DANIELLA ALVAREZ

Kagum tengok semangat bekas Ratu Cantik Columbia, Daniella Alvarez mengharungi ujian hidup. Mana tidaknya, daripada seorang wanita yang dilahirkan cukup sempurna dan mempunyai rupa paras menawan kini dia terpaksa menerima hakikat ‘kekurangan’ yang dialaminya hari ini. Tanggal 14 Jun 2020 pasti menjadi detik paling tidak dapat dilupakan Daniella apabila sebahagian kaki kirinya terpaksa dipotong akibat ischemia iaitu keadaan aliran darah yang tersekat untuk sampai ke bahagian organ badan.

IKLAN

Biarpun menjalani hidup dengan sebelah kaki sejak kira-kira tujuh bulan lalu tapi ia sedikit pun tidak menjejaskan rutin harian Daniella. Malah, Daniella yang sebelum ini disifatkan seorang wanita ceria, suka menari dan melakukan aktiviti lasak tidak menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuk terus hidup bahagia seperti kebiasaan.

Paling menakjubkan, hanya selepas tiga minggu menyesuaikan diri dengan ketiadaan kaki kiri… Daniella membuat kejutan kepada lebih 3 juta pengikutnya di Instagram dengan memuat naik video tarian di samping adik lelaki tersayang, Ricki Alvarez. Memang kuat semangat wanita ini!

Hilang Sebelah Kaki Sejak 7 Bulan Lalu, Semangat Juang RATU CANTIK Ini Cetus Inspirasi! Hilang Sebelah Kaki Sejak 7 Bulan Lalu, Semangat Juang RATU CANTIK Ini Cetus Inspirasi! Hilang Sebelah Kaki Sejak 7 Bulan Lalu, Semangat Juang RATU CANTIK Ini Cetus Inspirasi! Hilang Sebelah Kaki Sejak 7 Bulan Lalu, Semangat Juang RATU CANTIK Ini Cetus Inspirasi! Hilang Sebelah Kaki Sejak 7 Bulan Lalu, Semangat Juang RATU CANTIK Ini Cetus Inspirasi!

“Difficulties don’t matter! We must be resilient in life!” Daniella dilaporkan kembali menari selepas kaki kirinya terpaksa dipotong disebabkan komplikasi pembedahan di bahagian perut. Pada Mei 2020, Daniella dikehendaki menjalani pembedahan membuang ketulan yang terdapat di bahagian perut. Menurut laporan media antarabangsa Hola!, operasi pembedahan itu bagaimanapun berlaku komplikasi apabila doktor mendiagnos dirinya mengalami ischemia.

Rentetan itu, separuh bahagian kaki kiri hingga ke lutut terpaksa dibuang. Perkara itu didedahkan Daniella sendiri yang terbuka berkongsi keadaan kesihatan dirinya ketika itu. Sepanjang berada di hospital, dia menerima sokongan padu daripada ahli keluarga. Pastinya inilah ‘kekuatan’ sebenar Daniella dalam menempuh cabaran tersebut.

IKLAN

Hilang Sebelah Kaki Sejak 7 Bulan Lalu, Semangat Juang RATU CANTIK Ini Cetus Inspirasi! Hilang Sebelah Kaki Sejak 7 Bulan Lalu, Semangat Juang RATU CANTIK Ini Cetus Inspirasi! Hilang Sebelah Kaki Sejak 7 Bulan Lalu, Semangat Juang RATU CANTIK Ini Cetus Inspirasi! Hilang Sebelah Kaki Sejak 7 Bulan Lalu, Semangat Juang RATU CANTIK Ini Cetus Inspirasi! Hilang Sebelah Kaki Sejak 7 Bulan Lalu, Semangat Juang RATU CANTIK Ini Cetus Inspirasi!

Difahamkan selain membuang sebahagian kaki kiri, pemenang mahkota Ratu Cantik Columbia 2011 dan mewakili negaranya untuk Miss Universe 2012 menjelaskan kaki kanannya ketika itu turut terjejas. “Kaki kanan saya tidak berfungsi buat masa ini. Saya tak tahu bila ia akan kembali pulih agar saya dapat bergerak aktif semula.

IKLAN

Sebagai permulaan, kaki saya perlu dirangsang sensitiviti dan saya perlu belajar berjalan semula. Proses ini dianggarkan mengambil masa enam bulan dan keseluruhannya saya perlukan masa setahun untuk kembali pulih.”

Hilang Sebelah Kaki Sejak 7 Bulan Lalu, Semangat Juang RATU CANTIK Ini Cetus Inspirasi!
Daniella sebelum kaki kirinya dipotong
Hilang Sebelah Kaki Sejak 7 Bulan Lalu, Semangat Juang RATU CANTIK Ini Cetus Inspirasi!
Ketika menjadi personaliti tv
Hilang Sebelah Kaki Sejak 7 Bulan Lalu, Semangat Juang RATU CANTIK Ini Cetus Inspirasi!
Gaya hidup aktif sebati dengan Daniella sejak dulu

Hilang Sebelah Kaki Sejak 7 Bulan Lalu, Semangat Juang RATU CANTIK Ini Cetus Inspirasi!

Selain bergelar seorang peragawati, jelitawan berketinggian 174 sentimeter dan berusia 32 tahun ini juga merupakan personaliti televisyen. Selama tujuh bulan hidup dengan sebelah kaki, Daniella dilihat kembali aktif dengan pelbagai aktiviti. Misalnya, selain sudah berjaya jalan sedikit demi sedikit, menari, berenang dan menunggang basikal. Inspirasi!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI