Siapa yang tidak mengenali pelakon jelita dan berbakat besar, Hannah Delisha yang mulai popular menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer bersama Syafiq Kyle yang berjaya meledakkan namanya suatu ketika dahulu.
Pada tahun 2020, jelitawan asal Singapura ini mengumumkan tentang niat untuk bertudung dan berkongsi berita penghijrahan dalam laman Instagram miliknya. Kini empat tahun sudah berlalu, Hannah bersyukur kerana masih istiqamah menutup aurat dan berhijab.
Watak Antagonis Buat Hannah Lebih Nekad Mahu Bertudung!
“Jika diikutkan, saya sudah terdetik untuk memakai tudung agak lama juga. Namun, saya perlu habiskan penggambaran drama Cinta Sekali Lagi. Kalau nak tahu, watak saya sebagai Amani dalam drama itu yang membuatkan saya rasa lebih ingin bertudung.
“Saya cakap kepada diri saya, ini masanya untuk saya memakai tudung kerana niat hati saya dah semakin hari semakin kuat,” katanya.
Ads
Sebelum ini, dia juga tidak terlepas daripada rasa tertanya-tanya samada penampilan baharunya ini akan memberi kesan kepada kariernya yang sedang melonjak naik ketika ini.
“Pernah terlintas dalam fikiran, selepas saya bertudung, bagaimana dengan urusan kerja? Mungkin ada kerja tertentu yang saya terpaksa tolak. Namun, saya yakin bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Jadi, tak perlu timbul rasa risau kerana saya sentiasa serahkan bab rezeki kepadaNya,” jelasnya.
Tak Pernah Gusar Soal ‘Rezeki’ Berserah Pada Allah
Ads
Selepas bertudung, Hannah juga menjelaskan dia kini semakin tenang menjalani kehidupannya.
“Saya tak perlu lagi risau mengenai rezeki dan sebagainya kerana semuanya sudah diatur dengan baik oleh Allah. Sejujurnya, kehidupan saya kini juga menjadi lebih tenang dari semua sudut,” luahnya.
“Walaupun kini saya sudah bertudung, itu tidak menjadi penghalang untuk saya terus berlakon dan menerima watak antagonis. Dalam dunia realiti, kita semua sedia maklum bahawa ada juga orang yang bertudung, tetapi memiliki hati yang jahat.
Ads
“Sekiranya lakonan watak yang saya bawakan itu mampu memberi pengajaran kepada penonton, tentunya saya akan terima. Apa pun, semuanya berbalik kepada skrip. Sekiranya skrip itu menarik dan saya minat, tentunya saya akan teruskan,” katanya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik yang sering menwarnai filem dari Bollywood, Sonali Bandre. Lakonan mantapnya dalam salah satu filemnya, Hum Saath Saath Hain sampai kini menjadi sebutan. Namun kekuatan yang ada dalam dirinya melawan kanser wajar diambil iktibar.
Sonali Bandre telah didiagnos mengidap kanser pada bulan Julai 2018 dan telah mendapatkan rawatan di New York setelah dipujuk suami tercinta, Goldie Behl. “Sebaik tiba di Kota New York, keesokan harinya kami terus berjumpa dengan doktor di sana.
Setelah membaca report tentang keadaan kesihatan saya, doktor mengesahkan saya adalah pesakit kanser tahap 4 dan hanya mempunyai 30 peratus sahaja peluang untuk hidup,” terang wanita yang tidak berkongsi tentang jenis penyakit kanser yang dihidapinya.
Siapa yang tidak sedih atau terkejut mendapat berita seperti pelakon berusia 44 tahun ini. Sonali Bandre juga pada mulanya seakan-akan tidak mampu menerima ketentuan ini lebih-lebih lagi apabila ramai yang berkata “Mengapa anda mengidap penyakit ini sedangkan anda seorang yang sangat positif”.
Hati Sonali Bandre hancur mendengar ucapan doktor tentang tahap kesihatannya sehingga telah menyalahkan dirinya sendiri didiagnos penyakit yang menjadi pembunuh utama manusia ini. Sikap menyalahkan diri sendiri berlarutan sehingga terpaksa berjumpa dengan Pakar Psikiatri di New York. Namun Sonali Bandre bersyukur kerana kata-kata Pakar Psikiatri tersebut telah membuka matanya untuk berjuang dan tidak mengaku kalah.
Nasihat Pakar Psikiatri tersebut, “Sonali, kanser berpunca dari faktor keturunan atau virus. Jika pemikiran yang menjadi punca atau penyembuh kanser, saya adalah orang yang paling kaya di dunia kerana kerjaya saya berkisar tentang pemikiran,” kongsi Sonali Bandre yang mengumpamakan seperti batu besar yang berada di atas bahunya hilang tiba-tiba setelah mendengar nasihat pakar tersebut.
Sonali Bandre tak malu menunjukkan parut rawatan kansernya.
Setelah hampir enam bulan mendapatkan rawatan di New York, ibu kepada seorang anak lelaki ini telah pulang ke tanah airnya dengan semangat baru. Sonali Bandre sering mengemaskini akaun Instagramnya dan bercerita tentang perjalanannya melawan kanser. Semangat tidak mahu mengaku kalah dan yakin ajalnya masih panjang serta berusaha melawan kanser yang dihidapinya demi keluarga tercinta menyuntik inspirasi kepada wanita yang senasib dengan dirinya agar tidak cepat berputus asa.
Koleksi tudung terbaharu pelakon dan usahawan terkenal Wawa Zainal iaitu Wawa Scarve habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam selepas ia dilancarkan, semalam. Difahamkan sebanyak 90,000 helai terjual dengan anggaran pendapatan RM2.5 juta. Wawa Zainal, 31 yang juga isteri kepada pelakon Aeril Zafrel berkata ini adalah bukti sokongan pelanggan setianya selain menyifatkan ia adalah rezeki Allah SWT.
“Alhamdulillah, untuk keluaran kumpulan pertama (first batch) ini habis terjual. Tipu kalau cakap tak meletakkan sasaran dan harapan tinggi, tapi apabila ia benar-benar terjadi memang bersyukur sangat.
“Pada mulanya buat 20,000 helai, lepas tu 50,000 hingga mencecah 90,000 dan habis terjual. Insya-Allah kita akan keluarkan lagi,” katanya.
Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, apa yang penting bisnes diusahakan itu sekali gus membantu ekonomi peniaga kecil serta hasil pendapatan dapat disumbangkan kepada golongan memerlukan.
“Saya percaya dalam pada ada rezeki kita, pasti ada rezeki orang lain juga. Itu saya cuba tanam dalam diri dan perniagaan ini. Kalau kita dapat bantu mereka yang memerlukan, insya-Allah rezeki itu akan sentiasa ada.
******************************
Jadikan Al Quran Kareem sebagai panduan hidup, demi ketenangan abadi. Dapatkan My Qalam Elite Digital Al-Quran Bertajwid Wakaf Iftida 2.0. Yang penting guna kod promo NONGSP5 untuk beli harga diskaun, murah daripada beli di kedai (klik).
******************************
“Sejujurnya, saya seronok melihat ada ramai lagi orang Melayu kita yang mula mencipta kejayaan atas usaha dan kerja keras mereka,” katanya.
Dalam masa sama, Wawa berkata, menariknya koleksi kali ini adalah ia eksklusif dan sesuai dijadikan hadiah kepada orang tersayang.
“Macam sebelum ini pun, kita cuba buat rekaan dan warna yang eksklusif. Bukan saja boleh beli untuk diri sendiri, tapi juga dijadikan hadiah kepada insan tersayang seperti isteri, mak, adik, kekasih atau rakan,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata kini, pelakon jelita, Elfira Loy mengakui bahawa perkara yang paling dirinduinya adalah jika dapat menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tenang.
Perkara tersebut dikongsikan Elfira menerusi hantaran di laman Instagram miliknya
Menurut Elfira, agak sukar dan amat mencabar bagi dirinya untuk menumpukan sepenuh perhatian sewaktu solat kerana terganggu dengan kerenah dan situasi anak-anak yang pelbagai ragam.
Pelbagai Ragam Anak-Anak, Susah Nak fokus Dan Khusyuk Dalam Solat
“Benda paling saya rindu sekali nak buat semenjak dah bergelar ibu ni sebenarnya adalah solat dengan khusyuk. Meskipun ramai yang kata solat je, biar je anak main sendiri atau menangis.
“Tapi kalau dah rakaat kedua macam ni (rujuk gambar anaknya), takut rakaat keempat sorang dah kat bawah (jatuh katil),” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Tambahnya lagi, antara langkah dan usaha yang diambil oleh dia dan suami Faris Khairol Anuar bagi menyelesaikan masalah ini adalah cubaan mengajar anak sulungnya untuk tidur di bilik sendiri namun masih gagal.
Netizen Turut ‘Luah Perasaan’ Kongsi Pengalaman Sama Seperti Elfira
NONA sempat meninjau ruangan komen dan mendapati ruangan komen hantaran itu telah dibanjiri dengan pelbagai tip dan perkongsian pengalaman dari para pengikut El yang pernah menghadapi situasi serupa.
“Ya satu kerisauan… Solat jemaah lepastu anak panjat basikal, nak panjat belakang daddy dia… Allah khusyuk tu memang mahal.
“Sama la El, sama macam anak saya abang nya lagi pintar, nak solat yang khusyuk mungkin susah tapi cubalah walaupun susah.
“Try guna slow approach.. Transitional bed dulu.. Meaning si abang ada bed sendiri tapi dalam bilik yang sama dengan ibu bapa.. Bila dia dah biasa tidur sendiri atas katil sendiri, baru pean-pelan ajar tidur bilik sendiri.
Untuk rekod, Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf, 2 dan Nur Aria Mikayla yang kini berusia tujuh bulan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
UiTM melantik Dato' Sri Siti Nurhaliza sebagai Profesor Adjung Keusahawanan UiTM bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan universiti dan menginspirasi generasi muda melalui pengalaman sebenar dunia perniagaan.