Aryani Fitriana mengakui pernah mengalami keguguran pada kehamilan pertamanya.
“Saya mengandung, tetapi keguguran kerana terjatuh dalam bilik air,” kata Aryani seperti yang dipetik daripada portal TribunStyle.com dari saluran YouTube The Sungkar.
Aryani Fitriana dikurniakan hidayah untuk bertudung dan menutup aurat di saat perniagaannya sedang berkembang.
Pelakon sinetron ‘Anak Jalanan’ ini turut mendedahkan, tidak lama selepas berhijab dirinya kembali hamil kali kedua.
“Selepas sebulan saya mengambil keputusan untuk memakai tudung, saya hamil,” ungkap Aryani Fitriana.
Ads
Aryani Fitriana turut meluahkan kesyukuran atas kurniaan rezeki Allah SWT yang tidak ternilai itu.
Bagi Aryani Fitriana ia adalah satu keajaiban kerana ketika itu dia dan suami amat ternanti-nantikan zuriat mereka.
Untuk info, Aryani Fitriana atau nama penuhnya Aryani Fitriana Kurniawan memulakan kariernya sebagai model setelah meraih gelaran ‘Pemenang Kegemaran Pembaca” pada pemilihan Gadis Sampul 2002.
Inilah yang dikatakan beauty with brains! Tidak hanya mempesonakan khalayak dengan rupa paras cantik menawan, susuk tubuh ramping dan tinggi lampai, Andrea Meza juga memiliki pakej lengkap seorang ratu cantik yang dikurniakan kebijaksanaan.
Bersandarkan kelebihan itu, tidak hairanlah jelitawan Mexico ini berjaya merangkul gelaran Miss Universe 2020 pada 16 Mei lepas! Andrea Meza menewaskan ratu cantik dari Brazil iaitu Julia Gama dan ratu cantik Peru, Janick Maceta Del Castillo.
Berusia 26 tahun, kemahiran Andrea bukan calang-calang. Dia berjaya melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian dan bergelar graduan jurusan itu pada tahun 2017 di Autonomous University of Chihuahua, Mexico. Sebaik tamat pengajian, Andrea pernah bekerja sebagai jurutera perisian selama beberapa tahun dan menjadi model.
Namun, dia terpaksa meninggalkan kerjaya berkenaan demi mengejar impian menyertai pertandingan ratu cantik. Difahamkan Andrea mula aktif menceburi pertandingan glamor tersebut sebelum tamat pengajian lagi.
Percaturan Andrea nyata berbaloi kerana sepanjang bertanding mewakili negaranya, dia berjaya menambat hati juri sekaligus memenangi pelbagai gelaran. Antaranya dinobat sebagai Miss Chihuahua pada 25 Mac 2016 dan Miss World Mexico 2017 sekitar Oktober 2016.
Terbiasa melakukan lebih daripada satu pekerjaan sejak bergelar pelajar universiti, Andrea sebelum bergelar Miss Universe 2020 pernah berkhidmat sebagai jurutera, model dan dilantik sebagai duta rasmi pelancongan untuk bandar kelahirannya, Chihuahua.
Tidak cukup dengan itu, dia juga seorang aktivis dan bekerjasama rapat dengan pelbagai institusi serta organisasi wanita khususnya melibatkan isu berkaitan perlindungan keganasan terhadap wanita. Disebabkan minat mendalam dengan dunia kecantikan, Andrea turut dilaporkan pernah menjadi make-up artist bertauliah. Macam-macam kerjaya diceburi Miss Universe 2020 ni!
Selain bidang kecantikan, Andrea mengakui sangat terinspirasi dengan gaya hidup sihat. Buktinya, dia bukan sahaja mengamalkan diet vegetarian dan Crossfit. Bahkan peminat sukan ekstrem seperti mendaki bukit berbatu dan sukan luncur pasir atau sandboarding.
Memetik kenyataan Conan Daily, Andrea merupakan Santiago Meza dan Alma Carmona. Dia mempunyai dua adik-beradik perempuan iaitu Mariana Meza dan Karen Meza.
Dalam pertarungan merangkul gelaran ratu cantik terulung itu, Andrea mengetepikan 73 ratu cantik dari seluruh pelusuk negara. Ini menjadikan dia wanita Mexico ketiga yang menjuarai gelaran Miss Universe sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 1952.
Credit foto: Instagram Andrea Meza
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawa anak gadis Faizal Hussein dan Suhaila Sulaman! Sebut sahaja nama Faizal Hussein pasti ramai yang terkenang filem-filem box office lakonannya. Penangan filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986 misalnya telah berjaya melonjakkan nama Faizal Hussein di persada seni tanah air.
Bahkan sampai ke hari ini pun masih ramai yang boleh mengingati jalan cerita filem popular tersebut dan lebih mengenali dirinya dengan gelaran Roy.
Bagi peminat seni negara, bakat Faizal Hussein tidak perlu dipertikaikan lagi. Cukup berdisiplin di set penggambaran dan mampu membawa watak yang diberikan dengan sebaik mungkin antara faktor mengapa dirinya kekal relevan sampai sekarang.
Yang pasti, kehebatan anak seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail di pentas lakonan tetap teguh meskipun Faizal kini mencecah usia 55 tahun.
Sudah menjadi lumrah anak seni dan public figure, pastinya kehidupan dan keluarga Faizal Hussein turut menerima tempias dunia glamor. Selain penampilan suri hatinya, Suhaila yang juga seorang pelakon satu masa dulu, kelibat anak-anak Faizal turut menjadi perhatian peminat.
Menerusi perkongsian Suhaila di media sosial miliknya, anak gadis mereka iaitu Fazryn kian meningkat dewasa dan semakin cantik. Fazryn menyambut ulang tahun kelahiran ke-17 pada 5 Jun lepas.
Momen sambutan hari lahir Fazryn diraikan bersama ibu bapa dan adik lelakinya di sebuah hotel ternama. Mengamati wajah manis anak gadis ini, pasti ramai peminat terkenang wajah arwah neneknya iaitu Mahyon Ismail.
Faizal Hussein dan Suhaila mendirikan rumah tangga pada tahun 2004. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya matai aitu Fazryn dan Fazrick yang kini berusia 14 tahun.
Mengamati wajah kedua-dua cahaya mata ini, mereka berdua mewarisi kecantikan dan wajah tampan Faizal dan Suhaila. Fazrick misalnya cukup berbakat dalam bidang seni sama seperti ibu dan bapanya tidak kurang juga Fazryn yang cemerlang dalam akademik dan bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Lebih mengagumkan ialah cara Suhaila mendidik dan membentuk kedua-dua anaknya dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Apa saja yang diminati mereka, baik Suhaila mahupun Faizal… mereka sepakat menyokong kehendak Fazryn dan Fazrick.
Disifatkan antara pasangan selebriti yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri tersayang sentiasa dicemburui peminat.
Walau sudah berbelas tahun menjadi suami isteri namun kedua-duanya seperti pasangan baru berkahwin. Ada saja masa terluang, pasti mereka meluangkan masa bersama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahukah anda, seorang daripada lima dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berusia lebih 18 tahun di Malaysia telah disahkan menghidap diabetes1 atau kencing manis.? Angka tersebut menunjukkan peningkatan yang banyak apatah lagi apabila mengenangkan gaya hidup masyarakat kini yang lebih banyak tertumpu di dalam kediaman berbanding melakukan aktiviti riadah di luar rumah.
Tidak dinafikan, diabetes dikenali sebagai satu masalah kesihatan utama di Malaysia, apatah lagi apabila bilangan orang yang didiagnosis semakin meningkat saban tahun.
Penyakit diabetes menjadi salah satu kegusaran di kalangan wanita
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi terkini, kadar kelaziman diabetes dalam kalangan dewasa berusia 18 tahun dan ke atas telah meningkat kepada 18.3% pada 2019, daripada 13.4% pada 20151. Pola peningkatan ini hakikatnya membimbangkan, walaupun banyak kajian yang menunjukkan bahawa diabetes jenis 2 boleh dicegah. Antara faktor penyumbang kepada peningkatan ini ialah kebanyakan orang Malaysia berlebihan berat badan atau obes.
Gaya hidup kurang sihat seperti diet kurang baik, kurang cergas dan tidak mengambil langkah pencegahan adalah antara punca utama pesakit menghidap diabetes. Tambahan lagi, diabetes juga boleh menimbulkan pelbagai kerumitan kritikal yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan penghidap. Kerumitan ini antara lain termasuk strok, buta, kegagalan buah pinggang, amputasi (pemotongan) anggota badan dan penyakit kardiovaskular.
Bersenam baik untuk menjaga kesihatan
“Orang yang menghidap diabetes berkemungkinan lebih tinggi mengalami penyakit kardiovaskular awal jika tidak diuruskan dengan sewajarnya. Pesakit perlu mendapatkan bantuan kerana statistik mendapati bahawa penyakit kardiovaskular merupakan punca kematian 80% antara mereka yang menghidap diabetes di Malaysia.
Masalah ini kian serius kerana semakin ramai pesakit muda disahkan menghidap diabetes dan penyakit kardiovaskular pada usia yang lebih muda,” kata Dato’ Sri Dr Azhari bin Rosman, Pakar Runding Kardiologi, Institut Jantung Negara.
Dato’ Sri Dr. Azhari Rosman
Jika pesakit tidak mengurus penyakit mereka, paras gula darah tinggi boleh menyebabkan plak terkumpul yang akan mengekat dan merosakkan saluran yang membawa darah ke dan dari jantung5. Ini menyebabkan kekurangan oksigen dan nutrien, yang boleh menyebabkan serangan jantung dan kematian.
Pencegahan ialah satu aspek penting untuk mengurangkan beban penyakit, dan berita baiknya ialah kerumitan berkaitan diabetes ini boleh dicegah dengan pengurusan yang sewajarnya seperti pengawalan tahap glukosa, tekanan darah dan lipid; iaitu dengan mengamalkan gaya hidup lebih sihat, bersenam dengan kerap, memantau paras glukosa darah dan mengambil ubat preskripsi sekiranya perlu.
DR CHAN SIEW PHENG
“Pengurusan diabetes telah berkembang maju untuk menangani beban penyakit yang semakin meningkat dan rawatan diabetes juga terus bertambah baik, daripada pengambilan rawatan beberapa kali dalam sehari kepada pengambilan rawatan hanya sekali seminggu.
Terdapat juga inovasi rawatan baharu yang disediakan di pasaran seperti kelas ubat suntikan GLP-1 RA yang bukan sahaja boleh mengurangkan paras glukosa darah, tetapi juga membantu menguruskan kerumitan lain berkaitan diabetes seperti penyakit kardiovaskular dan kegemukan,” tambah Dr Chan Siew Pheng, Pakar Runding Endokrinologi. Faktor pemakanan tidak seimbang jadi penyebab pelbagai penyakit.
Forum kesihatan yang dianjurkan oleh Novo Nordisk bertujuan untuk membantu individu yang penghidap diabetes mengatasi cabaran mencegah penyakit ini di mana ia telah menjadi komitmen tidak berbelah bagi syarikat tersebut selama lebih daripada 90 tahun.
Ia komited melahirkan inovasi dalam pilihan rawatan baharu yang menangani aspek kritikal penjagaan diabetes selain penurunan glukosa untuk membantu penghidap diabetes menguruskan penyakit dengan lebih baik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.