Pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan, Fatin Nur Afifah Shamsudin atau lebih mesra disapa dengan panggilan Fatin Afeefa mendedahkan bahawa dia pernah menghadapi fasa kemurungan sejurus pulang dari mengerjakan umrah di Tanah Suci pada Ogos 2023, ekoran kesemua pakaian yang dimilikinya seksi dan tidak menutup aurat.
Bagaimanapun, jelasnya. Suaminya, Aliff Awang atau Opai begitu memahami dan banyak membantu dirinya mengatasi masalah tersebut. Menurut Fatin Afeefa, niatnya untuk berhijrah adalah atas dasar mahu menjadi seseorang yang lebih baik berbanding sebelumnya!
Kemurungan Sampai Enggan Jumpa Sesiapa!
“Masa pertama kali saya balik umrah, saya kemurungan sampai taknak jumpa siapa-siapa. Sebab semua baju yang saya ada semua seksi sampai rasa tak mahu keluar.
Tapi suami saya cakap, tak apa lah jom kita shopping online. Jadi dia memberi galakkan dan sokongan hingga membuatkan saya rasa tersentuh,” katanya.
Tambahnya lagi, penghijrahan yang dilakukanya adalah atas dasar mahu menjadi seseorang yang lebih baik berbanding sebelumnya.
“Kita mencuba sebenarnya, saya akui saya sedang cuba untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari dalaman atau dari luaran.
Ads
“Jadi bila saya dah keluarkan kenyataan yang saya dah berhijrah kerana perkara ini atau perkara itu. Orang dah expect yang saya kena jadi ustazah terus dan saya tak suka macam tu. Jadi saya nak penghijrahan saya ini adalah kerana nak menjadi individu yang lebih baik,” ujarnya.
Fatin Afeefa Terharu Dengan Reaksi Opai, Ketika Nyatakan Hasrat Mahu Berhijab!
Ketika disoal apakah reaksi pertama suami, ketika dia mengutarakan hasrat murninya untuk mengenakan hijab. Ini respon yang diberikan Opai kepada Fatin Afeefa.
Ads
“Suami saya sangat-sangat gembira bila tau saya nak pakai tudung. Dia orang yang paling bahagia sekali. Sebab dia tak pernah paksa saya atau cakap “eh pakailah tudung, tak sayang laki ke,” takde.
“Tapi dia sangat menyokong la. Masa saya cuba pakai tudung tu, suami cakap “baby nak beli jubah ke? Belilah..” dia memberi galakkan dalam masa tidak menyakitkan hati,” jelasnya.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Fatin ketika ditemubual oleh Media Hiburan, sewaktu menghadiri majlis resepsi perkahwinan rakan baiknya, Intan Najuwa pada 18 Ogos lalu.
Ads
Fatin Afeefa merupakan antara gadis dulang yang membawa hantaran bagi hari persejarah buat Intan Najuwa yang akhirnya membina mahligai cinta bersama jejaka pilihan hatinya, Datuk Ahmad Asraf.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Romantiknya Nelydia Senrose dan suami! Nampak simple tapi satu momen yang sangat bermakna buat pasangan suami isteri ini. Paling teruja bila tengok penampilan Nelydia yang manis bertudung.
Sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Mohd Hafez Halimi, dramatis jelita Nelydia Senrose membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah skuter vespa.
Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, suami Nelydia kelihatan terkejut dan teruja dengan pemberian isterinya itu.
“Happy birthday my world,” tulis Nelydia.
Selain memberi ucapan buat suami Nelydia, rata-rata para peminatnya turut memuji sikap pasangan suami isteri ini yang dianggap tidak menunjuk kemewahan dan kemesraan di sosial media.
“Best couple.. takyah nak menunjuk hadiah yang grand-grand walaupun mampu. Sederhana nampak ikhlas sangat.”
Mereka juga sangat teruja apabila melihat imej bertudung adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini yang menyerlahkan lagi kecantikannya.
“Nely ni naik moto pun nampak lawa kemass je..aku naik moto macam nek kebayan dah ngan tudungnya ngan begnya.”
“Comel je hadiah. Ni mesti Nely yang nak sebenarnya kan? Semoga bahagia selalu you both.”
“Cantikk nyaa..pakai helmet tudung macam tu pun cantikk…kalau saya tentu-tentu dah macam apooo.”
“Tak masalahnya sekarang Nely yang nampak comel pakai helmet naik motor Hahaha..”
Mereka juga tak lupa mendoakan kebahagiaan Nelydia dan suami.
“Happy birthday husband Nelly..kaklong doakan korang bahagia dan kekal sampai syurga..Insyallah.
“Sempoi..didoakan moga kalian bahagia, kaya di dunia dan di akhirat. Amiinnn..”
“Elok je simple sweet semoga diberkati selalu rumahtangga awak.”
Untuk rekod, Nelydia dan suami yang merupakan seorang usahawan mendirikan rumah tangga pada April 2019. Mereka kini masih belum dikurniakan cahaya mata.
Pada Julai 2022 baru-baru ini, Nelydia dan suami selamat menunaikan ibadah Haji di tanah suci Mekah. Semoga kekal bahagia sampai syurga buat pasangan sweet ini.
Kredit Foto: Instagram Nelydia Senrose
Majalah Nona juga ada di Telegram. Jom follow sekarang untuk akses lebih banyak artikel dan video-video terkini. Klik link DI SINI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah empat tahun berusaha untuk hamil (Trying to Conceive) atau TTC, pelakon jelita Mona Allen selamat bergelar ibu kepada bayi lelaki pada 31 Ogos 2022 pukul 2.39 pagi.
Mona berkongsi berita gembira itu di Instastory serta meluahkan kesyukuran kerana telah selamat melahirkan bayi sulung. Dia turut memberitahu dirinya dan bayi berada dalam dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Mummy dan baby selamat.
“Bayi merdeka lahir pukul 2.39 pagi tadi,” tulisnya.
Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza, 37, merupakan isteri kepada pelaokn serta pengarah terkenal, Pekin Ibrahim.
Terdahulu, Mona yang dikenali dalam drama Monalisa ini pernah berkongsi tentang berita kehamilan ketika usia kandungannya enam bulan.
Pada 16 Ogos 2022, Mona dan Pekin berkongsi momen-momen indah ‘baby shower’ bagi meraikan kedatangan zuriat sulung yang ditunggu-tunggu selama ini.
Pada majlis itu juga, mereka turut mendedahkan jantina bayi kepada umum.
Tahniah kepada Mona dan Pekin. Selamat datang ke dunia parenthood. Semoga menjadi ibu bapa yang terbaik.
Selamat berpantang juga buat Mona. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Kredit Foto: Instagra, Mona Allen
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beberapa hari ini kecoh isu pensyarah wanita yang didakwa tidak beretika kerana telah ‘menghina’ salah seorang pelajar lelakinya semasa sesi pembelajaran online. Pensyarah itu juga dikatakan memperlekehkan golongan B40 sekaligus mengundang kemarahan serta reaksi di kalangan warga maya. Ada yang menyelar dan tak kurang juga ada yang menyokong tindakan pensyarah tersebut.
Terdahulu, video yang tular di media sosial memaparkan seorang pensyarah wanita memarahi pelajar lelakinya yang tidak mempunyai komputer riba. Sebaliknya, pelajar itu masuk ke kelas online menggunakann telefon pintar.
Dalam kehangatan isu ini, ia turut menjadi perhatian pengamal undang-undang yang dikenali sebagai Nurul Hafidzah Hassan. Berusia 38 tahun, beliau kini berkhidmat di firma guaman Nurul Hafidzah & Associates, Advocates and Solicitors. Beliau sering menjadi pilihan selebriti terkenal dalam mengendalikan kes di mahkamah.
Peguam Nurul Hafidzah Hassan.
Menurutnya, sekarang ini segala berita mudah menjadi viral di media sosial kerana ia mampu sampai ke pengetahuan orang ramai hanya dengan sekelip mata biarpun tanpa diketahui kesahihannya.
Berikut perkongsian ringkas beliau dalam video yang dikongsi di akaun Instagram:-
“Zaman sekarang ni semua jadi viral. Kadang salah orang. Kadang salah kita. Apapun, jangan cepat menghukum.
Tak kisahlah di sebelah mana kita sokong. Belajarlah yang sentiasa ada dua cerita yang menyokong versi masing-masing.”
Hafidzah Hassan berpendapat, apa yang berlaku ada alasannya yang tersendiri dan terpulang kepada kita untuk percaya versi yang mana.
“Sebab kita pun tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Mengapa kata-kata itu dilemparkan. Mengapa pelajar tu tak ada laptop. Mengapa itu mengapa ini. Pasti semuanya ada alasan tersendiri.
Dan sama ada kita percaya atau tidak, ia bergantung kepada keterbukaan minda kita untuk mempercayai versi yang mana.”
Beliau juga menasihatkan supaya masyarakat bijak dan bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial. Paling penting jangan mudah kongsi jika tak pasti kesahihannya. Lebih banyak mudarat daripada manfaat.
“Mudah sahaja kalau nak jadi orang yang bijak dan bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial. Baca. Fikir.
Dan buatlah apa pun andaian sendiri namun biarkan ia terhenti di minda anda sahaja. Tiada manfaat dikongsikan dan tiada mudarat yang akan berlaku kepada orang lain.”
Kredit: Instagram @hafidzahhassan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!