Ads

Hanya Perlu 4 Bahan Ini Untuk Sediakan Snek Kerepek Rangup UBI NGARKU!

Ubi ngarku atau lebih dikenali sebagai Arrow Head sering didapati apabila tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina sahaja. Sempena kedatangan tahun anjing kali ini, snek ringan ini boleh dijadikan pilihan.

Ubi ngarku mudah diperolehi di kebanyakan pasar raya besar terutama menjelangnya perayaan masyarakat Tiong Hua ini. Ia digunakan di dalam penyediaan makanan dan turut dijadikan hidangan sampingan seperti kerepek.

Ads

Nak cuba sediakan kerepek mudah ini? Hanya 4 bahan sahaja diperlukan hasil perkongsian resipi Cef Sue M Arukin.

Ads

BAHAN-BAHAN

Ads
  • 15-20 biji ubi ngarku (arrow head)
  • Garam secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA MEMBUAT

  1.  Kupas ubi ngarku dan bersihkan. Sagat ubi ngarku nipis-nipis.
  2.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng ubi ngarku hingga keperang-perangan. Toskan.
  3.  Tabur garam dan serbuk lada hitam secukupnya.
  4.  Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Puan Sri Tiara Jacquelina Tampil Bertenaga & Awet Muda

Debaran PGL The Musical, Puan Sri Tiara Jacquelina Tampil Bertenaga &...

Melihat susuk tubuh dan penampilan Puan Sri Tiara Jacquelina pasti ramai tidak menyangka selebriti ini sebenarnya sudah pun menginjak usia 59 tahun. Meskipun menghampiri usia 60 tahun namun Puan Sri Tiara seorang wanita aktif dan sentiasa berfikiran positif.