Saat penulis mengatur pertemuan dengan ahli perniagaan ini, penulis begitu kagum melihat komitmen yang diberikan untuk menjayakan sesi fotografi ini. Mana tidaknya, persiapan rapi termasuklah dari segi pemilihan pakaian, solekan dan gaya rambut amat dititikberatkan bukan sekadar untuk kelihatan cantik, malah memberi keselesaan untuk semua pihak bekerjasama dengannya.

IKLAN

Hobi Tunggang ‘Superbike’ Buat LINDA ABAS Lebih Cekal Hadapi Cabaran!

Menyentuh soal gaya hidup, Linda percaya hobi yang dimiliki oleh setiap individu mampu menyumbang kepada kepuasan daripada segi sense of well being seseorang untuk mendapatkan titik keseimbangan antara kerja dan kehidupan seharian.

Malah, ketika bercerita mengenai hobi yang menjadi pilihannya, penulis tidak menyangka wanita yang anggun dan ayu ini sebenarnya amat meminati aktiviti lasak iaitu menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Hobi Tunggang ‘Superbike’ Buat LINDA ABAS Lebih Cekal Hadapi Cabaran!

“Siapa sangka aktiviti lasak yang saya gemari ialah menunggang motosikal berkuasa tinggi. Saya amat menggemari menunggang motosikal Harley Davidson. Bayangkan, dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson telah membawa saya menunggang sehingga ke Amerika. Faktor cuaca, keadaan muka bumi dan sebagainya perlu diambil kira sepanjang perjalanan tersebut tetapi ia bukanlah penghalang untuk meneruskan misi.

Pada pandangan saya, aktiviti bermotor ini mengajar saya untuk lebih disiplin dan cekal apabila berdepan dengan cabaran,” ujar Linda ternyata amat teruja bercerita mengenai pengalaman berharganya itu.

Hobi Tunggang ‘Superbike’ Buat LINDA ABAS Lebih Cekal Hadapi Cabaran!

Melihat penampilannya, penulis harus memberi pujian melihat bagaimana wanita ini bijak tampil bergaya walaupun memilih kerjaya yang didominasi oleh kaum lelaki. Bagi Linda, sebagai seorang wanita, sense of fashion yang dimilikinya banyak dipengaruhi dari melihat ikon fesyen lagenda, Audrey Hepburn.

IKLAN

“Saya sememangnya amat menggemari gaya yang ditampilkan oleh Audrey Hepburn. Gaya penampilan yang minimalis tetapi tetap menampilkan imej elegan menggemarkan seseorang itu tampil penuh gaya dan tidak pernah luput di telan zaman. Saya bukanlah seorang wanita yang terlalu mementingkan jenama kerana pada pandangan saya setiap jenama mempunyai kelebihan dan tarikan tersendiri. Saya lebih cenderung dengan gaya sofistikated namun timeless,” ujarnya lagi.

Hobi Tunggang ‘Superbike’ Buat LINDA ABAS Lebih Cekal Hadapi Cabaran!

“Saya juga gemar melancong ke tempat-tempat menarik sama ada di dalam mahupun di luar negara. Aktiviti melancong ini dapat membuka minda dan persepsi terhadap gaya hidup serta budaya masyarakat yang berbeza di samping memperolehi pengalaman baharu. Ini merupakan detik di mana saya dapat mempelajari tentang budaya, idea, bahasa, fesyen dan sebagainya dari pelbagai golongan masyarakat dan etnik di serata dunia. Benar kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan,” ujar Linda yang gemar melancong bersama rakan-rakan karibnya.

IKLAN

Hobi Tunggang ‘Superbike’ Buat LINDA ABAS Lebih Cekal Hadapi Cabaran!

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau yang menjadikan Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid sebagai wanita adi wira dan idolanya kerana kagum melihat bagaimana beliau mampu bersaing di dalam industri keselamatan yang sekian lama didominasi kaum lelaki.

“Bukan calang-calang wanita mampu melakukan apa yang beliau lakukan selama ini. Kejayaan beliau menjadi dorongan untuk saya menguatkan semangat dan mencuba sebaik mungkin dalam bidang yang saya ceburi. Tiada yang mustahil untuk dilakukan oleh kaum wanita jika mempunyai keazaman dan usaha tanpa jemu untuk terus maju. Wanita mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan kehebatan wanita terletak pada keazaman yang tinggi dalam diri mereka untuk mencapai kejayaan. Saya yakin berkat usaha dan tawakal pasti kejayaan bakal menyusul,” ujar Linda seraya mengakhiri perbualan.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI