Bandar raya Hatyai kembali menjadi tupan rakyat Malaysia selepas wabak COVID-19 semakin pulih dan pembukaan semula sempadan Thailand-Malaysia sejak 1 April lalu.
Dianggarkan seramai 220,554 pelancong Malaysia dilaporkan memasuki negara jiran itu melalui lintasan sempadan darat iaitu masuk melalui Sadao, Bukit Kayu Hitam dan Ban Prakop sejak Julai lalu.
Manakala perkhidmatan kereta api yang menghubungkan Hatyai di Thailand ke Padang Besar di Malaysia disambung semula pada Julai lalu sekali gus menjadikan perjalanan antara kedua-dua negara menjadi lebih mudah.
Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Khoo Boo Lim memaklumkan kepada Bernama. rakyat Malaysia gemar membawa keluarga bercuti di Hatyai ketika cuti sekolah.
“Perjalanan yang singkat dan murah, makanan yang sedap serta tempat penginapan yang murah antara tarikan rakyat Malaysia suka berkunjung ke Hatyai,” katanya.
Dalam pada itu, bermula 1 Oktober ini, pelancong dari 64 negara dan wilayah dalam senarai pengecualian visa termasuk Malaysia boleh tinggal di Thailand sehingga 45 hari berbanding tempoh semasa 30 hari. Jika anda merancang untuk ke Hatyai, boleh lawati ke lokasi berikut;
Ads
Hat Yai Park Municipal Park Terletak kira-kira enam kilometer dari pusat bandar Hatyai, lokasi ini menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati keindahan bandar dari puncak bukit. Lokasi ini merupakan taman keagamaan kerana di situ terletaknya statu atau patung Buddha. Antara tarikan pelancong di sini adalah patung besar Guan Yin, patung Buddha Ketawa dan patung Buddha Berdiri.
Lokasi: Kho Hong, Hat Yai District
Hatyai Cable Car Terletak di Hatyai Municipal Park, pengunjung boleh menikmati pemandangan indah sekitar bandaraya Hatyai. Tiket berharga 200 Baht (RM25) dan boleh dinaiki di stesen Thao Maha Phrom dan di Phra Buddha Mongkol Maharaj.
Ads
Lokasi: Kho Hong, Hat Yai District
Kim Yong Market Di sini terletaknya ‘syurga’ kudapan dengan harga berpatutan. Bukan sahaja makanan, untuk mereka yang berhasrat mencari cenderahati atau membeli pakaian, kasut dan banyak lagi, di sini tempatnya.
Lokasi: Sang Aretit Road
Ads
Masjid Pusat Songkhla Ramai beranggapan Thailand destinasi yang hanya sesuai untuk penganut Buddha. Namun, sebenarnya, Thailand juga mempunyai sisi yang mampu menambat hati pengunjung Muslim. Masjid Pusat Songkhla mendapat jolokan ‘Taj Mahal’ di Thailand. Reka bentuk dan saiznya yang luas menjadi pilihan pelancong untuk singgah di sini.
Lokasi: Khlong Hae, Hat Yai District
Asean Night Bazaar Salah satu lokasi tumpuan untuk beli belah di Hatyai. Bangunan dua tingkat ini menyediakan ruangan membeli pakaian, aksesori, bag tangan dan juga tersedia ratusan gerai makan yang menyelerakan.
Alamat: Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Hat Yai District
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah ke atas Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan, berkuat kuasa hari ini. Pengisytiharan tersebut secara langsung turut menamatkan penantian rakyat negeri Kelantan yang sudah lama tidak memiliki Sultanah sendiri.
Sultan Muhammad V adalah Sultan Kelantan ke-29 yang dimasyhurkan pada 13 September 2010. Berusia 53 tahun, baginda merupakan putera sulung Sultan Kelantan ke-28 dan kakanda kepada Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri.
Diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu, baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail 1 Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur dan Oakham School Ruthland di England.
Amat dikenali sebagai seorang Sultan yang warak dan berjiwa rakyat, baginda juga meminati pelbagai sukan lasak seperti kenderaan pacuan empat roda, ekuestrian, sukan memanah, menembak serta gemar memelihara hidupan liar.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membacakan pengisytiharan tersebut di Istana Balai Besar yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad.
Menurut Ahmad, pengisytiharan dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) bagi pemakluman kepada negeri dan rakyat amnya.
Dalam pengisytiharan yang sama, baginda juga memperkenankan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra iaitu isteri Tengku Mahkota Kelantan sebagai Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan. Kurniaan pangkat itu berkuat kuasa hari ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alahai, comelnya puteri kesayangan SM Faliq dan Chryseis Tan ini! 16 Julai lalu Arianna Kyla genap usia empat tahun. Berpakaian ala mermaid, seronok tengok telatah manja dan comel kanak-kanak perempuan ini.
Menatap kecomelan Arianna yang juga cucu billionaire ternama negara, Tan Sri Vincent Tan ini jelas terserlah wajahnya yang mirip bapa tersayang iaitu SM Faliq SM Nasimuddin yang juga pewaris empayar Naza Group of Companies.
Chryseis yang merupakan usahawan produk kecantikan Lumi menerusi media sosial berkongsi kemeriahan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang bertemakan Under The Sea.
Teruja dan syukur melihat Arianna membesar sihat dan menginjak usia, dedah Chryseis, “Happy 4th Birthday to my baby girl Arianna Faliq. May all your dreams and wishes come true and we hope you grow up to be a generous, beautiful and strong girl!
Good health and good luck always to you baby girl! We love you so much! You and Arman are the loves of our lives!”
Paling mencuri perhatian, gelagat Arianna Kyla menerima hadiah beg tangan mewah Hermes berwarna oren.
Chryseis Tan anak kepada billionaire terkenal Tan Sri Vincent Tan dan Puan Sri Esther Tan sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq pada Februari 2018.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular di media social baru-baru ini apabila wajah Timbalan PM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kelihatan sedikit berbeza apabila muncul di kaca TV menerusi Buletin Utama, menyaksikan mata beliau yang kelihatan sedikit bengkak dan lebam.
Berikutan dari itu, warga maya mula berteka teki dan meneka sama ada Ahmad Zahid Hamidi tidak sihat atau pun baru selesai menjalani pembedahan kosmetik
Tidak gelabah dengan spekulasi yang dilemparkan, anak sulungnya Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dengan tenang tampil menjelaskan bapanya mengalami kerosakan saraf optik dan memerlukan pembedahan.
“Saraf mata dia tak function (berfungsi). Sebab tu mata dia jadi ‘jatuh’. Buat muka buat apa, bukan super star pun. Kalau sampai mudarat sebab saraf mata, kena la buat sesuatu. Tapi biasalah orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar,” tulisnya membalas komen netizen di Instagram.
Bukan itu sahaja, Nurulhidayah menjelaskan bahawa sebagai ahli politik, ayahnya perlu kuatkan semangat dan tetap bertugas demi rakyat dan negara walaupun sakit kerana ayahnya memikul satu tanggungjawab besar yang diamanahkan.
Nurulhidayah berkata bapanya masih dalam proses pemulihan dan tidak berehat lama selepas pembedahan mata. Pada 22 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengesahkan Zahid bercuti selama dua minggu.
NONA mendoakan semoga kesihatan TPM kita baik-baik saja, dan cepat diberikan kesembuhan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terus bangkit memperkasakan masyarakat, kerjasama strategik yang termeterai di antara RichWorks dan Astro mampu mewujudkan peluang serta bimbingan terbaik untuk jadi wanita sukses.