tidak kurang hebatnya. 

Dalam usia lebih daripada separuh abad ini kecergasan JLo di atas pentas amat mengagumkan.  

Ads

Memetik kenyataan JLo kepada Harpers Bazaar, stamina dan tubuh badan yang dimiliki hari ini adalah hasil daripada pemakanan sihat dan rejim kecergasan yang sangat ketat. Malah, ibu kepada dua anak ini akui mengelak daripada pengambilan kafein, alkohol dan snek yang boleh merosakkan badan. 

Jadi, demi memastikan bentuk tubuh kekal menawan JLo memilih snek berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan segar jika terasa lapar. 

Kunci utama kepada kecantikan JLo ialah kekal hydrated. “Minum air yang banyak terutamanya sebelum work out, sebab ia bekalkan tenaga luar biasa ketika bersenam. Saya juga sudah bertahun-tahun tidak mengambil kafein dan berhenti minum alkohol sepenuhnya.” 

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jennifer Lopez (@jlo)

Hanya Makan Menu Sihat & Rajin Workout, Tak Hairanlah Jennifer Lopez ‘Fit’ Usia 57! Hanya Makan Menu Sihat & Rajin Workout, Tak Hairanlah Jennifer Lopez ‘Fit’ Usia 57!

Bukan itu saja, JLo juga sangat tegas dengan apa yang dinikmatinya setiap hari dan memastikan ia seimbang, penuh nutrisi serta tidak mengambil makanan siap diproses. Bahkan jika keluar makan ke restoran sekalipun dia memilih hidangan rendah kalori atau hanya hidangan salad. 

Ads

“Saya sentiasa bawa bersama buah-buahan atau sayur sebagai snek di antara waktu makan. Jika masih terasa lapar, saya akan nikmati protein kerana ia mengenyangkan dan bagus untuk pembentukan otot.” 

Jennifer Lopez Sebagai Ibu

Hanya Makan Menu Sihat & Rajin Workout, Tak Hairanlah Jennifer Lopez ‘Fit’ Usia 57! Hanya Makan Menu Sihat & Rajin Workout, Tak Hairanlah Jennifer Lopez ‘Fit’ Usia 57!

22 Februari lepas, anak kembar kesayangan JLo yang popular dengan nama panggilan mereka ‘Coconut’ kini mencecah usia remaja, 18 tahun. Emma Maribel Muniz dan Maximilian David Muniz dilahirkan pada 22 Februari 2008 di Long Island ketika Jennifer Lopez merupakan isteri kepada penyanyi Marc Anthony. 

Bagaimana pun pasangan ini dilaporkan berpisah selepas tiga tahun menimang cahaya mata. 

Meskipun anak-anak makin meningkat usia namun figura popular ini ‘maintain’ awet muda dan menawan. Malah kerjaya seninya juga masih berada di puncak dan aktif menghiasi kaca televisyen hingga ke hari ini.  

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Tunku Zain

Tunku Zain Al-‘Abidin Lambang Putera Negeri Sembilan Berpendidikan Tinggi, Didikan Istana...

Tunku Zain Al-'Abidin berkongsi didikan istana yang membentuk integriti, empati dan jiwa kepimpinan dalam Bicara Eksklusif bersama Nona.